Sunday, March 29, 2020

154. Bertanya 'bagaimana (objek) sudah' (dulu)

Bertanya 'bagaimana (objek) sudah' (dulu)

Bertanya 'bagaimana (objek) sudah' (dulu) atau 'macamana (objek) sudah' (dulu) bermaksud bertanya 'bagaimana (objek) sudah' atau 'macamana (objek) sudah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang bermakna bagaimana, bagaimanakah dan macamana ialah 'how'.

Terdapat satu struktur yang menggunakan 'how', jika masa berlakunya hal yang ditanya itu dianggap berlaku pada tempoh masa dahulu :

1. 'How' + 'had' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
.
Kombinasi perkataan 'had' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense'.

Perkataan ('past participle') tertentu hanya boleh dibina dari 'verb' (perkataan perbuatan).

Perkataan 'past participle' tertentu figunakan dalam bentuk perfect tense.

Walaupun jika tempoh masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika kombinasi 'had' + ... + ('past participle') digunakan, ia menunjukkan tempoh masa 'past perfect tense' (tempoh masa lepas).



1. Struktur : 'How' + 'had' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'had' diikuti (objek) tertentu diikuti ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek ('I, you, singular, plural) - mengikut penggunaan perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - hal yang berlakunya memakan masa dari satu masa lepas hingga satu masa lain yang lepas juga (mengikut penggunaan perkataan 'had').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How had this happened to me ?Bagaimana hal ini (sudah) berlaku kepada saya ?
How had the changes come about ?Bagaimana perubahan-perubahan itu (sudah) berlaku ?
How had he known her name ?Bagaimana dia dapat tahu namanya ?
How had we met ?Bagaimana kita bertemu ?
How had he captured the buffaloo ?Bagaimana dia (sudah) menangkap kerbau itu ?
How had he lost weight ?Bagaimana dia mengurangkan berat ?

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...