Tuesday, May 5, 2020

109. Bertanya 'tidakkah (objek) sedang di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'tidakkah (objek) sedang di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'tidakkah (objek) sedang di(pasif)' (sekarang) atau bukankah (objek) itu sedang di(pasif) ? (sekarang) bermaksud bertanya 'tidakkah (objek) sedang di(pasif)' atau bukankah (objek) itu sedang di(pasif) ?dimana hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa sekarang.

Contohnya, kadang-kadang kita mahu bertanya : Tidakkah kereta itu sedang dibaiki ? atau bukankah kereta itu sedang dibaiki ?

Bertanya tidakkah kereta itu sedang dibaiki ? (sekarang) sama dengan bertanya bukankah kereta itu sedang dibaiki ? (sekarang).

Dalam bahasa Inggeris, ada 3 perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya tidakkah atau bukankah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang :

'am not').
'Isn't' (ringkasan bagi 'is not').
'Aren't' (ringkasan bagi 'are not').

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Am not' + (objek) + 'being' + ('past participle') 2. 'Is not' + (objek) + 'being' + ('past participle').
3. 'Are not' + (objek) + 'being' + ('past participle').

Semua struktur diatas menunjukkan 'present continuous tense' bentuk soalan.

Dalam bentuk soalan, perkataan-perkataan 'am not, 'isn't' dan aren't' bermakna 'tidakkah' dan 'bukankah'.

Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.

Dalam struktur diatas, perkataan 'being' boleh bererti 'sedang di'.

Kombinasi 'being' + ('past participle') boleh bererti 'sedang di(pasif)'.

Bagi menunjukkan bentuk pasif, gunakan 'past participle' (bukan 'past tense', walaupun bagi sesetengah 'verb', ejaan bagi 'past tense' dan 'past participle' adalah sama).

'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.



1. Struktur : 'Am not' + (objek) + 'being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'am not' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini adalah bentuk pertanyaan bagi masa 'Present Continuous tense' bentuk negatif bagi objek 'I'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja - mengikut perkataan 'I'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - Hal yang ditanya itu sedang berlaku semasa pertanyaan dibuat).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Am not I being monitored ?Tidakkah saya sedang diperhatikan ?
Am not I being seen ?Tidakkah saya sedang dilihat ?
Am not I being hired ?Tidakkah saya sedang diterima berkerja ?
Am not I being taxed ?Tidakkah saya sedang dicukai ?
Am not I being shown ?Tidakkah saya sedang dipaparkan ?


2. Struktur : 'Is not' + (objek) + 'being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'isn't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'being' diikuti diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini adalah bentuk pertanyaan bagi masa 'Present Continuous tense' bentuk negatif bagi objek 'singular'.


Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sekarang - Hal yang ditanya itu ujud semasa pertanyaan dibuat).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Isn't John being inspected ?Tidakkah john sedang diperiksa ?
Isn't it being nailed ?Tidakkah ia sedang dipaku ?
Isn't he being controlled ?Tidakkah dia sedang dikawal ?
Isn't she being encouraged ?Tidakkah dia sedang di beri dorongan ?
Isn't he being listened to ?Tidakkah dia sedang didengari ?


3. Struktur : 'Are not' + (objek) + 'being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'aren't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini adalah bentuk pertanyaan bagi masa 'Present Continuous tense' bentuk negatif bagi objek 'plural'.

'Aren't' adalah ringkasan bagi 'are not'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sekarang - Hal yang ditanya itu dijangka ujud sebagai kelaziman semasa pertanyaan dibuat).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Aren't we being hunted ?Tidakkah kita sedang diburu ?
Aren't they being judged ?Tidakkah mereka sedang dihakimi ?
Aren't you being tested ?Tidakkah awak sedang diuji ?
Aren't Ali and Abu being visited ?Tidakkah Ali dan Abu sedang dilawati ?
Aren't the pizzas being made ?Tidakkah piza-piza itu sedang dibuat ?


Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Am notAm not + (objek) + being + (past participle)IPresent Continuous tenseSoalan Negatif Pasif
Is notIs not + (objek) + being + (past participle)SingularPresent Continuous tenseSoalan Negatif Pasif
Are notAre not + (objek) + (past participle)You, PluralPresent Continuous tenseSoalan Negatif Pasif

Perhatian

Beza antara pertanyaan 'are + (objek) + not dengan pertanyaan aren't ialah : Are + (objek) + not diterjemah sebagai adakah + (objek) + tidak. aren't diterjemah sebagai tidakkah atau bukankah.

Beza antara pertanyaan do/does/did not + (objek) + (verb) dengan pertanyaan am/is/are/was/were not + (objek) + (verb) ialah : do/does/did not + (objek) + (verb) digunakan kepada 'verb'. Am/is/are/was/were not + (objek) + (non-verb) digunakan kepada 'non-verb'.

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...