Bertanya 'tidakkah (objek) sedang' (dulu) atau 'bukankah (objek) sedang' (dulu) bermaksud bertanya 'tidakkah (objek) sedang' atau 'bukankah (objek) sedang' dimana hal yang ditanya itu ujud atau berlaku pada masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, ada 2 perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya tidakkah atau bukankah dimana hal yang ditanya itu ujud atau berlaku pada masa lepas :
'Wasn't' (ringkasan bagi 'was not').
'Weren't' (ringkasan bagi /were not').
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu dari struktur berikut, yang mana sesuai :
1. 'Was not' + (objek) + ('present participle').
2. 'Were not' + (objek) + ('present participle').
3. 'Was not' + (objek) + 'being + ('non-verb').
4. 'Were not' + (objek) + 'being + ('non-verb').
Perkataan 'was' digunakan jika objek 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek 'you, plural'.
Kombinasi 'was ... ('present participle') menunjukkan masa 'Past Continuous tense'.
Kombinasi 'were ... ('present participle') juga menunjukkan masa 'Past Continuous tense'.
('Present participle') hanya boleh dibina dari 'verb'. Ia tidak boleh dibina dari 'non-verb'.
Untuk menunjukkan sesuatu 'verb' (perbuatan) sedang berlaku, gunakan 'present participle'.
Untuk menunjukkan sesuatu 'non-verb' (bukan perbuatan) sedang ujud, gunakan perkataan 'being'.
Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan 'tidakkah' dan 'bukankah' menggunakan perkataan yang sama iaitu 'wasn't' atau 'weren't'.
1. Struktur : 'Was not' + (objek) + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'was not' diikuti (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('present participle') tertentu.
Wasn't' adalah ringkasan bagi 'was not'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Sedang berlaku pada masa dahulu - Hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-verb'.
| English | Melayu |
| Was not he doing something at the time ? | Tidakkah dia sedang melakukan sesuatu pada masa itu ? |
| Was not she expecting that at the time ? | Tidakkah dia sedang menjangkakan hal itu pada masa itu ? |
| Was not Ali talking to you at the time ? | Tidakkah Ali sedang bercakap pada awak pada masa itu ? |
| Was not Siti singing at the time ? | Tidakkah Siti sedang menyanyi pada masa itu ? |
| Was not Ali studying at the time ? | Tidakkah Ali sedang belajar pada masa itu ? |
2. Struktur : 'Were not' + (objek) + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'were not' diikuti (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('present participle') tertentu.
'Weren't' adalah ringkasan bagi 'were not'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, they, we, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Sedang berlaku pada satu masa dahulu - Hal yang ditanya itu dijangka sedang berlaku pada masa dahuli).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-verb'.
| English | Melayu |
| Weren't the products selling well ? | Tidakkah barang-barang itu bagus jualannya ? |
| Weren't we doing something good ? | Tidakkah kami sedang melakukan sesuatu yang baik ? |
| Weren't they expecting that ? | Tidakkah mereka sedang menjangkakan hal itu ? |
| Weren't you dating ? | Tidakkah awak sedang berjanji jumpa ? |
| Weren't you talking ? | Tidakkah awak sedang bercakap ? |
3. Struktur : 'Was not' + (objek) + 'being' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'was not' diikuti (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'being' diikuti ('non-verb') tertentu.
Wasn't' adalah ringkasan bagi 'was not'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Sedang berlaku pada masa dahulu - Hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa dahulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb'.
| English | Melayu |
| Was not I being aggressive at the time ? | Tidakkah saya sedang bersikap agresif pada masa itu ? |
| Was not she being alert at the time ? | Tidakkah dia sedang bersikap berhati-hati pada masa itu ? |
| Was not Ali being arrogant at the time ? | Tidakkah Ali sedang bersikap sombong pada masa itu ? |
| Was not Siti being awful at the time ? | Tidakkah Siti sedang bersikap memualkan pada masa itu ? |
| Was not Ali being kind at the time ? | Tidakkah Ali sedang bersikap baik pada masa itu ? |
4. Struktur : 'Were not' + (objek) + 'being' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'weren't' diikuti (objek) diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
'Weren't' adalah ringkasan bagi 'were not'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Sedang berlaku dahulu - Hal yang ditanya itu sedang ujud dahulu semasa pertanyaan dibuat).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb'.
| English | Melayu |
| Weren't they being helpful at the time ? | Tidakkah mereka sedang bersikap menolong pada masa itu ? |
| Weren't we being hardworking at the time ? | Tidakkah kami sedang bersikap rajin pada masa itu ? |
| Weren't you being rude at the time ? | Tidakkah awak sedang bersikap biadab pada masa itu ? |
| Weren't Ali and Abu being calm at the time ? | Tidakkah Ali dan Abu sedang bersikap tenang pada masa itu ? |
| Weren't you being faithful at the time ? | Tidakkah awak sedang bersikap setia pada masa itu ? |
Perhatian
Beza antara pertanyaan 'are + (objek) + not dengan pertanyaan aren't ialah : are + (objek) + not diterjemah sebagai adakah + (objek) + tidak. aren't diterjemah sebagai tidakkah atau bukankah.
Beza antara pertanyaan do/does/did not + (objek) + (verb) dengan pertanyaan am/is/are/was/were not + (objek) + (verb) ialah : do/does/did not + (objek) + (verb) digunakan kepada 'verb'. am/is/are/was/were not + (objek) + (non-verb) digunakan kepada 'non-verb'.
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Was not | Was not + (objek) + (present participle) | I, Singular | Past Continuous tense | Soalan Negatif |
| Were not | Were not + (objek) + (present participle) | You, Plural | Past Continuous tense | Soalan Negatif |
| Was not | Was not + (objek) + 'being' + (non-verb) | I, Singular | Past Continuous tense | Soalan Negatif |
| Were not | Were not + (objek) + 'being' + (non-verb) | You, Plural | Past Continuous tense | Soalan Negatif |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb