Pertanyaan 'adakah (objek) mempunyai' (sekarang) sama dengan pertanyaan 'adakah (objek) ada' (sekarang).
Bertanya 'adakah (objek) mempunyai' (sekarang) atau 'adakah (objek) ada' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) mempunyai' atau 'adakah (objek) ada' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.
Contohnya, kadang-kadang kita bertanya 'adakah awak ada pen ?'. Pertanyaan ini mempunyai frasa 'adakah (objek) ada' atau 'adakah (objek) mempunyai'.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya 'adakah (objek) mempunyai' (sekarang) atau 'adakah (objek) ada' (sekarang) ialah :
1. 'Has'.
2. 'Have'.
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Has' + (objek) + ('non-verb').
2. 'Have' + (objek) + ('non-verb').
Dalam struktur diatas, kedua-dua perkataan 'has' dan 'have', dalam bentuk soalan, bererti 'adakah ... mempunyai' atau 'adakah ... ada'.
Perkataan 'has' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' menandakan masa 'Present tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila perkataan 'has' atau 'have' digunakan, ia menandakan masa 'present tense'.
1. Struktur : 'Has' + (objek) + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti ('non-verb') tertentu.
Struktur ini bermakna adakah (objek) mempunyai atau adakah (objek) ada.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang disoal itu dianggap ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb'.
| English | Melayu |
| Has he a pen ? | Adakah dia mempunyai pen ? |
| Has she a sense of humour ? | Adakah dia mempunyai citarasa lawak ? |
| Has he a new haircut ? | Adakah dia mempunyai rambut yang baru dipotong ? |
| Has it long legs ? | Adakah ia mempunyai kaki panjang ? |
| Has he a job ? | Adakah dia mempunyai pekerjaan ? |
Catitan :
- Perhatikan kedudukan terbalik bagi perkataan 'objek' dalam struktur ayat .
2. Struktur : 'Have' + (objek) + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti ('non-verb') tertentu.
Struktur ini bermakna adakah (objek) mempunyai atau adakah (objek) ada.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang disoal itu dianggap ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb'.
| English | Melayu |
| Have you a pen ? | Adakah awak mempunyai pen ? |
| Have we anger you ? | Adakah kami ada buat kamu marah ? |
| Have you a moment ? | Adakah awak ada masa sebentar ? |
| Have we a tin of milk ? | Adakah kita ada setin susu ? |
| Have they nice books ? | Adakah mereka ada buku-buku yang bagus ? |
Catitan :
- Perhatikan kedudukan terbalik bagi perkataan 'objek' dalam struktur ayat.
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Has | Has + (objek) + ('non-verb') | Singular | Present tense | Soalan |
| Have | Have + (objek) + ('non-verb') | I, You, Plural | Present tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb