Pertanyaan 'adakah (objek) mempunyai' (dulu) sama dengan pertanyaan 'adakah (objek) ada' (dulu).
Bertanya 'adakah (objek) mempunyai' (dulu) atau 'adakah (objek) ada' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) mempunyai' atau 'adakah (objek) ada' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa yang telah lepas.
Contohnya kadang-kadang kita dulu bertanya 'adakah awak ada pen ?'. Pertanyaan ini mempunyai frasa 'adakah (objek) ada' atau 'adakah (objek) mempunyai'.
Struktur yang digunakan ialah seperti berikut :
'Did' + (objek) + 'have'.
Dalam struktur ini, perkataan 'have' bererti mempunyai.
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'did' menandakan masa 'past tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila perkataan 'did' digunakan, ia menandakan masa 'past tense'.
Perkataan 'present tense' bagi 'did' ialah 'do' dan 'does'.
Struktur : 'Did' + (objek) + 'have'.
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'have'.
Struktur ini bermakna adakah (objek) mempunyai atau adakah (objek) ada.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang disoal itu ujud pada masa yang lepas).
| English | Melayu |
| Did they have cats in 2007 ? | Tidakkah mereka mempunyai kucing pada 2007 ? |
| Did he have a big family ? | Adakah dia mempunyai keluarga besar ? |
| Did I have that much ? | Adakah saya mempunyai sebanyak itu ? |
| Did she have sixth sense ? | Adakah dia mempunyai deria ke enam ? |
| Did you have an idea at the time ? | Adakah awak ada idea pada masa itu ? |
Catitan
- Tiada struktur 'did' + (objek) + 'has'.
- 'Have' adalah satu 'verb'.
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Did | Did + (objek) + 'have' | Semua | Past tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb