Thursday, April 30, 2020

114. Bertanya 'adakah (objek)' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek)' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek)' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa yang lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya adakah (objek) dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa yang lepas ialah :

'Was'. 'Were'. 'Did'.

Perkataan tersebut digunakan dalam struktur berikut :

1. 'Was' + (objek) + ('non-verb'). 2. 'Were' + (objek) + ('non-verb'). 3. 'Did' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, plural'.
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.

Perkataan 'was', 'were', 'did' menandakan masa 'Past tense' (masa lalu/masa lepas).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila perkataan 'was', 'were', 'did' digunakan, ini menunjukkan hal masa lalu.

Perkataan 'was, were' digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).
Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb' (perbuatan).

'Present tense' bagi perkataan 'was' ialah 'am' dan 'is'.
'Present tense' bagi perkataan 'were' ialah 'are'.
'Present tense' bagi perkataan 'did' ialah 'do' dan 'does'.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).



1. Struktur : 'Was' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'was' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (Dulu - Hal yang ditanya itu suatu kebiasaan atau kelaziman pada masa yang lepas).
3.'Non-verb' (bukan perbuatan) : Semua 'non-verb'.

EnglishMelayu
Was he okay ?Adakah dia okay ?
Was she fine ?Adakah dia tak apa-apa ?
Was Ali happy ?Adakah Ali gembira ?
Was Siti sad ?Adakah Siti sedih ?
Was he satisfied ?Adakah dia puas hati ?

2. Struktur : 'Were' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'were' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, they, we, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Dulu - Hal yang ditanya itu suatu kebiasaan atau kelaziman pada masa dulu).
3.'Non-verb' (bukan perbuatan) : Semua 'non-verb'.

EnglishMelayu
Were you okay ?Adakah awak okay ?
Were you fine ?Adakah awak tak apa-apa ?
Were they happy ?Adakah mereka gembira ?
Were they sad ?Adakah mereka sedih ?
Were we satisfied ?Adakah kita puas hati ?

3. Struktur : 'Did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'did' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - Hal yang ditanya itu telah berlaku di masa lalu).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
TakeDid you take the exam ?Adakah awak telah ambil peperiksaan itu ?
LiveDid she live in Africa in 1997 ?Adakah dia telah tinggal di Afrika pada 1997 ?
MarkDid I mark your paper ?Adakah saya telah menanda kertas awak ?
BecomeDid he become a teacher last year ?Adakah dia telah menjadi guru pada tahun lepas ?
BeginDid we begin earlier than them ?Adakah kita telah mula lebih awal dari mereka ?
MarryDid they marry each other in 2000 ?Adakah mereka telah berkahwin antara satu sama lain pada 2000 ?
SendDid John send the letter ?Adakah John yang telah menghantar surat itu ?
GetDid John and George get their book ?Adakah John dan George telah dapat buku mereka ?
ExistDid it exist in year 300 ?Adakah ia telah ujud dalam tahun 300 ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
WasWas + (objek) + (non-verb)I, singularPast tenseSoalan
WereWere + (objek) + (non-verb)You, pluralPast tenseSoalan
DidDid + (objek) + (verb)SemuaPast tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...