Wednesday, February 26, 2020

211. Bertanya 'yang mana mempunyai' (dulu)

Bertanya 'yang mana mempunyai' (dulu)

Bertanya 'yang mana mempunyai' (dulu) bermaksud bertanya 'yang mana mempunyai' dimana hal 'mempunyai' yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Yang mana, yang manakah dalam bahasa Inggeris ialah 'which'.

'Which' boleh digunakan dalam pernyataan dan dalam soalan/pertanyaan.

Struktur berikut digunakan bagi bertanya yang mana mempunyai, dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa dahulu :

1.'Which' + 'had'.

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'had' boleh bererti mempunyai (bagi masa lepas).
Perkataan 'had' menandakan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'had' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa lepas.



1. Struktur : 'Which' + 'had'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'which' diikuti perkataan 'had'.

'Which had' bermakna yang mana ada atau yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek yang mempunyai : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'. Ia mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'had'.

EnglishMelayu
Which had the most number of legs among those dead animals ?Yang manakah mempunyai kaki paling banyak diantara binatang-binatang yang mati itu ?
Which had more space : box A or B ?Yang mana mempunyai lebih ruang : kotak A atau B ?
Which had the brighter future : Ali or Siti ?Yang mana mempunyai masa depan lebih cerah : Ali atau Siti ?
Which had the least sugar : cake A, B, C, D ?Yang manakah mengandungi gula yang sedikit : kek A, B, C, D ?
Which had double beds : hotel A, B, C, D ?Yang manakah mempunyai katil berkembar : hotel A, B, C, D ?
Which had better graphics, N64 or PS1 ?Yang mana mempunyai grafik lebih baik, N64 atau PS1?
Which had the better strategy ?Yang manakah mempunyai strategi yang lebih baik ?
Which had better storyline ?Yang manakah mempunyai jalan cerita yang lebih baik ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Which' + 'had'

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...