Wednesday, April 1, 2020

152. Bertanya 'bagaimana' , 'macamana' (dulu)

Bertanya 'bagaimana', 'macamana' (dulu)

Bertanya 'bagaimana', 'macamana' (dulu) bermaksud bertanya 'bagaimana' atau 'macamana' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas ('past tense').

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang bermakna bagaimana, bagaimanakah dan macamana ialah 'how'.

Terdapat 3 struktur yang menggunakan 'how', jika hal yang ditanya itu dianggap berlaku pada masa lepas :

1. 'How' + 'was' + (objek) + ('non-verb').
2. 'How' + 'were' + (objek) + ('non-verb').
3. 'How' + 'did' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.

Semua perkataan diatas menunjukkan masa 'past tense' (masa lepas).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan masa 'past tense'.

Perkataan 'was' dan 'were' (bukan kombinasi) digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.



1. Struktur : 'How' + 'was' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'was' diikuti (objek) tertentu diikuti ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' (mengikut penggunaan perkataan 'was').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa lepas) (mengikut penggunaan perkataan 'was').
3. 'Non-verb' (bukan perkataan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb').

EnglishMelayu
How was your week ?Bagaimana awak minggu lepas ?
How was English standardised?Bagaimanakah bahasa Inggeris dipiawaikan ?
How was the English Civil War significant to history ?Bagaimanakah Perang Inggeris penting dalam sejarah ?
How was your vacation ?Bagaimana dengan percutian awak ?
How was I to know ?Bagaimana saya nak tahu ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dahulu' boleh/sering disenyapkan walaupun ia bermaksud demikian.

2. Struktur : 'How' + 'were' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'were' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' (mengikut penggunaan perkataan 'were').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas) (mengikut penggunaan perkataan 'were').
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb').

EnglishMelayu
How were slaves treated ?Bagaimana hamba-hamba abdi dilayan ?
How were key positions on the typical QWERTY keyboard chosen ?Bagaimanakah huruf-huruf penting dalam kibod QWERTY dipilih ?
How were the cakes you made for the children's party ?Bagaimana dengan kek-kek yang awak buat untuk parti budak-budak itu ?
How were the oceans formed ?Bagaimanakah lautan-lautan terbentuk ?
How were the effects done in that video ?Bagaimanakah kesan-kesan khas dibuat dalam video itu ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dahulu' boleh/sering disenyapkan.

3. Struktur : 'How' + 'did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'did' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek ('I, you, singular, plural) - mengikut penggunaan perkataan 'did'.
2. Masa : 'Past tense' - hal yang ditanya itu ujud pada masa yang lepas - (mengikut penggunaan perkataan 'did').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How did you make it ?Bagaimana awak melakukannya ?
How did Hitler die ?Bagaimana Hitler mati ?
How did we get here ?Bagaimana kita boleh sampai ke sini?
How did English evolve?Bagaimana bahasa Inggeris berkembang?
How did he learn English?Bagaimana dia belajar Inggeris?

Catitan :

- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dengan bentuk 'infinitive'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dahulu' boleh/sering disenyapkan.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
How wasHow + was + (objek) + ('non-verb')I, singularPast tenseSoalan
How wereHow + were + (objek) + ('non-verb')You, pluralPast tenseSoalan
How didHow + did + (objek) + ('verb')SemuaPast tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...