Bertanya 'bagaimana', 'macamana' (sendiri) bermaksud bertanya 'bagaimana' atau 'macamana' dimana pertanyaan itu digunakan bersendirian tanpa melibatkan masa dan objek. Tiada perkataan lain sebelum dan sesudahnya.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan bagaimana, bagaimanakah dan macamana ialah 'how'.
1. 'How'
'How' adalah pertanyaan yang paling ringkas bagi bagaimana. Ia boleh berdiri sendiri tanpa bergantung kepada objek dan masa.
| English | Melayu |
| How ? | Bagaimana ? |
| Ali : Siti met an accident. Abu : How ? | Ali : Siti mengalami kemalangan. Abu : Macamana ? |
| Mother : Please cook this meat. Daughter : How ? | Ibu : Tolong masak daging ini. Anak : Macamana ? |
Perhatian
Walaupun 'how' biasanya diguna dalam pertanyaan/soalan tetapi sering juga digunakan dalam ayat biasa :
| English | Melayu |
| How can I help ? | Bagaimana saya boleh menolong ? |
| That is not how it is done | Itu bukan cara bagaimana ia dibuat |
| I want to know how | Saya mahu tahu bagaimana |
| Learn how it works | Belajar bagaimana ia berfungsi |
| Define how | Beri definisi 'how' |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb