Showing posts with label Bertanya dalam bahasa Inggeris. Show all posts
Showing posts with label Bertanya dalam bahasa Inggeris. Show all posts

Tuesday, June 16, 2020

4. Bertanya 'apa', 'apakah' (sekarang)

Bertanya 'apa', 'apakah' (sekarang)

Bertanya 'apa', 'apakah' (sekarang) dimaksudkan bertanya 'apa' atau 'apakah' dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa sekarang ('present tense').

Seringkali pertanyaan 'what' tidak digunakan bersendirian tapi bersambung dengan perkataan lain.

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting menentukan masa ('tense') sesuatu perbuatan berlaku atau sesuatu yang bukan perbuatan itu ujud.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu ujud.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan bagi pertanyaan apa atau apakah ialah 'what'.

Ada beberapa perkataan atau frasa dimana 'what' digunakan dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa sekarang :

'What am'.
'What is'.
'What are'.
'What do'.
'What does'.

Antara struktur dimana 'what' digunakan dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa sekarang ialah :

1. 'What' + 'am' + (objek) + ('non-verb').
2. 'What' + 'am' + (objek) + 'to' + ('verb').
3. 'What' + 'is' + (objek).
4. 'What' + 'is' + (objek) + 'to'.
5. 'What' + 'are' + (objek).
6. 'What' + 'are' + (objek) + 'to'.
7. 'What' + 'do' + (objek) + ('verb').
8. 'What' + 'does' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'am' digunakan jika objek ialah 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.
Perkataan 'do' digunakan jika objek ialah 'I, you, plural'.
Perkataan 'does' digunakan jika objek ialah 'singular'.

Semua perkataan diatas iaitu 'am', 'is', 'are', 'do', 'does' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan masa 'present tense'.

Perkataan 'am', 'is', 'are' digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).
Perkataan 'do', 'does' digunakan bagi 'verb' (perbuatan).



1. Struktur : 'What' + 'am' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' (Digunakan bagi objek 'I' sahaja. Apabila terdapat perkataan 'am', maka objeknya ialah 'I').
2. Masa : 'Present tense' (Kebiasaan sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud secara lazim pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

EnglishMelayu
What am I like ?Saya nampak macam apa ?
What am I excited about ?Apa yang saya teruja ?
What am I supposed to do ?Apa yang seharusnya saya lakukan ?
What am I eligible for ?Apa yang saya layak ?
What am I thankful for ?Apa yang saya berterima kasih ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan ('yang') sering/boleh disenyapkan.
- Perkataan Inggeris 'am' sesuai diertikan sebagai ialah/adalah/merupakan.

2. Struktur : 'What' + 'am' + (objek) + 'to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' (Digunakan bagi objek 'I' sahaja. Apabila terdapat perkataan 'am', maka objeknya ialah 'I').
2. Masa : 'Present tense' (Kebiasaan sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud secara lazim pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

EnglishMelayu
What am I to do next ?Apa (yang) saya nak buat seterusnya ?
What am I to say ?Apa (yang) saya nak cakap ?
What am I to answer ?Apa (yang) saya nak jawab ?
What am I to ask ?Apa (yang) saya nak tanya ?
What am I to tell ?Apa (yang) saya nak beritahu ?

Catitan :

- Dalam bentuk soalan, 'verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' sering/boleh disenyapkan.
- Dalam bahasa Inggeris, selepas perkataan 'to' hendaklah diikuti dengan 'verb' (bentuk 'infinitive').
- Perkataan Inggeris 'am' sesuai diertikan sebagai ialah/adalah/merupakan.

3. Struktur : 'What' + 'is' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu.

'What is' bererti 'apakah' atau 'apakah itu'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu diagak ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

EnglishMelayu
What is this ?Apa ini ?
What is necessary ?Apa yang perlu ?
What is the effect ?Apa kesannya ?
What is the difference ?Apa bezanya ?
What is Tor ?Apakah Tor ?
What is your favourite ?Apa favorit awak ?
What is your opinion ?Apa pendapat awak ?
What is plagiarism ?Apa itu peniruan ?
What is cyberbullying ?Apa itu buli-siber ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present tense' bagi objek 'singular'.
- Apabila perkataan 'is' digunakan, ini bererti objek yang ditanya itu dianggap 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
- Perkataan Inggeris 'is' sesuai diertikan sebagai ialah/adalah/merupakan.

4. Struktur : 'What' + 'is' + (objek) + 'to'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'to'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).

Contoh :

EnglishMelayu
What is the effect to us ?Apakah kesannya kepada kita ?
What is the consequence to them ?Apakah akibatnya kepada mereka ?
What is the penalty to us ?Apakah hukumannya kepada kita ?
What is the trouble to you ?Apakah perkara yang menyusahkan awak ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present tense' bagi objek 'singular'.
- Perkataan Inggeris 'is' sesuai diertikan sebagai ialah/adalah/merupakan.

5. Struktur : 'What' + 'are' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).

Contoh :

EnglishMelayu
What are the teachers' name ?Apakah nama-nama guru itu ?
What are the effects ?Apakah kesan-kesannya ?
What are the differences ?Apakah perbezaan-perbezaannya ?
What are the reasons ?Apakah sebab-sebabnya ?
What are the sources ?Apakah sumber-sumbernya ?
What are the causes ?Apakah sebab-sebabnya ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present tense' bagi objek 'you, plural'. Apabila perkataan 'are' digunakan, maka objeknya ialah 'you, plural'.
- Perkataan Inggeris 'are' sesuai diertikan sebagai ialah/adalah/merupakan.

6. Struktur : 'What' + 'are' + (objek) + 'to'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'to'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).

Contoh :

EnglishMelayu
What are the effects to us ?Apakah kesan-kesannya kepada kita ?
What are the consequences to them ?Apakah akibat-akibatnya kepada mereka ?
What are the penalties to us ?Apakah hukuman-hukumannya kepada kita ?
What are the troubles to you ?Apakah perkara-perkara yang menyusahkan awak ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present tense' bagi objek 'plural'.
- Perkataan Inggeris 'are' sesuai diertikan sebagai ialah/adalah/merupakan.

7. Struktur : 'What' + 'do' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'do' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('verb') tertentu.

'What do' digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu berupa perbuatan kebiasaan atau kelaziman pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan') - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

EnglishMelayu
What do you call the night before Hariraya ?Apa yang awak panggil malam sebelum hariraya ?
What do you mean ?Apa yang awak maksudkan ?
What do English graduates do ?Apa yang lepasan ijazah Inggeris buat ?
What do you think of ?Apa yang awak fikir ?
What do you want to be ?Awak mahu jadi apa ?
What do they do ?Apa yang mereka buat ?
What do we like most about the subject ?Apa yang kita paling suka tentang matapelajaran itu ?
What do these boxes contain ?Kotak-kotak ini mengandungi apa ?
What do these people think ?Apa yang orang-orang ini fikir ?
What do they possess ?Apa yang mereka miliki ?
What do they believe ?Apa yang mereka percaya ?
What do they consider ?Apa yang mereka pertimbangkan ?

Catitan :

- Beza dalam penggunaan 'what am/is/are/was/were' dengan 'what do/does/did' ialah 'what am/is/are/was/were' digunakan bagi 'non-verb' tetapi 'what do/does/did' digunakan bagi 'verb'.
- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

8. Struktur : 'What' + 'does' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'does' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('verb') tertentu.

'What does' digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - hal yang ditanya itu berupa perbuatan kebiasaan atau kelaziman pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

EnglishMelayu
What does that mean ?Apa maknanya tu ?
What does one Trillion dollars look like ?Apakah rupa satu Trilion dollar ?
What does your name mean ?Apa makna nama awak ?
What does she do ?Apa yang dia buat ?
What does the vessel contain ?Kapal itu mengandungi apa ?

Catitan :

- Beza dalam penggunaan 'what am/is/are/was/were' dengan 'what do/does/did' ialah 'what am/is/are/was/were' digunakan bagi 'non-verb' tetapi 'what do/does/did' digunakan bagi 'verb'.
- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

5. Bertanya 'apa', 'apakah' (dulu)

Bertanya 'apa', 'apakah' (dulu)

Bertanya 'apa', 'apakah' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa' atau 'apakah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa dahulu ('past tense').

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') bagi hal yang ditanya itu.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa atau apakah ialah 'what'.

Ada beberapa perkataan atau frasa dimana 'what' digunakan bagi masa dahulu ('past tense') :

'What was'.
'What were'.
'What did'.

Antara struktur-struktur dimana 'what' digunakan bagi masa lalu ('past tense') ialah :

1. 'What' + 'was' + ('non-verb').
2. 'What' + 'were' + (objek) + ('non-verb').
3. 'What' + 'did' + (objek) + 'verb'.
4. 'What' + (objek) + 'did'.

Perkataan 'was' digunakan jika objek sasaran adalah 'I' dan 'singular' ('he, she, it, this, that').
Perkataan 'were' digunakan jika objek sasaran adalah 'you' dan 'plural' ('we, they, these, those').
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').

Semua perkataan diatas 'was', 'were', 'did' menunjukkan hal 'past tense' (masa lepas).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika salah satu perkataan itu digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada hal yang ujud pada masa lepas.



1. Struktur : 'What' + 'was' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu dianggap berlaku pada masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

Contoh :

EnglishMelayu
What was the charge ?Apakah tuduhan yang dikenakan ?
What was the charge against him ?Apakah tuduhan yang dikenakan keatasnya ?
What was your dream job ?Apakah kerja impian awak ?
What was your dream job as you were a child ?Apakah kerja impian awak semasa awak budak dulu ?
What was your secret ?Apakah rahsia awak ?
What was it used for ?Untuk apakah ia digunakan ?
What was the source ?Apakah puncanya ?
What was the source of the friction ?Apakah punca pergeseran itu ?
What was there ?Apa ada di sana ?
What was inside ?Apa ada di dalam ?
What was that ?Apa itu ?

Catitan :
- 'Objek' adalah satu jenis 'non-verb' juga.
- Perkataan Inggeris 'was' bererti ialah/adalah/merupakan (bagi masa lalu) bagi objek 'I, singular'.

2. Struktur : 'What' + 'were' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

Contoh :

EnglishMelayu
What were your plans ? Apa rancangan awak ?
What were your plans last year ? Apa rancangan awak tahun lepas ?
What were the top 10 most visited websites ?Apakah 10 laman web tertinggi dilawati ?
What were the top 10 most visited websites in 2007 ?Apakah 10 laman web tertinggi dilawati pada 2007 ?
What were the causes of the war ?Apakah sebab-sebab peperangan itu ?
What were the words ?Apakah perkataan-perkataannya ?
What were the mysteries ?Apakah misteri-misterinya ?

