Tuesday, June 16, 2020

5. Bertanya 'apa', 'apakah' (dulu)

Bertanya 'apa', 'apakah' (dulu)

Bertanya 'apa', 'apakah' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa' atau 'apakah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa dahulu ('past tense').

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') bagi hal yang ditanya itu.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa atau apakah ialah 'what'.

Ada beberapa perkataan atau frasa dimana 'what' digunakan bagi masa dahulu ('past tense') :

'What was'.
'What were'.
'What did'.

Antara struktur-struktur dimana 'what' digunakan bagi masa lalu ('past tense') ialah :

1. 'What' + 'was' + ('non-verb').
2. 'What' + 'were' + (objek) + ('non-verb').
3. 'What' + 'did' + (objek) + 'verb'.
4. 'What' + (objek) + 'did'.

Perkataan 'was' digunakan jika objek sasaran adalah 'I' dan 'singular' ('he, she, it, this, that').
Perkataan 'were' digunakan jika objek sasaran adalah 'you' dan 'plural' ('we, they, these, those').
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').

Semua perkataan diatas 'was', 'were', 'did' menunjukkan hal 'past tense' (masa lepas).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika salah satu perkataan itu digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada hal yang ujud pada masa lepas.



1. Struktur : 'What' + 'was' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu dianggap berlaku pada masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

Contoh :

EnglishMelayu
What was the charge ?Apakah tuduhan yang dikenakan ?
What was the charge against him ?Apakah tuduhan yang dikenakan keatasnya ?
What was your dream job ?Apakah kerja impian awak ?
What was your dream job as you were a child ?Apakah kerja impian awak semasa awak budak dulu ?
What was your secret ?Apakah rahsia awak ?
What was it used for ?Untuk apakah ia digunakan ?
What was the source ?Apakah puncanya ?
What was the source of the friction ?Apakah punca pergeseran itu ?
What was there ?Apa ada di sana ?
What was inside ?Apa ada di dalam ?
What was that ?Apa itu ?

Catitan :
- 'Objek' adalah satu jenis 'non-verb' juga.
- Perkataan Inggeris 'was' bererti ialah/adalah/merupakan (bagi masa lalu) bagi objek 'I, singular'.

2. Struktur : 'What' + 'were' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

Contoh :

EnglishMelayu
What were your plans ? Apa rancangan awak ?
What were your plans last year ? Apa rancangan awak tahun lepas ?
What were the top 10 most visited websites ?Apakah 10 laman web tertinggi dilawati ?
What were the top 10 most visited websites in 2007 ?Apakah 10 laman web tertinggi dilawati pada 2007 ?
What were the causes of the war ?Apakah sebab-sebab peperangan itu ?
What were the words ?Apakah perkataan-perkataannya ?
What were the mysteries ?Apakah misteri-misterinya ?

Catitan :

- Perkataan Inggeris 'were' bererti ialah/adalah/merupakan (bagi masa lalu) bagi objek 'you, plural'.

3. Struktur : 'What' + 'did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('verb') tertentu.

'What did' bermakna apa yang telah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu berlaku pada satu ketika masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

EnglishMelayu
What did he do ?Apa yang dia buat ?
What did she say ?Apa yang dia cakap ?
What did she just say ?Apa yang dia baru cakap ?
What did you do in the war ?Apa yang awak buat semasa peperangan ?
What did he buy ?Apa yang dia beli ?
What did you expect ?Apa yang awak jangka ?
What did Albert Einstein invent ?Apa yang Albert Einstein cipta ?

Catitan :
- Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika perkataan 'did' digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada 'verb' (perbuatan) yang berlaku pada masa lepas.
- 'Did' merujuk kepada 'verb' (perbuatan).
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' menunjukkan perbuatan berlaku pada masa lepas, tetapi ia boleh/sering disenyapkan.
- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (dasar).

4. Struktur : 'What' + (objek) + 'did'

Struktur ini berbentuk berikut : Perkataan 'what' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'did'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu berlaku pada satu ketika masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

EnglishMelayu
What Katie did ?Apa yang Katie telah buat ?
What he did ?Apa yang dia telah buat ?
What she did ?Apa yang dia telah buat ?
What they did ?Apa yang mereka telah buat ?
What we did ?Apa yang kita telah buat ?

Catitan :

- Perkataan 'did' adalah 'past tense' bagi 'do'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan telah menunjukkan masa lalu ('past tense').


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...