Friday, May 1, 2020

113. Bertanya 'adakah (objek)' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek)' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek)' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya adakah (objek) (sekarang) :

'Am'.
'Is'.
'Are'.
'Do'.
'Does'.

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu daripada struktur berikut :

1. 'Am' + (objek) + ('non-verb').
2. 'Is' + (objek) + ('non-verb').
3. 'Are' + (objek) + ('non-verb').
4. 'Do' + (objek) + ('verb').
5. 'Does' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'am' digunakan jika objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'do' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Perkataan 'does' digunakan jika objek 'singular'.

Kesemua 5 perkataan itu menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika salah satu perkataan itu digunakan, ia menunjukkan hal 'present tense'.

Perkataan 'do' dan 'does' digunakan bagi 'verb' (perbuatan).
Perkataan 'am, is, are' digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).

Dalam bentuk soalan, jika melibatkan 'verb', 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.



1. Struktur : 'Am' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'am' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - Hal yang ditanya itu suatu kebiasaan atau kelaziman pada masa sekarang).
3.'Non-verb' (bukan perbuatan) : Semua 'non-verb'.

EnglishMelayu
Am I okay ?Adakah saya okay ?
Am I fine ?Adakah saya tak apa-apa ?
Am I happy ?Adakah saya gembira ?
Am I sad ?Adakah saya sedih ?
Am I satisfied ?Adakah saya puas hati ?

2. Struktur : 'Is' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'is' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - Hal yang ditanya itu suatu kebiasaan atau kelaziman pada masa sekarang).
3.'Non-verb' (bukan perbuatan) : Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Is he okay ?Adakah dia okay ?
Is she fine ?Adakah dia tak apa-apa ?
Is Ali happy ?Adakah Ali gembira ?
Is Siti sad ?Adakah Siti sedih ?
Is he satisfied ?Adakah dia puas hati ?

3. Struktur : 'Are' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'are' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, they, we, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - Hal yang ditanya itu suatu kebiasaan atau kelaziman pada masa sekarang).
3.'Non-verb' (bukan perbuatan) : Semua 'non-verb'.

EnglishMelayu
Are you okay ?Adakah awak okay ?
Are you fine ?Adakah awak tak apa-apa ?
Are they happy ?Adakah mereka gembira ?
Are they sad ?Adakah mereka sedih ?
Are we satisfied ?Adakah kita puas hati ?

4. Struktur : 'Do' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'do' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, they, we, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - Hal yang ditanya itu suatu kebiasaan atau kelaziman pada masa sekarang).
3.'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Do you speak English ?Adakah awak (biasanya) bercakap Inggeris ?
Do you eat this ?Adakah awak (biasanya) makan ini ?
Do you earn more than that ?Adakah awak (biasanya) berpendapatan lebih dari itu ?
Do you think so ?Adakah awak (biasanya) berfikir demikian ?
Do you walk slowly ?Adakah awak (biasanya) berjalan perlahan ?

5. Struktur : 'Does' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'does' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - Hal yang ditanya itu suatu kebiasaan atau kelaziman pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Does English borrow from other languages ?Adakah bahasa Inggeris meminjam dari bahasa lain ?
Does she like oranges ?Adakah dia suka buah oren ?
Does Ali live here ?Adakah Ali tinggal disini ?
Does he walk to school ?Adakah dia berjalan kaki ke sekolah ?
Does he go to bed at 10 p.m. ?Adakah dia masuk tidur pada jam 10 malam ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
AmAm + (objek) + (non-verb)IPresent tenseSoalan
IsIs + (objek) + (non-verb)SingularPresent tenseSoalan
AreAre + (objek) + (non-verb)You, PluralPresent tenseSoalan
DoesDoes + (objek) + (verb)SingularPresent tenseSoalan
DoDo + (objek) + (verb)I, You, PluralPresent tenseSoalan
DoesDoes + (objek) + (verb)SingularPresent tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...