Saturday, June 13, 2020

14. Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang)

Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang)

Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang) dimaksudkan bertanya 'apa yang sedang berlaku' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang.


Dalam bahasa Inggeris, masa ('tense') dimana kejadian sedang berlaku pada masa sekarang ialah 'present continuous tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu sedang berlaku.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa yang menggunakan struktur 'what' + 'is' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang ('present continuous tense').

Berikut ialah frasa dimana 'what' digunakan (bagi masa sekarang) :

'What is'.

Antara struktur dimana 'what' digunakan bagi bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang) ialah :

1. 'What' + 'is' + ('present participle').


Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular'.

Perkataan 'is' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).

Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'present tense' (masa sekarang).

Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.

Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Jadi, kombinasi 'is' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'present continuous tense' (sedang berlaku pada masa sekarang).

'Present participle' adalah 'verb' yang dikombinasikan dengan 'am/is/are/was/were' dan ejaan 'verb' itu diakhiri dengan 'ing'.

Ada beberapa cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle' (tapi cara-cara itu tidak ditunjukkan dalam bab ini).



1. Struktur : 'What' + 'is' + ('Present Participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu sedang berlaku).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (Kata dasar)EnglishMelayu
HappenBerlakuWhat is happening ?Apa (yang) sedang berlaku ?
Go onBerlakuWhat is going on ?Apa (yang) sedang berlaku ?
UseGunaWhat is using your computer memory ?Apa yang sedang mempergunakan memori komputer anda ?
RunLariWhat is running in your system ?Apa yang sedang berjalan dalam sistem anda ?
UseGunaWhat is using port 80 ?Apa yang sedang menggunakan port 80 ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'singular'.
- Perkataan Melayu dalam kurungan ('yang') ialah perkataan yang biasanya/boleh disenyapkan.
- Apabila perkataan 'is' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...