Bertanya 'bukankah (objek) di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'bukankah (objek) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas.
Contohnya, kadang-kadang kita bertanya : Bukankah dulu kereta itu diperiksa setiap bulan ?
Pertanyaan seperti ini memenuhi 3 ciri dalam bahasa Inggeris iaitu :
1. Objek : Kereta.
2. Masa : 'Past tense' (kelaziman dulu) - setiap bulan dahulu.
3. 'Verb' (perbuatan) : Periksa.
Dalam bahasa Inggeris, ada 2 perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya tidakkah atau bukankah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas :
'Wasn't' (ringkasan bagi 'was not').
'Weren't' (ringkasan bagi 'were not').
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Was not' + (objek) + ('past participle').
2. 'Were not' + (objek) + ('past participle').
Perkataan 'was' digunakan jika objek 'I'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'was' dan 'were' menunjukkan masa 'Past tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika 2 perkataan ini digunakan, ia menunjukkan hal ujud dalam masa 'past tense'.
Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
1. Struktur : 'Was not' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'Wasn't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bermakna 'bukankah (objek) di(pasif)'.
'Wasn't' adalah ringkasan bagi 'was not'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (Kelaziman dahulu - Hal yang ditanya itu ujud sebagai kelaziman pada masa lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action-verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Teach | Wasn't she taught by Mr M every day in the last year ? | Bukankah dia diajar oleh En M setiap hari pada tahun lepas ? |
| Train | Wasn't he trained by Mr T every day in the last year ? | Bukankah dia dilatih oleh Mr T setiap hari pada tahun lepas ? |
| Drive | Wasn't he driven by his father every day in the last year ? | Bukankah dia dipandu oleh ayahnya setiap hari pada gahun lepas ? |
| Consume | Wasn't the fish consumed by him every week in the last year ? | Bukankah ikan jenis itu itu dimakan olehnya setiap minggu pada tahun lepas ? |
| Inspect | Wasn't the car inspected by Mr T every month in the last year ? | Bukankah kereta itu diperiksa oleh Mr T setiap bulan pada tahun lepas ? |
5. Struktur : 'Were not' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'weren't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bermakna 'bukankah (objek) di(pasif)'.
'Weren't' adalah ringkasan bagi 'were not'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Kelaziman dahulu - Hal yang ditanya itu ujud sebagai kelaziman pada masa lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action-verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Teach | Weren't we taught by Mr M every day in the last year ? | Bukankah kami diajar oleh En M setiap hari pada tahun lepas ? |
| Train | Weren't they trained by Mr T every day in the last year ? | Bukankah mereka dilatih oleh Mr T setiap hari pada tahun lepas ? |
| Drive | Weren't Ali and Abu driven by their father every day in the last year ? | Bukankah Ali dan Abu dipandu oleh ayah mereka setiap hari pada tahun lepas ? |
| Consumr | Weren't these kind of fish consumed by him every week in the last year ? | Bukankah ikan-ikan jenis itu dimakan olehnya setiap minggu pada tahun lepas ? |
| Inspect | Weren't the cars inspected by Mr T every month in the last year ? | Bukankah kereta-kereta itu diperiksa oleh Mr T setiap bulan pada tahun lepas ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Was not | Was not + (objek) + (past participle) | I, Singular | Past tense | Soalan Negatif |
| Were not | Were not + (objek) + (past participle) | You, Plural | Past tense | Soalan Negatif |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb