Bertanya 'bagaimana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'bagaimana (objek) sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa dahulu hingga sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan bagaimana (objek) sudah di(pasif) (bagi tempoh masa sekarang) ialah kombinasi 'how (object) has/have + been + (past participle)' (iaitu masa 'Present perfect tense').
Perhatikan struktur terbalik ini, iaitu dalam bahasa Melayu (objek) disebut dahulu tetapi dalam bahasa Inggeris (objek) disebut kemudian.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur yang menggunakan 'how has/have' bagi bertanya 'bagaimana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) :
1. 'How' + 'has' + (objek) + 'been' + ('past participle').
2. 'How' + 'have' + (objek) + 'been' + ('past participle').
Perkataan 'how' bererti bagaimana.
Perkataan 'has' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Kombinasi 'has' + ... + ('past participle') dan ''have' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dulu hingga sekarang).
Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ... + ('past participle') bererti di (bagi tempoh masa 'Present Perfect tense' (dulu hingga sekarang).
Perkataan ('past participle') tertentu digunakan dalam menunjukkan 'perfect tense'.
Perkataan ('past participle') tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
1. Struktur : 'How' + 'has' + (objek) + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'has' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Singular' (mengikut penggunaan perkataan 'has').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Ia digunakan bagi hal yang berlakunya memakan masa dari satu masa lepas hingga sekarang) (mengikut penggunaan struktur perkataan 'has + (past participle)'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English 'Infinitive | English | Melayu |
| Change | How has technology been changed ? | Bagaimana teknologi sudah diubah ? |
| Influence | How has English been influenced by the Latin language ? | Bagaimana bahasa Inggeris sudah dipengaruhi oleh bahasa Latin ? |
| Become | How has English been accepted as the Lingua Franca ? | Bagaimana bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa dunia ? |
| Has | How has the English language been affected by the internet ? | Bagaimana bahasa Inggeris sudah diberi kesan oleh internet ? |
| Change | How has life in Britain been changed since 1948 ? | Bagaimana kehidupan di Britain sudah diubah sejak 1948 ? |
2. Struktur : 'How' + 'have' + (objek) + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'have' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, we, you, they, these, those' dan lain-lain 'plural' (mengikut penggunaan perkataan 'have').
2. Masa : 'Present Perfect tense' - dahulu hingga sekarang (hal yang berlakunya memakan masa dari satu masa lepas hingga sekarang) - mengikut penggunaan struktur perkataan 'have + ('past participle')'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English 'Infinitive' | English | Melayu |
| Change | How have manufacturings been changed by robots ? | Bagaimana proses-proses pengilangan sudah diubah oleh robot-robot ? |
| Change | How have dictionaries been changed over the years ? | Bagaimana kamus-kamus (sudah) diubah selepas bertahun-tahun berlalu ? |
| Use | How have your educations been used to help others ? | Bagaimana pengetahuan-pengetahuan awak (sudah) digunakan untuk menolong orang lain ? |
| Improve | How have your pronunciation been improved ? | Bagaimana sebutan awak (sudah) dibaiki ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| How has | How + has + (objek) + been + ('past participle') | Semua | tense | Soalan |
| How have | How + have + (objek) + been + ('past participle') | Semua | tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb