Bertanya 'tidakkah (objek) sedang di(pasif)' (dulu) sama dengan bertanya 'bukankah (objek) sedang di(pasif)' (dulu).
Bertanya 'tidakkah (objek) sedang di(pasif)' (dulu) atau 'bukankah (objek) sedang di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'tidakkah (objek) sedang di(pasif)' atau 'bukankah (objek) sedang di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas.
Contohnya, kadang-kadang kita mahu bertanya : Tidakkah dulu kereta itu sedang dibaiki ? atau bukankah dulu kereta itu sedang dibaiki ?
Dalam bahasa Inggeris, ada 2 perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya tidakkah atau bukankah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas :
'Wasn't' (ringkasan bagi 'was not').
'Weren't' (ringkasan bagi /were not').
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Was not' + (objek) + 'being' + ('past participle').
2. 'Were not' + (objek) + 'being' + ('past participle').
Kedua-dua perkataan 'wasn't' dan 'weren't' dalam bentuk soalan bermakna tidakkah atau bukankah.
Perkataan 'was' digunakan jika objek 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek 'you, plural'.
Kedua-dua perkataan 'was' dan 'were' menunjukan 'past tense' (masa lepas).
Dalam struktur diatas, perkataan 'being' boleh bererti 'sedang'.
Kombinasi 'being' + ('past participle') menunjukkan masa 'continuous tense' bentuk pasif.
Kombinasi 'being' + ('past participle') boleh bererti 'sedang di(pasif)'.
Bagi menunjukkan bentuk pasif, gunakan 'past participle' (bukan 'past tense', walaupun bagi sesetengah 'verb', ejaan bagi 'past tense' dan 'past participle' adalah sama).
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
1. Struktur : 'Was not' + (objek) + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'wasn't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini adalah bentuk pertanyaan bagi masa 'Past Continuous tense' bentuk negatif bagi objek 'I, singular'.
'Wasn't' adalah ringkasan bagi 'was not'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Dahulu - Hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa lalu semasa pertanyaan dibuat).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Wasn't John being inspected at the time ? | Tidakkah john sedang diperiksa pada masa itu ? |
| Wasn't it being nailed at the time ? | Tidakkah ia sedang dipaku pada masa itu ? |
| Wasn't he being controlled at the time ? | Tidakkah dia sedang dikawal pada masa itu ? |
| Wasn't she being encouraged at the time ? | Tidakkah dia sedang di beri dorongan pada masa itu ? |
| Wasn't he being listened to at the time ? | Tidakkah dia sedang didengari pada masa itu ? |
2. Struktur : 'Were not' + (objek) + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'weren't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
'Weren't' adalah ringkasan bagi 'were not'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa lalu semasa pertanyaan sedang dibuat).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Weren't we being hunted at the time ? | Tidakkah kita sedang diburu pada masa itu ? |
| Weren't they being judged at the time ? | Tidakkah mereka sedang dihakimi pada masa itu ? |
| Weren't you being tested at the time ? | Tidakkah awak sedang diuji pada masa itu ? |
| Weren't Ali and Abu being visited at the time ? | Tidakkah Ali dan Abu sedang dilawati pada masa itu ? |
| Weren't the pizzas being made at the time ? | Tidakkah piza-piza itu sedang dibuat pada masa itu ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Was not | Was not + (objek) + being + (past participle) | I, Singular | Past Continuous tense | Soalan Negatif |
| Were not | Were not + (objek) + being + (past participle) | You, Plural | Past Continuous tense | Soalan Negatif |
Perhatian
Beza antara pertanyaan 'are + (objek) + not dengan pertanyaan aren't ialah : are + (objek) + not diterjemah sebagai adakah + (objek) + tidak. aren't diterjemah sebagai tidakkah atau bukankah.
Beza antara pertanyaan do/does/did not + (objek) + (verb) dengan pertanyaan am/is/are/was/were not + (objek) + (verb) ialah : do/does/did not + (objek) + (verb) digunakan kepada 'verb'. am/is/are/was/were not + (objek) + (non-verb) digunakan kepada 'non-verb'.
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb