Monday, March 23, 2020

175. Bertanya 'ke mana' (sekarang)

Bertanya 'ke mana' (sekarang)

Bertanya 'ke mana' (sekarang) bermaksud bertanya 'ke mana' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan ke mana ialah 'where ... go to'.

Dalam bahasa Inggeris, ada 5 struktur yang harus digunakan, bagi bertanya ke mana (sekarang), iaitu :

1. 'Where' + 'does' + (objek) + 'go to'.
2. 'Where' + 'do' + (objek) + 'go to'.
3. 'Where' + 'am' + (objek) + '('present participle')'.
4. 'Where' + 'is' + (objek) + '('present participle')'.
5. 'Where' + 'are' + (objek) + '('present participle')'.

Perkataan 'do' digunakan bagi objek 'I, you, plural'.
Perkataan 'does' digunakan bagi objek 'singular'.
Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan bagi objek 'you, plural'.

Perkataan-perkataan 'am', 'is', 'are' 'do', 'does' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan-perkataan ini digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud atau berlaku pada masa 'present tense'.

Perkataan-perkataan 'do', 'does' digunakan bagi 'verb'.
Perkataan-perkataan 'am', 'is','are' digunakan bagi 'non-verb'.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'. Perkataan 'go' adalah 'verb' (perbuatan).



1. Struktur : 'Where' + 'does' + (objek) + 'go to'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'does' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'go to'.

'Where does' (objek) 'go to' bermaksud ke mana (objek) pergi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Present tense'.

EnglishMelayu
Where does she go to ?Ke manakah dia pergi ?
Where does he go to ?Ke manakah dia pergi ?
Where does the panda go to ?Ke manakah binatang panda itu dibawa pergi ?
Where does the striker go to ?Ke manakah pemain penyerang itu pergi ?
Where does it go to ?Ke mana ia pergi ?


2. Struktur : 'Where' + 'do' + (objek) + 'go to'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'do' diikuti (objek) tertentu diikuti frasa 'go to'.

'Where do' (objek) 'go to' bermaksud ke mana (objek) pergi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, plural'.
2. Masa : 'Present tense'.

EnglishMelayu
Where do you go to ?Ke manakah awak pergi ?
Where do the birds go to ?Ke manakah burung-burung itu pergi ?
Where do comets go to ?Ke manakah komet-komet itu pergi ?
Where do the players go to ?Ke manakah para-pemain itu pergi ?
Where do the lions go to ?Ke manakah singa-singa itu pergi ?


3. Struktur : 'Where' + 'am' + (objek) + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan '('present participle')' tertentu.

'Where ... going' bermaksud ke mana (sedang).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I'.
2. Masa : 'Present continuous tense'.

EnglishMelayu
Where am I going ?Ke manakah saya (sedang) pergi ?
Where am I heading ?Ke manakah saya (sedang) menghala ?

Catitan :

- Dalam struktur diatas, perkataan 'verb' yang ditambah dengan 'ing' sesuai dikategori sebagai 'present participle' bukan 'gerund'.

4. Struktur : 'Where' + 'is' + (objek) + '('present participle')'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan '('present participle')' tertentu.

'Where' boleh bermaksud ke mana.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Present continuous tense'.

EnglishMelayu
Where is he going ?Ke manakah dia (sedang) pergi ?
Where is she heading ?Ke manakah dia (sedang) menghala ?

Catitan :

- Dalam struktur diatas, perkataan 'verb' yang ditambah dengan 'ing' sesuai dikategori sebagai 'present participle' bukan 'gerund'.

5. Struktur : 'Where' + 'are' + (objek) + '('present participle')'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'are' diikuti (objek) tertentu diikuti frasa '('present participle')' tertentu.

'Where' boleh bermaksud ke mana.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, plural'.
2. Masa : 'Present continuous tense'.

EnglishMelayu
Where are you going ?Ke manakah awak (sedang) pergi ?
Where are you heading ?Ke manakah awak (sedang) menghala ?
Where are the players going ?Ke manakah para-pemain itu pergi ?

Sunday, March 22, 2020

176. Bertanya 'ke mana' (dulu)

Bertanya 'ke mana' (dulu)

Bertanya 'ke mana' (dulu) bermaksud bertanya 'ke mana' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan ke mana ialah 'where to'.

3 struktur yang harus digunakan, bagi masa lepas, ialah seperti berikut :

1. 'Where' + 'did' + (objek) + 'go to'.
2. 'Where' + 'was' + (objek) + 'going'.
3. 'Where' + 'were' + (objek) + 'going'.

Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'singular'.
Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'I, you, plural'.

Ketiga-tiga perkataan 'was', 'were','did' menunjukkan masa 'past tense' (dahulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan 'was', 'were', 'did' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud atau berlaku pada masa 'past tense'.

Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.
Perkataan-perkataan 'was' dan 'were' digunakan bagi 'non-verb'.

Dalam struktur diatas, perkataan 'going' sesuai dikategorikan sebagai 'gerund' (satu jenis 'non-verb) bukan 'present participle'.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'. Perkataan 'go' adalah 'verb'.



1. Struktur : 'Where' + 'did' + (objek) + 'go to'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'go to'.

'Where did' (objek) 'go to' bermaksud (objek) ke mana.

EnglishMelayu
Where did she go to ?Ke manakah dia pergi ?
Where did he go to ?Ke manakah dia pergi ?
Where did the animals go to ?Ke manakah binatang-binatang itu pergi ?
Where did the striker go to ?Ke manakah pemain penyerang itu pergi ?
Where did the players go to ?Ke mana para pemain itu pergi ?
Where did Ali go to ?Ke mana Ali pergi ?


2. Struktur : 'Where' + 'was' + (objek) + 'gerund'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'gerund' tertentu.

'Where' boleh bermaksud ke mana.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, Singular'.
2. Masa : 'Past tense'.

EnglishMelayu
Where was he going ?Ke manakah dia pergi ?
Where was she heading ?Ke manakah dia menghala ?


3. Struktur : 'Where' + 'were' + (objek) + 'gerund'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'were' diikuti (objek) tertentu diikuti frasa 'gerund' tertentu.

'Where' boleh bermaksud ke mana.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, plural'.
2. Masa : 'Past tense'.

EnglishMelayu
Where were you going ?Ke manakah awak pergi ?
Where were you heading ?Ke manakah awak menghala ?
Where were comets going ?Ke manakah komet-komet itu pergi ?
Where were the players going ?Ke manakah para-pemain itu pergi ?

Saturday, March 21, 2020

177. Bertanya 'ke mana sudah', 'di mana sudah' (sekarang)

Bertanya 'ke mana sudah' (sekarang)

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'ke mana sudah' (sekarang) dan bertanya 'di mana sudah' (sekarang) menggunakan perkataan yang sama.

Bertanya 'ke mana sudah' (sekarang) atau di mana sudah (sekarang) bermaksud bertanya 'ke mana sudah' atau di mana sudah dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa sekarang.

Dalam buku ini, perkataan bahasa Melayu sudah digunakan untuk merujuk kepada tempoh masa dulu hingga sekarang ('present perfect tense').

Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan ke mana sudah atau di mana sudah ialah kombinasi 'where' + 'has'/'have' + (objek) + ('past participle').

Dalam bahasa Inggeris, ada 2 struktur yang harus digunakan bagi bertanya ke mana sudah (sekarang) atau di mana sudah (sekarang) iaitu :

1.'Where' + 'has' + (objek) + ('past participle').
2.'Where' + 'have' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'has'' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'have'' digunakan jika objek 'I, you, plural'.

Kombinasi 'has' + ('past participle') dan 'have' + ('past participle') menunjukkan masa 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang).
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.

Walaupun jika tempoh masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika kombinasi-kombinasi ini digunakan maka ini bererti tempoh masa keujudan hal berkenaan ialah 'present perfect tense' (dulu hingga sekarang).

Dalam bahasa Melayu, perkataan sudah digunakan untuk menunjukkan tempoh masa ini ('present perfect tense').

Dalam bahasa Melayu, frasa pertanyaan 'ke mana sudah' atau 'di mana sudah' hampir sama sekali tidak digunakan, tetapi ditunjukkan dalam buku ini untuk memadankan dengan sistem masa 'present perfect tense' yang ada dalam bahasa Inggeris. Orang Melayu biasanya hanya menggunakan 'ke mana' bagi maksud 'ke mana sudah', dan 'di mana' bagi maksud 'di mana sudah'.



1. Struktur : 'Where' + 'has' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('past participle') tertentu.

'Where has' bermakna ke mana sudah.

Struktur ini digunakan kepada :

1. Objek : 'Singular' (mengikut penggunaan perkataan 'has').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (hal yang ditanya itu ujud dari satu masa lepas tapi masih ujud sekarang) (mengikut kombinasi penggunaan perkataan 'has + 'past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

InfinitivePast ParticipleEnglishMelayu
GoHas goneWhere has the aid money gone ?Ke mana sudah duit bantuan itu hilang ?
TakeHas takenWhere has Oprah taken us ?Ke mana sudah Oprah membawa kita ?
DisappearHas disappearedWhere has she disappeared ?Ke mana sudah dia menghilang ?
InstallHas installedWhere has he installed the antenna ?Di mana dia sudah memasang antena itu ?
HideHas hidWhere has he hid the ball ?Di mana dia sudah menyembunyikan bola itu ?

2.Struktur : 'Where' + 'have' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

'Where have' bermaksud ke mana sudah.

Struktur ini digunakan kepada :

1. Objek : 'I, you, Plural' (mengikut penggunaan perkataan 'have').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (hal yang ditanya itu ujud dari satu masa lepas tapi masih ujud sekarang) (mengikut kombinasi penggunaan perkataan 'have + past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

InfinitivePast ParticipleEnglishMelayu
BeHave beenWhere have you been ?Ke mana sudah awak selama ini ?
GoHave goneWhere have all the flowers gone ?Ke mana semua bunga-bunga pergi ?
TakeHave takenWhere have theories taken us ?Ke manakah sudah teori-teori membawa kita ?
Go wrongHave gone wrongWhere have I gone wrong ?Di mana yang saya buat silap ?
TravelHave travelledWhere have you travelled ?Ke mana sudah awak pergi?

Friday, March 20, 2020

178. Bertanya 'ke mana sudah', 'di mana sudah' (dulu)

Bertanya 'ke mana sudah' (dulu)

Bertanya 'ke mana sudah' (dulu) bermaksud bertanya 'ke mana sudah' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan ke mana sudah ialah kombinasi 'where' + 'had' + (objek) + ('past participle').

Dalam bahasa Melayu, frasa pertanyaan 'ke mana sudah' hampir sama sekali tidak digunakan, tetapi ditunjukkan dalam buku ini untuk memadankan dengan sistem masa 'past perfect tense' yang ada dalam bahasa Inggeris. Orang Melayu biasanya hanya menggunakan 'ke mana' bagi maksud 'ke mana sudah'.

Struktur yang harus digunakan ialah seperti berikut, bagi tempoh masa dahulu :

1. 'Where' + 'had' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'had'' digunakan bagi semua objek.

Kombinasi perkataan 'had' ... ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense'.
Walaupun jika tempoh masa tidak dinyatakan, tetapi jika kombinasi 'had' ... ('past participle') digunakan, ia menunjukkan tempoh masa 'past perfect tense'.
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.

Ingat : Perkataan 'past participle' tertentu digunakan dalam bentuk 'perfect tense' dan soalan.



1. Struktur : 'Where' + 'had' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'had' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('past participle') tertentu.

