Bertanya 'tidakkah (objek) sedang di(pasif)' (sekarang)
Bertanya
'tidakkah (objek) sedang di(pasif)' (sekarang) atau
bukankah (objek) itu sedang di(pasif) ? (sekarang) bermaksud bertanya
'tidakkah (objek) sedang di(pasif)' atau
bukankah (objek) itu sedang di(pasif) ?dimana hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa
sekarang.
Contohnya, kadang-kadang kita mahu bertanya :
Tidakkah kereta itu sedang dibaiki ? atau
bukankah kereta itu sedang dibaiki ?
Bertanya
tidakkah kereta itu sedang dibaiki ? (sekarang) sama dengan bertanya
bukankah kereta itu sedang dibaiki ? (sekarang).
Dalam bahasa Inggeris, ada 3 perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya
tidakkah atau
bukankah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa
sekarang :
'am not').
'Isn't' (ringkasan bagi
'is not').
'Aren't' (ringkasan bagi
'are not').
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu
struktur berikut :
1.
'Am not' + (objek) + 'being' + ('past participle')
2.
'Is not' + (objek) + 'being' + ('past participle').
3.
'Are not' + (objek) + 'being' + ('past participle').
Semua struktur diatas menunjukkan
'present continuous tense' bentuk
soalan.
Dalam bentuk soalan, perkataan-perkataan '
am not, '
isn't' dan
aren't' bermakna '
tidakkah' dan '
bukankah'.
Perkataan
'am' digunakan bagi objek '
I'.
Perkataan
'is' digunakan jika objek '
singular'.
Perkataan
'are' digunakan jika objek '
you, plural'.
Dalam struktur diatas, perkataan '
being' boleh bererti '
sedang di'.
Kombinasi
'being' + ('past participle') boleh bererti 'sedang di(pasif)'.
Bagi menunjukkan bentuk
pasif, gunakan '
past participle' (bukan '
past tense', walaupun bagi sesetengah 'verb', ejaan bagi 'past tense' dan 'past participle' adalah sama).
'
Past participle' hanya boleh dibina dari '
verb'.
1.
Struktur : 'Am not' + (objek) + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'am not' diikuti
(objek) tertentu diikuti perkataan
'being' diikuti perkataan
('past participle') tertentu.
Struktur ini adalah bentuk
pertanyaan bagi masa '
Present Continuous tense' bentuk
negatif bagi objek '
I'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'I' sahaja - mengikut perkataan
'I'.
2. Masa :
'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - Hal yang ditanya itu sedang berlaku semasa pertanyaan dibuat).
3.
'Verb' (perbuatan) -
semua 'action verb' dan
beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Am not I being monitored ? | Tidakkah saya sedang diperhatikan ? |
| Am not I being seen ? | Tidakkah saya sedang dilihat ? |
| Am not I being hired ? | Tidakkah saya sedang diterima berkerja ? |
| Am not I being taxed ? | Tidakkah saya sedang dicukai ? |
| Am not I being shown ? | Tidakkah saya sedang dipaparkan ? |
2.
Struktur : 'Is not' + (objek) + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'isn't' diikuti
(objek) tertentu diikuti perkataan
'being' diikuti diikuti perkataan
('past participle') tertentu.
Struktur ini adalah bentuk
pertanyaan bagi masa '
Present Continuous tense' bentuk
negatif bagi objek '
singular'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'He, she, it, this, that' dan lain-lain
'singular' - mengikut perkataan
'is'.
2. Masa :
'Present Continuous tense' (Sekarang - Hal yang ditanya itu ujud semasa pertanyaan dibuat).
3.
'Verb' (perbuatan) -
semua 'action verb' dan
beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Isn't John being inspected ? | Tidakkah john sedang diperiksa ? |
| Isn't it being nailed ? | Tidakkah ia sedang dipaku ? |
| Isn't he being controlled ? | Tidakkah dia sedang dikawal ? |
| Isn't she being encouraged ? | Tidakkah dia sedang di beri dorongan ? |
| Isn't he being listened to ? | Tidakkah dia sedang didengari ? |
3.
Struktur : 'Are not' + (objek) + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'aren't' diikuti
(objek) tertentu diikuti perkataan
'being' diikuti perkataan
('past participle') tertentu.
Struktur ini adalah bentuk
pertanyaan bagi masa '
Present Continuous tense' bentuk
negatif bagi objek '
plural'.
'Aren't' adalah ringkasan bagi
'are not'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'You, we, they, these, those' dan lain-lain
'plural' - mengikut perkataan
'are'.
2. Masa :
'Present Continuous tense' (Sekarang - Hal yang ditanya itu dijangka ujud sebagai kelaziman semasa pertanyaan dibuat).
3.
'Verb' (perbuatan) -
semua 'action verb' dan
beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Aren't we being hunted ? | Tidakkah kita sedang diburu ? |
| Aren't they being judged ? | Tidakkah mereka sedang dihakimi ? |
| Aren't you being tested ? | Tidakkah awak sedang diuji ? |
| Aren't Ali and Abu being visited ? | Tidakkah Ali dan Abu sedang dilawati ? |
| Aren't the pizzas being made ? | Tidakkah piza-piza itu sedang dibuat ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Am not | Am not + (objek) + being + (past participle) | I | Present Continuous tense | Soalan Negatif Pasif |
| Is not | Is not + (objek) + being + (past participle) | Singular | Present Continuous tense | Soalan Negatif Pasif |
| Are not | Are not + (objek) + (past participle) | You, Plural | Present Continuous tense | Soalan Negatif Pasif |
Perhatian
Beza antara pertanyaan
'are + (objek) + not dengan pertanyaan
aren't ialah :
Are + (objek) + not diterjemah sebagai
adakah + (objek) + tidak.
aren't diterjemah sebagai
tidakkah atau
bukankah.
Beza antara pertanyaan
do/does/did not + (objek) + (verb) dengan pertanyaan
am/is/are/was/were not + (objek) + (verb) ialah :
do/does/did not + (objek) + (verb) digunakan kepada 'verb'.
Am/is/are/was/were not + (objek) + (non-verb) digunakan kepada 'non-verb'.