Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa yang sedang berlaku' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa dulu.
Dalam bahasa Inggeris, masa ('tense') dimana kejadian sedang berlaku pada masa dulu ialah 'past continuous tense'.
Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu sedang berlaku, supaya pengguna dapat menggunakan 'tense' yang sesuai.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa yang menggunakan struktur 'what' + 'was' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa dulu ('past continuous tense').
Berikut ialah frasa dimana 'what' digunakan (bagi masa dulu) :
'What was'.
Antara struktur dimana 'what' digunakan bagi bertanya 'apa yang sedang berlaku' (dulu) ialah :
1. 'What' + 'was' + ('present participle').
Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'singular'.
Perkataan 'was' menunjukkan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'past tense' (masa dulu).
Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.
Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Jadi, kombinasi 'was' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'past continuous tense' (sedang berlaku pada masa dulu).
'Present participle' adalah 'verb' yang dikombinasikan dengan 'am/is/are/was/were' dan ejaan 'verb' itu diakhiri dengan 'ing'.
Ada beberapa cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle' (tapi cara-cara itu tidak ditunjukkan dalam bab ini).
1. Struktur : 'What' + 'was' + ('Present Participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu sedang berlaku pada satu ketika dulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
Contoh :
| English (infinitive) | Melayu (Kata dasar) | English | Melayu |
| Happen | Berlaku | What was happening ? | Apa (yang) sedang berlaku ? |
| Go on | Pergi | What was going on ? | Apa (yang) sedang berlaku ? |
| Use | Guna | What was using your computer memory ? | Apa yang sedang mempergunakan memori komputer anda ? |
| Run | Lari | What was running in your system ? | Apa yang sedang berjalan dalam sistem anda ? |
| Use | Guna | What was using port 80 ? | Apa yang sedang menggunakan port 80 ? |
Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Past Continuous tense' bagi objek 'singular'.
- Perkataan Melayu dalam kurungan ('yang') ialah perkataan yang biasanya/boleh disenyapkan.
- Apabila perkataan 'was' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku (pada datu masa dahulu).
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb