Thursday, April 2, 2020

151. Bertanya 'bagaimana', 'macamana' (sekarang)

Bertanya 'bagaimana', 'macamana' (sekarang)

Bertanya 'bagaimana' (sekarang), 'macamana' (sekarang) bermaksud bertanya 'bagaimana' atau 'macamana' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan bagaimana, bagaimanakah dan macamana ialah 'how'.

Terdapat pelbagai struktur yang menggunakan 'how' bagi bertanya bagaimana (sekarang) atau macamana (sekarang) :

1. 'How' + 'am' + (objek).
2. 'How' + 'am' + (objek) + ('non-verb').
3. 'How' + 'am' + (objek) + ('gerund').
4. 'How' + 'am' + (objek) + ('past participle').
5. 'How' + 'is' + (objek).
6. 'How' + 'is' + (objek) + ('non-verb').
7. 'How' + 'is' + (objek) + ('gerund').
8. 'How' + 'is' + (objek) + ('past participle').
9. 'How' + 'are' + (objek).
10.'How' + 'are' + (objek) + ('non-verb').
11.'How' + 'are' + (objek) + ('gerund').
12.'How' + 'are' + (objek) + ('past participle').
13.'How' + 'do' + (objek) + ('verb').
14.'How' + 'does' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'am' digunakan jika objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'do' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Perkataan 'does' digunakan jika objek 'singular'.

Semua perkataan diatas menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi apabila perkataan-perkataan itu digunakan, ini menunjukkan hal ujud dalsm masa 'present tense' (sekarang).

Perkataan 'am', 'is', 'are' (bukan kombinasi) digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).
Perkataan 'do', 'does' digunakan bagi 'verb' (perbuatan).

'Present participle' dan 'past participle', walaupun berasal dari 'verb' tapi bila ia berubah menjadi 'Present participle' dan 'past participle', ia termasuk sebagai 'non-verb'.

Objek dan 'gerund' juga termasuk dalam kategori 'non-verb' (bukan perbuatan).

'Past participle' juga digunakan bagi bentuk pasif.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.



1. Struktur : 'How' + 'am' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'am' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja (mengikut penggunaan perkataan 'I').
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).

EnglishMelayu
How am I ?Bagaimana keadaan saya ?

2. Struktur : 'How' + 'am' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'am' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja (mengikut penggunaan perkataan 'I').
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How am I, doctor ?Bagaimana keadaan saya, doktor ?

3. Struktur : 'How' + 'am' + (objek) + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'am' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja (mengikut penggunaan perkataan 'I').
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Gerund' (nama perbuatan).

EnglishMelayu
How am I doing ?Bagaimana dengan apa yang saya buat ?
How am I faring ?Bagaimana kedudukan saya sekarang ?
How am I taking the order ?Bagaimana keadaan saya menerima arahan itu ?
How am I feeling right now ?Bagaimana perasaan saya ketika ini ?
How am I performing ?Bagaimana persembahan saya ?

4. Struktur : 'How' + 'am' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'am' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja (mengikut penggunaan perkataan 'I').
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'. Bentuk pasif.

EnglishMelayu
How am I supposed to live without you ?Bagaimana saya nak hidup tanpa awak ?
How am I supposed to know ?Bagaimana saya seharusnya tahu ?
How am I affected by the exam result ?Bagaimana saya terkesan dengan keputusan periksa ?
How am I supposed to do ?Bagaimana saya harus buat ?
How am I entitled ?Bagaimana saya layak ?

5. Struktur : 'How' + 'is' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'is' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' (mengikut penggunaan perkataan 'is').
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How is he ?Bagaimana keadaan dia ?
How is it ?Bagaimana keadaannya ?
How is the weather ?Bagaimana keadaan cuaca ?
How is your day ?Bagaimana awak hari ini ?
How is it even possible ?Bagaimana ia boleh jadi mungkin ?
How is the answer ?Bagaimana dengan jawapan itu ?

6. Struktur : 'How' + 'is' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'is' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' (mengikut penggunaan perkataan 'is').
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English Non-verbEnglishMelayu
NowHow is he now ?Bagaimana keadaan dia sekarang ?
ThereHow is the weather there now ?Bagaimana keadaan cuaca di sana sekarang ?
AnswerHow is the answer, is it correct ?Bagaimana jawapannya, adakah ia betul ?

7. Struktur : 'How' + 'is' + (objek) + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'is' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' (mengikut penggunaan perkataan 'is').
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang ujud sekarang - hal yang ditanya itu sedang ujud pada masa sekarang).
3. 'Gerund' (nama perbuatan).

English 'infinitive'EnglishMelayu
GoHow is it going ?Bagaimana ia berlangsung ?
DoHow is she doing ?Bagaimana keadaan dia sekarang ?
TakeHow is he taking the order ?Bagaimana keadaan dia menerima arahan itu ?
FeelHow is he feeling right now ?Bagaimana perasaan dia ketika ini ?
PerformHow is he performing ?Bagaimana persembahan dia ?

8. Struktur : 'How' + 'is' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'is' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'. Bentuk pasif.

EnglishMelayu
How is he supposed to live without you ?Bagaimana dia nak hidup tanpa awak ?
How is he supposed to know ?Bagaimana dia seharusnya tahu ?
How is he affected by the exam result ?Bagaimana dia terkesan dengan keputusan periksa ?
How is he supposed to do ?Bagaimana dia harus buat ?
How is the word 'profligate' pronounced ? Bagaimana perkataan 'profligate' disebut ?
How is it done ?Bagaimana ia dibuat ?

9. Struktur : 'How' + 'are' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'are' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' (mengikut penggunaan perkataan 'are').
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud untuk masa sekarang) (mengikut penggunaan perkataan 'are').

EnglishMelayu
How are you ?Apa khabar awak ?
Bagaimana keadaan awak ?
How are they ?Apa khabar mereka ?
Bagaimana keadaan mereka ?
How are Ali and Abu ?Apa khabar Ali dan Abu ?
Bagaimana keadaan Ali dan Abu ?
How are your projects ?Bagaimana dengan projek-projek awak ?

10. Struktur : 'How' + 'are' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'are' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' (mengikut penggunaan perkataan 'are').
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud untuk masa sekarang) (mengikut penggunaan perkataan 'are').
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb').

EnglishMelayu
How are you today ?Apa khabar awak hari ini ?
How are they today ?Apa khabar mereka hari ini ?

11. Struktur : 'How' + 'are' + (objek) + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'are' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' (mengikut penggunaan perkataan 'are').
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud untuk masa sekarang) (mengikut penggunaan perkataan 'are').
3. 'Gerund' (nama perbuatan).

EnglishMelayu
How are your feeling today ?Bagaimanakah perasaan awak hari ini ?
How are you doing today ?Bagaimana dengan awak hari ini ?
How are your studies going ?Bagaimana dengan pelajaran awak sekarang ?

12. Struktur : 'How' + 'are' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'are' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How are they supposed to survive without you ?Bagaimana mereka nak hidup tanpa awak ?
How are we supposed to know ?Bagaimana kami nak tahu ?
How are they affected by the exam result ?Bagaimana mereka terkesan dengan keputusan periksa ?
How are we supposed to do ?Bagaimana kami harus buat ?
How are the words 'mary', 'marry', pronounced ? Bagaimana perkataan 'mary', 'marry' disebut ?
How are new words born ?Bagaimana perkataan-perkataan baru dihasilkan ?

13. Struktur : 'How' + 'do' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how' diikuti perkataan 'do' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' (mengikut penggunaan perkataan 'do').
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya merupakan kelaziman atau kebiasaan yang ujud pada masa sekarang) (mengikut penggunaan perkataan 'do').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English verb (infinitive)EnglishMelayu
MakeHow do you make it ?Bagaimana awak melakukannya ?
SayHow do you say 'Porsche' ?Bagaimana awak menyebut 'Porsche' ?
FeelHow do you feel ?Bagaimana awak rasa ?
BuildHow do I build my confidence ?Bagaimana saya membina keyakinan saya ?
RespondHow do native English speakers respond to "Thank you" ?Bagaimana penutur-penutur bahasa Inggeris membalas ucapan "terima kasih" ?
DoHow do they do it ?Bagaimana mereka melakukannya ?
DoHow do you do ?Bagaimana keadaan awak ?
DoHow do you sleep ?Bagaimana awak tidur ?


14. Struktur : 'How' + 'does' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how does' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' (mengikut penggunaan perkataan 'does').
2. Masa : 'Present tense' - hal yang ditanya itu merupakan kelaziman atau kebiasaan pada masa sekarang (mengikut penggunaan perkataan 'does').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb').

English verb (infinitive)EnglishMelayu
MakeHow does he make it ?Bagaimana dia melakukannya ?
LookHow does it look ?Bagaimana rupanya ?
TasteHow does it taste ?Bagaimana rasanya ?
DifferHow does Spanish grammar differ from English grammar ?Bagaimanakah tatacara bahasa Sepanyol berbeza dari tatacara bahasa Inggeris ?
GetHow does a word get into the Merriam-Webster dictionary?Bagaimana satu perkataan dimasukkan kedalam kamus Merriam-Webster ?
WorkHow does it work ?Bagaimana ia beroperasi ?


Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
How amHow + am + (objek) + ('non-verb')SemuaPresent tenseSoalan
How isHow + is + (objek) + ('non-verb')SemuaPresent tenseSoalan
How areHow + are + (objek) + ('non-verb')SemuaPresent tenseSoalan
How doHow + do + (objek) + ('verb')SemuaPresent tenseSoalan
How doesHow + does + (objek) + ('verb')SemuaPresent tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...