Catitan :

- Perkataan Inggeris 'were' bererti ialah/adalah/merupakan (bagi masa lalu) bagi objek 'you, plural'.

3. Struktur : 'What' + 'did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('verb') tertentu.

'What did' bermakna apa yang telah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu berlaku pada satu ketika masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

EnglishMelayu
What did he do ?Apa yang dia buat ?
What did she say ?Apa yang dia cakap ?
What did she just say ?Apa yang dia baru cakap ?
What did you do in the war ?Apa yang awak buat semasa peperangan ?
What did he buy ?Apa yang dia beli ?
What did you expect ?Apa yang awak jangka ?
What did Albert Einstein invent ?Apa yang Albert Einstein cipta ?

Catitan :
- Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika perkataan 'did' digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada 'verb' (perbuatan) yang berlaku pada masa lepas.
- 'Did' merujuk kepada 'verb' (perbuatan).
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' menunjukkan perbuatan berlaku pada masa lepas, tetapi ia boleh/sering disenyapkan.
- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (dasar).

4. Struktur : 'What' + (objek) + 'did'

Struktur ini berbentuk berikut : Perkataan 'what' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'did'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu berlaku pada satu ketika masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

EnglishMelayu
What Katie did ?Apa yang Katie telah buat ?
What he did ?Apa yang dia telah buat ?
What she did ?Apa yang dia telah buat ?
What they did ?Apa yang mereka telah buat ?
What we did ?Apa yang kita telah buat ?

Catitan :

- Perkataan 'did' adalah 'past tense' bagi 'do'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan telah menunjukkan masa lalu ('past tense').


6. Bertanya '(objek) untuk apa' (sekarang)

Bertanya '(objek) untuk apa' (sekarang)

Bertanya '(objek) untuk apa' (sekarang) dimaksudkan bertanya '(objek) untuk apa' dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa sekarang ('present tense').

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting menentukan masa ('tense') sesuatu perbuatan berlaku atau sesuatu yang bukan perbuatan itu ujud.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu ujud.

Ada 2 struktur dimana bertanya '(objek) untuk apa' digunakan dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa sekarang iaitu :

3. 'What' + 'is' + (objek) + 'for'.
5. 'What' + 'are' + (objek) + 'for'.

Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.

Semua perkataan diatas iaitu 'is', 'are' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan masa 'present tense'.

Perkataan 'is', 'are' digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).



1. Struktur : 'What' + 'is' + (objek) + 'for'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'for'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular' ('He, she, it, this, that' dan lain-lain).
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).

Contoh :

EnglishMelayu
What is this box for ?Kotak ini untuk apa ?
What is this pen for ?Pen ini untuk apa ?
What is this pencil for ?Pensil ini untuk apa ?
What is this marker for ?Penanda ini untuk apa ?
What is this ribbon for ?Reben ini untuk apa ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present tense' bagi objek 'singular'.

2. Struktur : 'What' + 'are' + (objek) + 'for'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'for'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).

Contoh :

EnglishMelayu
What are these boxes for ?Kotak-kotak ini untuk apa ?
What are these pens for ?Pen-pen ini untuk apa ?
What are these pencils for ?Pensil-pensil ini untuk apa ?
What are these markers for ?Penanda-penanda ini untuk apa ?
What are these ribbons for ?Reben-reben ini untuk apa ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present tense' bagi objek 'plural'.

7. Bertanya '(objek) untuk apa' (dulu)

Bertanya '(objek) untuk apa' (dulu)

Bertanya '(objek) untuk apa' (dulu) dimaksudkan bertanya '(objek) untuk apa' dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa lepas ('past tense').

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting menentukan masa ('tense') sesuatu perbuatan berlaku atau sesuatu yang bukan perbuatan itu ujud.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu ujud.

Ada 2 struktur dimana bertanya '(objek) untuk apa' digunakan dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa dulu iaitu :

3. 'What' + 'was' + (objek) + 'for'.
5. 'What' + 'were' + (objek) + 'for'.

Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.

Semua perkataan diatas iaitu 'was', 'were' menunjukkan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan masa 'past tense'.

Perkataan 'was', 'were' digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).



1. Struktur : 'What' + 'was' + (objek) + 'for'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'for'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular' ('He, she, it, this, that' dan lain-lain).
2. Masa : 'Past tense' (dulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas).

Contoh :

EnglishMelayu
What was that box for ?Kotak itu untuk apa ?
What was that pen for ?Pen itu untuk apa ?
What was that pencil for ?Pensil itu untuk apa ?
What was that marker for ?Penanda itu untuk apa ?
What was that ribbon for ?Reben itu untuk apa ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'padt tense' bagi objek 'singular'.

2. Struktur : 'What' + 'were' + (objek) + 'for'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'for'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa dulu).

Contoh :

EnglishMelayu
What were those boxes for ?Kotak-kotak itu untuk apa ?
What were those pens for ?Pen-pen itu untuk apa ?
What were those pencils for ?Pensil-pensil itu untuk apa ?
What were those markers for ?Penanda-penanda itu untuk apa ?
What were those ribbons for ?Reben-reben itu untuk apa ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Past tense' bagi objek 'plural'.

Sunday, June 14, 2020

8. Bertanya 'apa (yang) (buat)' (sekarang)

Bertanya 'apa (yang) (buat)' (sekarang)

Bertanya apa (yang) (buat) (sekarang) bermaksud bertanya apa (yang) (buat) dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang ('present tense').

Dalam bahasa Inggeris, struktur yang digunakan ialah : 'What' + ('verb').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti dengan ('verb') tertentu.

English (infinitive)EnglishMelayu
StopWhat stops you from proceeding ?Apa yang menghalang awak dari meneruskan ?
MakeWhat makes him happy ?Apa yang membuat dia suka ?
WorkWhat works for you ?Apa yang sesuai dengan awak ?
HappenWhat happens to undelivered post without complete address ?Apa yang berlaku kepada surat yang tidak dapat dihantar disebabkan tiada alamat lengkap ?
DoWhat do you do ?Apa yang awak buat sekarang ?

Catitan :

- Perhatikan ada tambahan huruf 's' pada 'verb' selepas perkataan 'what'.

9. Bertanya 'apa (yang)' (dulu)

Bertanya 'apa (yang)' (dulu)

Bertanya apa (yang) (dulu) bermaksud bertanya apa (yang) dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas ('past tense').

Dalam bahasa Inggeris, struktur yang digunakan ialah : 'What' + ('verb').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti dengan ('verb') tertentu.

Dalam struktur ini, dan dalam masa 'past tense', 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'past tense''

Worked
English (infinitive)English (Past tense)EnglishMelayu
StopStoppedWhat stopped you from proceeding ?Apa yang menghalang awak dari meneruskan ?
MakeMadeWhat made him happy ?Apa yang membuat dia suka ?
WorkWhat worked for you ?Apa yang sesuai dengan awak ?
HappenHappenedWhat happened to the undelivered letter without complete address ?Apa berlaku kepada surat yang tidak dapat dihantar disebabkan tiada alamat lengkap ?
CauseCausedWhat caused you to be angry ?Apa yang buat awak marah ?

Catitan :

- Walaupun jika tiada masa dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan 'did' digunakan, ini menunjukkan hal yang ditanya itu dianggap berlaku pada masa lepas.

- Perkataan 'past tense' tertentu boleh diganti dengan kombinasi perkataan 'did' + (infinitive).

Contohnya :

Worked
English (infinitive)English (Past tense)EnglishMelayu
StopStoppedWhat did stop you from proceeding ?Apa yang menghalang awak dari meneruskan ?
MakeMadeWhat did make him happy ?Apa yang membuat dia suka ?
WorkWhat did work for you ?Apa yang sesuai dengan awak ?
HappenHappenedWhat did happen to the undelivered letter without complete address ?Apa berlaku kepada surat yang tidak dapat dihantar disebabkan tiada alamat lengkap ?
CauseCausedWhat did cause you to be angry ?Apa yang buat awak marah ?



10. Bertanya 'apa (objek)'

Bertanya 'apa (objek)

Bertanya 'apa (objek)' bermaksud bertanya 'apa' diikuti dengan (objek) tertentu.

Dalam bahasa Inggeris, strukturnya ialah :

'What' + (objek).

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti dengan (objek) tertentu.



EnglishMelayu
What chance ?Apa peluang ?
Apa kemungkinan ?
What chance a general strike in Malaysia ?Apa kemungkinan mogok umum di Malaysia ?
What likelihood ?Apakah kemungkinan ?
What likelihood the general election will be held in 3 months time ?Apakah kemungkinan pilihanraya umum akan diadakan dalam masa 3 bulan dari sekarang ?
What prospect ?Apa masa depan ?
What prospect for the industry ?Apa masa depan bagi industri itu ?
What hope ?Apa harapan ?
What hope he has ?Apa harapan yang dia ada ?
What danger ?Apa bahaya ?
What danger lie ahead ?Apa bahaya di depan ?

Catitan :

- Perhatikan tiada tambahan huruf 's' pada 'non-verb' selepas perkataan 'what'.
- Objek adalah sejenis 'non-verb' juga.

11. Bertanya '(objek) apa'

Bertanya 'apa (objek)'

Bertanya 'apa (objek)' bermaksud bertanya apa (objek).

Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa (objek) ialah 'what' (objek).

Struktur yang digunakan ialah :

'What' + (objek).

Struktur ini berbentuk berikut : Perkataan 'what' diikuti dengan (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua - 'He, she, it, this, that, we, they, you, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : Tidak berkenaan.

EnglishMelayu
What movie ?Wayang apa ?
What movie you watched yesterday ?Wayang apa awak tonton semalam ?
What animal ?Binatang apa ?
What animal you hit just now ?Binatang apa awak langgar tadi ?
What surgery ?Pembedahan apa ?
What surgery you had last month ?Pembedahan apa awak jalani bulan lepas ?
What book ?Buku apa ?
What book you are reading ?Buku apa awak sedang baca ?
What vehicle ?Kenderaan apa ?
What vehicle you want to buy ?Kenderaan apa awak mahu beli ?

Saturday, June 13, 2020

12. Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang)

Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang)

Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang) dimaksudkan bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' dimana hal perbuatan yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang.


Dalam bahasa Inggeris, masa ('tense') dimana perbuatan sedang berlaku pada masa sekarang ialah 'present continuous tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu sedang berlaku.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa yang menggunakan struktur 'what' + 'am/is/are' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang ('present continuous tense').

Ada beberapa perkataan atau frasa dimana 'what' digunakan (bagi masa sekarang) :

'What am'.
'What is'.
'What are'.

Antara struktur dimana 'what' digunakan bagi bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang) ialah :

1. 'What' + 'am' + (objek) + ('present participle').
2. 'What' + 'is' + (objek) + ('present Participle').
3. 'What' + 'is' + ('present participle').
4. 'What' + 'are' + (objek) + ('present Participle').

