Tuesday, March 24, 2020

173. Bertanya 'dari mana' (dulu)

Bertanya 'dari mana' (dulu)

Bertanya 'dari mana' (dulu) bermaksud bertanya 'dari mana' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dari mana ialah 'where from'.

Ada 3 struktur yang harus digunakan, bagi masa lepas, seperti berikut :

1. 'Where' + 'was' + (objek) + 'from'.
2. 'Where' + 'were' + (objek) + 'from'.
3. 'Where' + 'did' + (objek) + 'come from'.

Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.

Semua perkataan-perkataan 'was', 'were', 'did' menunjukkan masa 'past tense' (dahulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan-perkataan ini digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud atau berlaku pada masa 'past tense'.

Perkataan-perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'. Perkataan Inggeris 'come' adalah satu 'verb' (perbuatan).
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

Perkataan-perkataan 'was', 'were' digunakan bagi 'non-verb'.



1. Struktur : 'Where' + 'was' + (objek) + 'from'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'from'.

'Where was' (objek) 'from' bermaksud (objek) dari mana (dulu).

EnglishMelayu
Where was the gold from ?Dari manakah emas itu datang ?
Where was she from ?Dari manakah dia datang ?
Where was he from ?Dari manakah dia datang ?
Where was the panda from ?Dari manakah binatang panda itu datang ?
Where was the striker from ?Dari manakah pemain penyerang itu datang ?
Where was it from ?Dari mana ia datang ?
Where was that thing from ?Dari mana benda itu datang ?
Where was Ali from ?Dari mana Ali datang ?


2. Struktur : 'Where' + 'were' + (objek) + 'from'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'from'.

'Where were' (objek) 'from' bermaksud (objek) dari mana.

EnglishMelayu
Where were the gold bars from ?Dari manakah jongkong emas itu datang ?
Where were they from ?Dari manakah mereka datang ?
Where were the pandas from ?Dari manakah binatang-binatang panda itu datang ?
Where were the strikers from ?Dari manakah pemain-pemain penyerang itu datang ?
Where were that things from ?Dari mana benda-benda itu datang ?
Where were Ali and Abu from ?Dari mana Ali dan Abu datang ?


3. Struktur : 'Where' + 'did' + (objek) + 'come from'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'come from'.

'Where did' (objek) 'come from' bermaksud (objek) datang dari mana.

EnglishMelayu
Where did the gold come from ?Dari manakah emas itu datang ?
Where did she come from ?Dari manakah dia datang ?
Where did he come from ?Dari manakah dia datang ?
Where did the panda come from ?Dari manakah binatang panda itu datang ?
Where did the striker come from ?Dari manakah pemain penyerang itu datang ?
Where did it come from ?Dari mana ia datang ?
Where did that thing come from ?Dari mana benda itu datang ?
Where did Ali come from ?Dari mana Ali datang ?


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...