Bertanya 'bukankah (objek) di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'bukankah (objek) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.
Contohnya, kadang-kadang kita mahu bertanya : Bukankah kereta itu diperiksa setiap bulan ?
Pertanyaan seperti ini memenuhi 3 ciri dalam bahasa Inggeris iaitu :
1. Objek : Kereta.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang) - setiap bulan.
3. 'Verb' (perbuatan) : Periksa.
Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya tidakkah (sekarang) atau bukankah (sekarang) :
'am not').
'Isn't' (ringkasan bagi 'is not').
'Aren't' (ringkasan bagi 'are not').
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Am not' + (objek) + ('past participle') 2. 'Is not' + (objek) + ('past participle').
3. 'Are not' + (objek) + ('past participle').
Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'am', 'is' , 'are' menunjukkan masa 'Present tense'.
Walapun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila perkataan-perkataan ini digunakan, ia menunjukkan masa 'present tense'.
Perkataan 'am', 'is' , 'are' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'Past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Perkataan 'Past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
1. Struktur : 'Am not' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'am not' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bermakna 'bukankah (objek) di(pasif)'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (Kelaziman sekarang - Hal yang ditanya itu ujud sebagai kelaziman sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Am not I taught by Mr M every day ? | Bukankah saya diajar oleh En M setiap hari ? |
| Am not I trained by Mr T every day ? | Bukankah saya dilatih oleh Mr T setiap hari ? |
| Am not I driven by my father every day ? | Bukankah saya dipandu oleh ayah saya setiap hari ? |
| Am not I watched by the Police ? | Bukankah saya diperhatikan oleh pihak Polis ? |
| Am not I watched by the Police every moment ? | Bukankah saya diperhatikan oleh pihak Polis setiap masa ? |
| Am not I given the lectures ? | Bukankah saya diberi syarahan ? |
| Am not I given the lectures every month ? | Bukankah saya diberi syarahan setiap bulan ? |
2. Struktur : 'Is not' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'isn't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bermakna 'tidakkah (objek) di(pasif)'.
'Isn't' adalah ringkasan bagi 'is not'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Kelaziman sekarang - Hal yang ditanya itu ujud sebagai kelaziman sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Isn't she taught by Mr M every day ? | Bukankah dia diajar oleh En M setiap hari ? |
| Isn't he trained by Mr T every day ? | Bukankah dia dilatih oleh Mr T setiap hari ? |
| Isn't he driven by his father every day ? | Bukankah dia dipandu oleh ayahnya setiap hari ? |
| Isn't the fish consumed by him every week ? | Bukankah ikan itu dimakan olehnya setiap minggu ? |
| Isn't the car repaired by Mr T every month ? | Bukankah kereta itu dibaiki oleh Mr T setiap bulan ? |
3. Struktur : 'Are not' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'Aren't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bermakna 'bukankah (objek) di(pasif)'.
'Aren't' adalah ringkasan bagi 'are not'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Kelaziman sekarang - Hal yang ditanya itu ujud sebagai kelaziman sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Aren't we taught by Mr M every day ? | Bukankah kami diajar (lazimnya) oleh En M setiap hari ? |
| Aren't they trained by Mr T every day ? | Bukankah mereka dilatih (lazimnya) oleh Mr T setiap hari ? |
| Aren't Ali and Abu driven by their father every day ? | Bukankah Ali dan Abu dipandu (lazimnya) oleh ayah mereka setiap hari ? |
| Aren't these kind of fish consumed by him every week ? | Bukankah ikan-ikan jenis itu dimakan (lazimnya) olehnya setiap minggu ? |
| Aren't the cars repaired by Mr T every month ? | Bukankah kereta-kereta itu dibaiki (lazimnya) oleh Mr T setiap bulan ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Am not | Am not + (objek) + (past participle) | I | Present tense | Soalan Negatif |
| Is not | Is not + (objek) + (past participle) | Singular | Present tense | Soalan Negatif |
| Are not | Are not + (objek) + (past larticiple) | You, Plural | Present tense | Soalan Negatif |
'
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb