Bertanya 'bagaimana (objek) sudah' (sekarang) bermaksud bertanya 'bagaimana (objek) sudah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa dahulu hingga sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan bagaimana (objek) sudah (bagi tempoh masa sekarang) ialah kombinasi 'how (object) has/have + (past participle)' (iaitu masa 'Present perfect tense').
Perhatikan struktur terbalik ini, iaitu dalam bahasa Melayu (objek) disebut dahulu tetapi dalam bahasa Inggeris (objek) disebut kemudian.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur yang menggunakan 'how has/have' bagi bertanya 'bagaimana (objek) sudah' (sekarang) :
1. 'How' + 'has' + (objek) + ('past participle').
2. 'How' + 'have' + (objek) + ('past participle').
Perkataan 'how' bererti bagaimana.
Perkataan 'has' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Kombinasi 'has' + ... + ('past participle') dan ''have' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dulu hingga sekarang).
Perkataan ('past participle') tertentu digunakan dalam menunjukkan 'perfect tense'.
Perkataan ('past participle') tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
1. Struktur : 'How' + 'has' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'has' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Singular' (mengikut penggunaan perkataan 'has').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Ia digunakan bagi hal yang berlakunya memakan masa dari satu masa lepas hingga sekarang) (mengikut penggunaan struktur perkataan 'has + (past participle)'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English 'Infinitive | English | Melayu |
| Change | How has technology changed ? | Bagaimana teknologi sudah berubah ? |
| Influence | How has latin influenced the English language ? | Bagaimana bahasa Latin sudah mempengaruhi bahasa Inggeris ? |
| Become | How has English become the Lingua Franca ? | Bagaimana bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa dunia ? |
| Has | How has the Internet had an effect on English language ? | Bagaimana internet sudah memberi kesan kepada bahasa Inggeris ? |
| Change | How has life in Britain changed since 1948 ? | Bagaimana kehidupan di Britain sudah berubah sejak 1948 ? |
2. Struktur : 'How' + 'have' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'have' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, we, you, they, these, those' dan lain-lain 'plural' (mengikut penggunaan perkataan 'have').
2. Masa : 'Present Perfect tense' - dahulu hingga sekarang (hal yang berlakunya memakan masa dari satu masa lepas hingga sekarang) - mengikut penggunaan struktur perkataan 'have + ('past participle')'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English 'Infinitive' | English | Melayu |
| Change | How have robots changed manufacturing ? | Bagaimana robot-robot (sudah) mengubah proses pengilangan ? |
| Change | How have dictionaries changed over the years ? | Bagaimana kamus-kamus (sudah) berubah selepas bertahun-tahun berlalu ? |
| Use | How have you used your education to help others ? | Bagaimana awak (sudah) menggunakan pengetahuan awak untuk menolong orang lain ? |
| Improve | How have you improved your pronunciation ? | Bagaimana awak (sudah) memperbaiki sebutan awak ? |
| Be | How have you been? | Bagaimana awak selama ini ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| How has | How + has + (objek) + ('past participle') | Semua | tense | Soalan |
| How have | How + have + (objek) + ('past participle') | Semua | tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb