Wednesday, February 26, 2020

210. Bertanya 'yang mana mempunyai' (sekarang)

Bertanya 'yang mana mempunyai' (sekarang)

Bertanya 'yang mana mempunyai' (sekarang) bermaksud bertanya 'yang mana mempunyai' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Yang mana, yang manakah dalam bahasa Inggeris ialah 'which'.

Dalam bahasa Inggeris, struktur berikut boleh digunakan untuk bertanya yang mana mempunyai (sekarang) :

1. 'Which' + 'has'.
2. 'Which' + 'have'.

Perkataan 'has' digunakan jika objek yang berkenaan adalah 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek yang berkenaan adalah 'you, plural'.

Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' boleh bererti mempunyai.

Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' menandakan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'has' atau 'have' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa 'present tense' (sekarang).



1. Struktur : 'Which' + 'has'

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which has'.

'Which has' bermakna yang mana ada atau yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek yang mempunyai : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang sejak dahulu lagi). Ia mengikut perkataan 'has'.

EnglishMelayu
Which has the most number of legs among animals ?Yang manakah mempunyai kaki paling banyak diantara binatang-binatang ?
Which has priority : plan A or B ?Yang mana mempunyai lebih keutamaan : pelan A atau B ?
Which has more space : box A or B ?Yang mana mempunyai lebih ruang : kotak A atau B ?
Which has the brighter future : Ali or Siti ?Yang mana mempunyai masa depan lebih cerah : Ali atau Siti ?
Which has more germs : purse or toilet ?Yang mana mempunyai lebih kuman : dompet atau tandas ?

2. Struktur : 'Which' + 'have'

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which have'.

'Which have' bermakna yang mana ada atau yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek yang mempunyai : 'I, you, we, they, these, those, plural' (sasaran pertanyaan adalah objek 'I, you, we, they, these, those, plural'. Ia mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'have'.

EnglishMelayu
Which have the low fees : College A, B, C, D ?Yang manakah mengenakan yuran yang rendah : kolej A, B, C, D ?
Which have the least sugar : cake A, B, C, D ?Yang manakah mengandungi gula yang sedikit : kek A, B, C, D ?
Which have more vitamin C : pineapples, apples, oranges, mangoes ?Yang manakah mengandungi lebih vitamin C : nenas, epal, oren, mangga ?
Which have double beds : hotel A, B, C, D ?Yang manakah mempunyai katil berkembar : hotel A, B, C, D ?
Which have four legs : dogs, horses, chicken, ants ?Yang manakah mempunyai empat kaki : anjing, kuda, ayam, serangga ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Which' + 'has'
2Which' + 'have'

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...