Saturday, June 13, 2020

13. Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (dulu)

Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (dulu)

Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' dimana hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa dahulu.

Masa yang sepadan dalam bahasa Inggeris ialah 'past continuous tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') bagi hal yang ditanya itu.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa yang ialah 'what'.

Ada beberapa perkataan atau frasa dimana 'what' digunakan bagi hal yang berlaku pada masa dahulu ('past tense') :

'What was'.
'What were'.

Antara struktur-struktur dimana 'what' digunakan bagi hal yang sedang berlaku pada masa lalu ('past continuous tense') ialah :

1. 'What' + 'was' + (objek) + ('present participle').
2. 'What' + 'were' + (objek) + ('present participle').


Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.

Kedua-dua perkataan 'was', 'were' menunjukkan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika salah satu perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'past tense' (masa lepas).

Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.

Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Jadi, kombinasi 'was' + ... + ('present participle') dan 'were' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'past continuous tense' (sedang berlaku pada masa lepas).



1. Struktur : 'What' + 'was' + (objek) + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' - (sedang berlaku pada satu ketika dahulu. Hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku pada satu ketika pada masa lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) : semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
DoBuatWhat was he doing when you arrived ?Apa dia sedang buat bila awak sampai ?
WearPakaiWhat was she wearing ?Apa yang dia sedang pakai ?
ThinkFikirWhat was the police officer thinking ?Apa yang pegawai Polis itu sedang fikirkan ?
InspectPeriksaWhat was the custom officer inspecting ?Apa yang pegawai kastam itu sedang periksa ?
Look forCariWhat was he looking for ?Apa yang dia sedang cari ?
LookLihatWhat was he looking ?Apa yang dia sedang lihat ?

Catitan :
- Apabila 'was' digunakan, objeknya ialah 'I, singular'.
- Walaupun masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika ('present participle') digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada 'verb' yang sedang berlaku pada satu ketika pada masa lepas.
- 'Present participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' sering/boleh disenyapkan.
- Ada cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle'.

2. Struktur : 'What' + 'were' + (objek) + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (dahulu - hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) : semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
ThinkFikirWhat were they thinking ?Apa mereka (sedang) fikirkan ?
ThinkFikirWhat were they thinking at that time ?Apa mereka (sedang) fikirkan pada masa itu ?
DoBuatWhat were they doing when you arrived ?Apa mereka (sedang) buat semasa awak sampai ?
WaitTungguWhat were you doing while waiting for him ?Apa yang awak (sedang) lakukan sementara menunggu dia ?
UseGunaWhat were they using Ali's blood for ?Apakah yang mereka (sedang) lakukan keatas darah Ali ?
ThinkFikirWhat were the players thinking about the new coach ?Apa yang para pemain (sedang) fikirkan tentang jurulatih baru itu ?

Catitan :
- Jika 'were' digunakan, objeknya ialah 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
- Walaupun masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika kombinasi 'were' + ('present participle') digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada 'verb' yang sedang berlaku pada satu ketika dulu.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' sering/boleh disenyapkan.
- 'Present participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Ada cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle'.

Perhatian :

Struktur ini juga digunakan apabila bertanya samada sesuatu perkara itu ada berlaku semasa hal lain sedang berlaku.

Contoh :

EnglishMelayu
What were you doing while you were waiting ?Apa awak sedang buat ketika awak sedang menunggu ?
What were you doing when the earthquake started ?Apa awak sedang buat ketika gempa bermula ?
A: What were you doing when you broke your leg ?
B: I was snowboarding
A: Apa awak sedang buat bila awak patah kaki ?
B: Saya sedang main ski


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...