Tuesday, June 16, 2020

7. Bertanya '(objek) untuk apa' (dulu)

Bertanya '(objek) untuk apa' (dulu)

Bertanya '(objek) untuk apa' (dulu) dimaksudkan bertanya '(objek) untuk apa' dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa lepas ('past tense').

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting menentukan masa ('tense') sesuatu perbuatan berlaku atau sesuatu yang bukan perbuatan itu ujud.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu ujud.

Ada 2 struktur dimana bertanya '(objek) untuk apa' digunakan dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa dulu iaitu :

3. 'What' + 'was' + (objek) + 'for'.
5. 'What' + 'were' + (objek) + 'for'.

Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.

Semua perkataan diatas iaitu 'was', 'were' menunjukkan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan masa 'past tense'.

Perkataan 'was', 'were' digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).



1. Struktur : 'What' + 'was' + (objek) + 'for'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'for'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular' ('He, she, it, this, that' dan lain-lain).
2. Masa : 'Past tense' (dulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas).

Contoh :

EnglishMelayu
What was that box for ?Kotak itu untuk apa ?
What was that pen for ?Pen itu untuk apa ?
What was that pencil for ?Pensil itu untuk apa ?
What was that marker for ?Penanda itu untuk apa ?
What was that ribbon for ?Reben itu untuk apa ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'padt tense' bagi objek 'singular'.

2. Struktur : 'What' + 'were' + (objek) + 'for'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'for'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa dulu).

Contoh :

EnglishMelayu
What were those boxes for ?Kotak-kotak itu untuk apa ?
What were those pens for ?Pen-pen itu untuk apa ?
What were those pencils for ?Pensil-pensil itu untuk apa ?
What were those markers for ?Penanda-penanda itu untuk apa ?
What were those ribbons for ?Reben-reben itu untuk apa ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Past tense' bagi objek 'plural'.

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...