Friday, May 8, 2020

106. Bertanya 'tidakkah (objek)', 'bukankah (objek)' (dulu)

Bertanya 'tidakkah (objek)', 'bukankah (objek)' (dulu)

Bertanya 'tidakkah (objek)' (dulu) sama dengan bertanya 'bukankah (objek)' (dulu).

Bertanya 'tidakkah (objek)' (dulu) atau 'bukankah (objek)' (dulu) bermaksud bertanya 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, ada 2 perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya tidakkah (dulu) atau bukankah (dulu) :

'Wasn't' (ringkasan bagi 'was not').
'Weren't' (ringkasan bagi /were not').

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Was not' + (objek) + ('non-verb').
2. 'Were not' + (objek) + ('non-verb').

Perkataan 'was' digunakan jika objek 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek 'you, plural'.

Penggunaan perkataan 'was' dan 'were' menunjukkan masa 'past tense' (masa lepas).

Kedua-dua perkataan 'was' dan 'were' digunakan bagi 'non-verb'.



1. Struktur : 'Was not' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'was not' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Wasn't' adalah ringkasan bagi 'was not'.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - Hal yang ditanya itu dijangka telah berlaku sebelum pertanyaan dibuat).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Wasn't she amazing during the dinner ?Tidakkah dia menarik semasa makan malam itu ?
Wasn’t the book marvellous ?Tidakkah buku itu menarik ?
Wasn't it his fault ?Tidakkah itu kesilapan dia ?
Wasn't he here yesterday ?Tidakkah dia di sini semalam ?
Wasn't she angry when you said that ?Tidakkah dia marah bila awak berkata demikian ?

Catitan :

- Dalam bentuk soalan, 'wasn't' bermakna 'tidakkah' dan 'bukankah'.

2. Struktur : 'Were not' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'were not' diikuti (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.

'Weren't' adalah ringkasan bagi 'were not'.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - Hal yang ditanya itu dijangka ujud sebelum pertanyaan dibuat).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.


EnglishMelayu
Weren't you careless in handling the issue ?Tidakkah awak cuai semasa mengendali isu itu ?
Weren't they able to buy the ticket ?Tidakkah mereka dapat beli tiket ?
Weren't Ali and Abu ready when the game start ?Bukankah Ali dan Abu telah sedia bila perlawanan itu dimulakan ?
Weren't those items important for the trip ?Tidakkah barang-barang itu mustahak untuk perjalanan itu ?

Catitan :

- Dalam bentuk soalan, 'weren't' bermakna 'tidakkah' dan 'bukankah'.

Perhatian

Beza antara pertanyaan 'are + (objek) + not dengan pertanyaan aren't ialah : are + (objek) + not diterjemah sebagai adakah + (objek) + tidak. Aren't diterjemah sebagai tidakkah atau bukankah.

Beza antara pertanyaan do/does/did not + (objek) + (verb) dengan pertanyaan am/is/are/was/were not + (objek) + (verb) ialah : do/does/did not + (objek) + (verb) digunakan kepada 'verb'. Am/is/are/was/were not + (objek) + (non-verb) digunakan kepada 'non-verb'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Was notWas not + (objek) + (non-verb)I, SingularPast tenseSoalan Negatif
Were notWere not + (objek) + (non-verb)You, PluralPast tenseSoalan Negatif

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...