Perkataan 'am' digunakan jika objek ialah 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.

Ketiga-tiga perkataan 'am', 'is', 'are' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika salah satu perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'present tense' (masa sekarang).

Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.

Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Jadi, kombinasi 'am' + ... + ('present participle'), 'is' + ... + ('present participle') dan 'are' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'present continuous tense' (sedang berlaku pada masa sekarang).

'Present participle' adalah 'verb' yang dikombinasikan dengan 'am/is/are/was/were' dan ejaan 'verb' itu diakhiri dengan 'ing'.

Ada beberapa cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle' (tapi cara-cara itu tidak ditunjukkan dalam bab ini).


1. Struktur : 'What' + 'am' + (objek) + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan ('objek') tertentu diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' (Digunakan bagi objek 'I' sahaja. Apabila terdapat perkataan 'am', maka objeknya ialah 'I').
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - hal yang ditanya itu sedang berlaku sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)MelayuEnglishMelayu
DoBuatWhat am I doing ?Apa (yang) saya sedang buat ni ?
UseGunaWhat am I using ?Apa (yang) saya sedang gunakan ni ?
LookLihatWhat am I looking ?Apa (yang) saya sedang lihat ni ?
SeeNampakWhat am I seeing ?Apa (yang) saya sedang nampak ni ?
ListenDengarWhat am I listening ?Apa (yang) saya sedang dengar ni ?
PurchaseBeliWhat am I purchasing ?Apa (yang) saya sedang beli ni ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'I'.
- Apabila perkataan 'am' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku.
- Dalam Bahasa Melayu, perkataan 'yang' dalam contoh di atas biasa/boleh disenyapkan.

2. Struktur : 'What' + 'is' + (objek) + ('Present Participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan 'objek' tertentu diikuti dengan 'Present Participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu sedang berlaku).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English - inginitiveMelayuEnglishMelayu
DoBuatWhat is he doing ?Apa (yang) dia sedang buat ?
DoBuatWhat is she doing with your data ?Apa (yang) dia sedang lakukan dengan data anda ?
HideSembunyiWhat is she hiding ?Apa (yang) dia sedang sembunyikan ?
WashCuciWhat is she washing ?Apa (yang) dia sedang basuh ?
PostPosWhat is he posting ?Apa (yang) dia sedang poskan ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'singular'.
- Perkataan Melayu dalam kurungan '(yang)' biasanya/boleh disenyapkan.
- Apabila perkataan 'is' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku.

4. Struktur : 'What' + 'are' + (objek) + ('Present Participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan 'Present Participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (Kata dasar)EnglishMelayu
DoBuatWhat are you doing ?Apa (yang) awak sedang buat ?
ThinkFikirWhat are you thinking ?Apa (yang) awak sedang fikirkan ?
DreamMimpiWhat are you dreaming ?Apa (yang) awak sedang mimpikan ?
DoBuatWhat are they doing ?Apa (yang) mereka sedang buat ?
ThinkFikirWhat are we thinking ?Apa (yang) kita sedang fikirkan ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'you, plural'.
- Apabila perkataan 'are' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku.
- Perkataan Melayu dalam kurungan '(yang)' biasanya/boleh disenyapkan.

13. Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (dulu)

Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (dulu)

Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' dimana hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa dahulu.

Masa yang sepadan dalam bahasa Inggeris ialah 'past continuous tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') bagi hal yang ditanya itu.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa yang ialah 'what'.

Ada beberapa perkataan atau frasa dimana 'what' digunakan bagi hal yang berlaku pada masa dahulu ('past tense') :

'What was'.
'What were'.

Antara struktur-struktur dimana 'what' digunakan bagi hal yang sedang berlaku pada masa lalu ('past continuous tense') ialah :

1. 'What' + 'was' + (objek) + ('present participle').
2. 'What' + 'were' + (objek) + ('present participle').


Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.

Kedua-dua perkataan 'was', 'were' menunjukkan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika salah satu perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'past tense' (masa lepas).

Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.

Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Jadi, kombinasi 'was' + ... + ('present participle') dan 'were' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'past continuous tense' (sedang berlaku pada masa lepas).



1. Struktur : 'What' + 'was' + (objek) + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' - (sedang berlaku pada satu ketika dahulu. Hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku pada satu ketika pada masa lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) : semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
DoBuatWhat was he doing when you arrived ?Apa dia sedang buat bila awak sampai ?
WearPakaiWhat was she wearing ?Apa yang dia sedang pakai ?
ThinkFikirWhat was the police officer thinking ?Apa yang pegawai Polis itu sedang fikirkan ?
InspectPeriksaWhat was the custom officer inspecting ?Apa yang pegawai kastam itu sedang periksa ?
Look forCariWhat was he looking for ?Apa yang dia sedang cari ?
LookLihatWhat was he looking ?Apa yang dia sedang lihat ?

Catitan :
- Apabila 'was' digunakan, objeknya ialah 'I, singular'.
- Walaupun masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika ('present participle') digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada 'verb' yang sedang berlaku pada satu ketika pada masa lepas.
- 'Present participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' sering/boleh disenyapkan.
- Ada cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle'.

2. Struktur : 'What' + 'were' + (objek) + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (dahulu - hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) : semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
ThinkFikirWhat were they thinking ?Apa mereka (sedang) fikirkan ?
ThinkFikirWhat were they thinking at that time ?Apa mereka (sedang) fikirkan pada masa itu ?
DoBuatWhat were they doing when you arrived ?Apa mereka (sedang) buat semasa awak sampai ?
WaitTungguWhat were you doing while waiting for him ?Apa yang awak (sedang) lakukan sementara menunggu dia ?
UseGunaWhat were they using Ali's blood for ?Apakah yang mereka (sedang) lakukan keatas darah Ali ?
ThinkFikirWhat were the players thinking about the new coach ?Apa yang para pemain (sedang) fikirkan tentang jurulatih baru itu ?

Catitan :
- Jika 'were' digunakan, objeknya ialah 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
- Walaupun masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika kombinasi 'were' + ('present participle') digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada 'verb' yang sedang berlaku pada satu ketika dulu.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' sering/boleh disenyapkan.
- 'Present participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Ada cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle'.

Perhatian :

Struktur ini juga digunakan apabila bertanya samada sesuatu perkara itu ada berlaku semasa hal lain sedang berlaku.

Contoh :

EnglishMelayu
What were you doing while you were waiting ?Apa awak sedang buat ketika awak sedang menunggu ?
What were you doing when the earthquake started ?Apa awak sedang buat ketika gempa bermula ?
A: What were you doing when you broke your leg ?
B: I was snowboarding
A: Apa awak sedang buat bila awak patah kaki ?
B: Saya sedang main ski


14. Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang)

Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang)

Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang) dimaksudkan bertanya 'apa yang sedang berlaku' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang.


Dalam bahasa Inggeris, masa ('tense') dimana kejadian sedang berlaku pada masa sekarang ialah 'present continuous tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu sedang berlaku.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa yang menggunakan struktur 'what' + 'is' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang ('present continuous tense').

Berikut ialah frasa dimana 'what' digunakan (bagi masa sekarang) :

'What is'.

Antara struktur dimana 'what' digunakan bagi bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang) ialah :

1. 'What' + 'is' + ('present participle').


Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular'.

Perkataan 'is' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).

Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'present tense' (masa sekarang).

Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.

Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Jadi, kombinasi 'is' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'present continuous tense' (sedang berlaku pada masa sekarang).

'Present participle' adalah 'verb' yang dikombinasikan dengan 'am/is/are/was/were' dan ejaan 'verb' itu diakhiri dengan 'ing'.

Ada beberapa cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle' (tapi cara-cara itu tidak ditunjukkan dalam bab ini).



1. Struktur : 'What' + 'is' + ('Present Participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu sedang berlaku).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (Kata dasar)EnglishMelayu
HappenBerlakuWhat is happening ?Apa (yang) sedang berlaku ?
Go onBerlakuWhat is going on ?Apa (yang) sedang berlaku ?
UseGunaWhat is using your computer memory ?Apa yang sedang mempergunakan memori komputer anda ?
RunLariWhat is running in your system ?Apa yang sedang berjalan dalam sistem anda ?
UseGunaWhat is using port 80 ?Apa yang sedang menggunakan port 80 ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'singular'.
- Perkataan Melayu dalam kurungan ('yang') ialah perkataan yang biasanya/boleh disenyapkan.
- Apabila perkataan 'is' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku.

Friday, June 12, 2020

15. Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (dulu)

Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (dulu)

Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa yang sedang berlaku' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa dulu.


Dalam bahasa Inggeris, masa ('tense') dimana kejadian sedang berlaku pada masa dulu ialah 'past continuous tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu sedang berlaku, supaya pengguna dapat menggunakan 'tense' yang sesuai.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa yang menggunakan struktur 'what' + 'was' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa dulu ('past continuous tense').

Berikut ialah frasa dimana 'what' digunakan (bagi masa dulu) :

'What was'.

Antara struktur dimana 'what' digunakan bagi bertanya 'apa yang sedang berlaku' (dulu) ialah :

1. 'What' + 'was' + ('present participle').

Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'singular'.

Perkataan 'was' menunjukkan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'past tense' (masa dulu).

Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.

Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Jadi, kombinasi 'was' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'past continuous tense' (sedang berlaku pada masa dulu).

'Present participle' adalah 'verb' yang dikombinasikan dengan 'am/is/are/was/were' dan ejaan 'verb' itu diakhiri dengan 'ing'.

Ada beberapa cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle' (tapi cara-cara itu tidak ditunjukkan dalam bab ini).



1. Struktur : 'What' + 'was' + ('Present Participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu sedang berlaku pada satu ketika dulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (Kata dasar)EnglishMelayu
HappenBerlakuWhat was happening ?Apa (yang) sedang berlaku ?
Go onPergiWhat was going on ?Apa (yang) sedang berlaku ?
UseGunaWhat was using your computer memory ?Apa yang sedang mempergunakan memori komputer anda ?
RunLariWhat was running in your system ?Apa yang sedang berjalan dalam sistem anda ?
UseGunaWhat was using port 80 ?Apa yang sedang menggunakan port 80 ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Past Continuous tense' bagi objek 'singular'.
- Perkataan Melayu dalam kurungan ('yang') ialah perkataan yang biasanya/boleh disenyapkan.
- Apabila perkataan 'was' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku (pada datu masa dahulu).

Thursday, June 11, 2020

16. Bertanya 'apa akan' (sekarang)

Bertanya 'apa akan', 'apakah akan' (sekarang)

Bertanya 'apa akan', 'apakah akan' (sekarang) dimaksudkan bertanya 'apa akan' atau 'apakah akan' dimana hal yang ditanya itu dijangka akan ujud pada masa depan dari sekarang ('future tense for the present').

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') ujudnya hal yang ditanya itu supaya dapat menggunakan 'tense' yang sesuai.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa akan atau apakah akan (masa depan dari sekarang) ialah 'what will'.

Berikut ialah perkataan dimana 'what will' digunakan :

'What will'.

Struktur-struktur dimana 'what will' digunakan ialah :

1. 'What' + 'will' + (objek) + ('verb').
2. 'What' + 'will' + ('verb').

Biasanya struktur pertanyaan ini adalah bagi masa 'future tense' (for the present)' (masa depan dari sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan 'will' digunakan, ini menunjukkan hal masa depan bagi masa sekarang.

Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).



1. Struktur : 'What' + 'will' + (objek) + ('verb')

Struktur ini bermaksud begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'will' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

'What will' bermakna apa yang akan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Future tense - for the present' (masa depan bagi masa sekarang- hal yang ditanya itu akan berlaku pada masa depan dari masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What will my baby look like ?Apa agaknya rupa bayi saya nanti ?
What will he say ?Apa (yang) akan dia kata ?
What will they learn ?Apa (yang) akan mereka belajar ?
What will we call it ?Apa (yang) akan kita panggilnya ?
What will it mean ?Apa (yang) akan dimaksudkan ?
What will it take to restore peace ?Apa yang perlu untuk mengembalikan keamanan ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' biasa/boleh disenyapkan.

2. Struktur : 'What' + 'will' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'will' diikuti ('verb') tertentu.

'What will' bermakna apa yang akan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Future tense - for the present' (masa depan bagi masa sekarang - hal yang ditanya itu disangka akan berlaku pada masa depan dari sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What will happen ?Apa (yang) akan berlaku ?
What will happen if the process continue ?Apa (yang) akan berlaku jika proses berterusan ?
What will ensure you ?Apa (yang) akan meyakinkan anda ?
What will ensure you that he will come?Apa (yang) akan meyakinkan anda bahawa dia akan datang ?
What will become of it ?Apa (yang) akan terjadi padanya ?
What will control it ?Apa (yang) akan mengawalnya ?
What will burn it ?Apa yang akan membakarnya ?
What will change everything ?Apa yang akan mengubah segalanya ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' adalah biasa/boleh disenyapkan.

17. Bertanya 'apa akan' (dulu)

Bertanya 'apa akan', 'apakah akan' (dulu)

Bertanya 'apa akan', 'apakah akan' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa akan' atau 'apakah akan' dimana hal yang ditanya itu dijangka akan ujud pada masa depan bagi masa dulu ('future tense for the past').

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') ujudnya hal yang ditanya itu supaya dapat menggunakan 'tense' yang sesuai.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa akan atau apakah akan (masa depan bagi dulu) ialah 'what would'.

Berikut ialah perkataan dimana 'what would' digunakan :

'What would'.

Struktur-struktur dimana 'what would' digunakan ialah :

1. 'What' + 'would' + (objek) + ('verb').
2. 'What' + 'would' + ('verb').

Biasanya struktur pertanyaan ini adalah bagi masa 'future tense - for the past' (masa depan bagi masa dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan 'would' digunakan, ini menunjukkan hal masa depan bagi masa lepas.

Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).



1. Struktur : 'What' + 'would' + (objek) + ('verb')

Struktur ini bermaksud begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'would' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

'What would' bermakna apa yang akan (bagi masa lepas).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (masa depan bagi masa dulu - hal yang ditanya itu akan berlaku pada masa depan dari masa dulu).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What would my baby look like ?Apa agaknya rupa bayi saya nanti ?
What would he say ?Apa (yang) akan dia kata ?
What would they learn ?Apa (yang) akan mereka belajar ?
What would we call it ?Apa (yang) akan kita panggilnya ?
What would it mean ?Apa (yang) akan dimaksudkan ?
What would it take to restore peace ?Apa yang perlu untuk mengembalikan keamanan ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' adalah biasa/boleh disenyapkan.

2. Struktur : 'What' + 'would' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'would' diikuti ('verb') tertentu.

'What would' bermakna apa yang akan (bagi masa lepas).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (masa depan bagi masa lepas- hal yang ditanya itu disangka akan berlaku pada masa depan dari satu masa dulu).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What would happen ?Apa (yang) akan berlaku ?
What would happen if the process continue ?Apa (yang) akan berlaku jika proses berterusan ?
What would ensure you ?Apa (yang) akan meyakinkan anda ?
What would ensure you that he would come?Apa (yang) akan meyakinkan anda bahawa dia akan datang ?
What would become of it ?Apa (yang) akan terjadi padanya ?
What would control it ?Apa (yang) akan mengawalnya ?
What would burn it ?Apa yang akan membakarnya ?
What would change it ?Apa yang akan mengubahnya ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' adalah biasa/boleh disenyapkan.

Saturday, April 4, 2020

148. Bertanya 'tak bolehkah' (sekarang)

Bertanya 'boleh tak', 'tak bolehkah' (sekarang)

Bertanya 'boleh tak' (sekarang) atau 'tak bolehkah' (sekarang) bermaksud bertanya 'boleh tak' atau 'tak bolehkah' dimana hal yang ditanya itu ujud bagi masa sekarang.

Beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris boleh digunakan untuk bermaksud bertanya boleh tak (sekarang) atau tak bolehkah (sekarang).

'Can'.
'Will'.
'Shall'.

Perkataan-perkataan diatas digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Can' + (objek).
2. 'Will' + (objek).
3. 'Shall' + (objek).

Semua perkataan diatas boleh digunakan bagi semua objek.
Semua perkataan diatas menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).

Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan hal masa sekarang ('present tense').



1. Struktur : 'Can' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'can' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini boleh bermakna 'boleh tak' atau 'tak bolehkah'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present tense' (masa sekarang).

EnglishMelayu
Open the window, can you ?Bukakan pintu, boleh tak ?
Can you open the window ?Boleh tak awak bukakan pintu ?
Don't open your books, can you ?Jangan buka buku awak, boleh tak ?
Can you don't open your books ?Boleh tak awak jangan buka buku ?
Be quiet for a moment, can you ?Diam sebentar, boleh tak ?
Can you help me ?Boleh tak awak tolong saya ?
Can you call me ?Boleh tak awak telefon saya ?

2. Struktur : 'Will' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'will' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini boleh bermakna 'boleh tak' atau 'tak bolehkah'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present tense' (masa sekarang).

EnglishMelayu
Open the window, will you ?Bukakan pintu, boleh tak ?
Don't open your books, will you ?Jangan buka buku awak, boleh tak ?
Be quiet for a moment, will you ?Diam sebentar, boleh tak ?
Will you help me ?Boleh tak awak tolong saya ?
Will you call me ?Boleh tak awak telefon saya ?

3. Struktur : 'Shall' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'shall' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini boleh bermakna 'boleh tak' atau 'tak bolehkah'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present tense' (masa sekarang).

EnglishMelayu
Let's take the next bus, shall we ?Mari naik bas yang berikutnya, boleh tak ?
Let's have a cup of coffee, shall we ?Marilah kita minum, boleh tak ?
Let's go to the beach, shall we ?Marilah kita pergi ke pantai, boleh tak ?
Shall you accompany me ?Boleh tak awak temankan saya ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
CanCan + (objek)SemuaPresent tenseSoalan
WillWill + (objek)SemuaPresent tenseSoalan
ShallShall + (objek)SemuaPresent tenseSoalan

Sunday, March 29, 2020

155. Bertanya 'bagaimana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'bagaimana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang).

Bertanya 'bagaimana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'bagaimana (objek) sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa dahulu hingga sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan bagaimana (objek) sudah di(pasif) (bagi tempoh masa sekarang) ialah kombinasi 'how (object) has/have + been + (past participle)' (iaitu masa 'Present perfect tense').

Perhatikan struktur terbalik ini, iaitu dalam bahasa Melayu (objek) disebut dahulu tetapi dalam bahasa Inggeris (objek) disebut kemudian.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur yang menggunakan 'how has/have' bagi bertanya 'bagaimana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) :

1. 'How' + 'has' + (objek) + 'been' + ('past participle').
2. 'How' + 'have' + (objek) + 'been' + ('past participle').

Perkataan 'how' bererti bagaimana.

Perkataan 'has' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek 'I, you, plural'.

Kombinasi 'has' + ... + ('past participle') dan ''have' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dulu hingga sekarang).

Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ... + ('past participle') bererti di (bagi tempoh masa 'Present Perfect tense' (dulu hingga sekarang).

Perkataan ('past participle') tertentu digunakan dalam menunjukkan 'perfect tense'.
Perkataan ('past participle') tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.



1. Struktur : 'How' + 'has' + (objek) + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'has' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular' (mengikut penggunaan perkataan 'has').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Ia digunakan bagi hal yang berlakunya memakan masa dari satu masa lepas hingga sekarang) (mengikut penggunaan struktur perkataan 'has + (past participle)'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English 'InfinitiveEnglishMelayu
ChangeHow has technology been changed ?Bagaimana teknologi sudah diubah ?
InfluenceHow has English been influenced by the Latin language ?Bagaimana bahasa Inggeris sudah dipengaruhi oleh bahasa Latin ?
BecomeHow has English been accepted as the Lingua Franca ?Bagaimana bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa dunia ?
HasHow has the English language been affected by the internet ?Bagaimana bahasa Inggeris sudah diberi kesan oleh internet ?
ChangeHow has life in Britain been changed since 1948 ?Bagaimana kehidupan di Britain sudah diubah sejak 1948 ?

2. Struktur : 'How' + 'have' + (objek) + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'have' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, we, you, they, these, those' dan lain-lain 'plural' (mengikut penggunaan perkataan 'have').
2. Masa : 'Present Perfect tense' - dahulu hingga sekarang (hal yang berlakunya memakan masa dari satu masa lepas hingga sekarang) - mengikut penggunaan struktur perkataan 'have + ('past participle')'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English 'Infinitive'EnglishMelayu
ChangeHow have manufacturings been changed by robots ?Bagaimana proses-proses pengilangan sudah diubah oleh robot-robot ?
ChangeHow have dictionaries been changed over the years ?Bagaimana kamus-kamus (sudah) diubah selepas bertahun-tahun berlalu ?
UseHow have your educations been used to help others ?Bagaimana pengetahuan-pengetahuan awak (sudah) digunakan untuk menolong orang lain ?
ImproveHow have your pronunciation been improved ?Bagaimana sebutan awak (sudah) dibaiki ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
How hasHow + has + (objek) + been + ('past participle')SemuatenseSoalan
How haveHow + have + (objek) + been + ('past participle')SemuatenseSoalan

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...