'Where had' juga bermaksud ke mana sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut penggunaan perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (hal yang ditanya itu ujud dari satu masa yang lepas ke satu masa lain yang telah lepas juga) (mengikut penggunaan perkataan 'had + 'past participle'').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
BeWhere had you been in year 2000 ?Kemana (sudah) awak pada tahun 2000 ?
BuyWhere had Susan bought these glasses ?Dimana Susan (sudah) beli gelas-gelas ini ?
UseWhere had the mortar that Montresor used been hidden ?Dimanakah mortar yang digunakan oleh Montresor (sudah) disembunyikan ?
SeeWhere had I seen this movie before ?Dimana saya (sudah) menonton filem ini sebelum ini ?
LearnWhere had you learnt German ?Dimana awak (sudah) belajar bahasa Jerman ?

179. Bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan ke mana (objek) sudah di(pasif) (tempoh masa sekarang) ialah kombinasi 'where' + 'has'/'have' + (objek) + 'been' + ('past participle)'.

Dalam bahasa Melayu, frasa pertanyaan 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' atau 'di mana (objek) sudah di(pasif)' hampir sama sekali tidak digunakan, tetapi ditunjukkan dalam buku ini untuk memadankan dengan sistem masa 'past perfect tense' (bentuk pasif) yang ada dalam bahasa Inggeris. Orang Melayu biasanya hanya menggunakan 'ke mana' bagi maksud 'ke mana sudah', dan 'di mana' bagi maksud 'di mana sudah'.

Dalam bahasa Inggeris, 2 struktur yang digunakan bagi bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) atau 'di mana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) ialah seperti berikut :

1. 'Where' + 'has' + (objek) + 'been' + ('past participle').
2. 'Where' + 'have' + (objek) + 'been' + ('past participle').

Perkataan Inggeris 'where' dalam struktur diatas bererti ke mana.
Perkataan Inggeris 'has'/'have' dalam struktur diatas bererti sudah.

Perkataan 'has' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek 'I, you, plural'.

Kombinasi 'have' + ... + ('past participle') dan 'has' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang).
Walaupun tempoh masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika kombinasi ini digunakan maka ini menunjukkan hal yang berlaku dalam tempoh 'present perfect tense'.

Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bererti di.

Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.



1. Struktur : 'Where' + 'has' + (objek) + been + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'been' diikuti ('past participle') tertentu.

'Where has' bermakna kemana sudah.

Struktur ini digunakan kepada :

1. Objek : 'Singular' (mengikut penggunaan perkataan 'has').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (hal yang ditanya itu ujud dari satu masa lepas tapi masih ujud sekarang) (mengikut kombinasi penggunaan perkataan 'has + 'past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

InfinitivePast Participle - passive formEnglishMelayu
KeepHas been keptWhere has the aid money been kept ?Di mana sudah duit bantuan itu disimpan ?
TakeHas been takenWhere have we been taken by Oprah ?Ke mana sudah kita dibawa oleh Oprah ?
HideHas been hiddenWhere has she been hidden ?Ke mana sudah dia disembunyikan ?
InstallHas been installedWhere has the antenna been installed ?Di mana sudah antena itu dipasang ?

2.Struktur : 'Where' + 'have' + (objek) + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

'Where have' bermaksud kemana sudah.

Struktur ini digunakan kepada :

1. Objek : 'I, you, Plural' (mengikut penggunaan perkataan 'have').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (hal yang ditanya itu ujud dari satu masa lepas tapi masih ujud sekarang) (mengikut penggunaan perkataan 'have + past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

InfinitivePast ParticipleEnglishMelayu
TransferHave been transferredWhere have you been transferred ?Kemana sudah awak dipindahkan ?
PlaceHave been placedWhere have all the flowers been placed ?Di manakah semua bunga-bunga itu di letakkan ?
TakeHave been takenWhere have we been taken by theories ?Ke manakah sudah kita dibawa oleh teori-teori ?
DirectHave been directedWhere have I been directed ?Ke mana sudah saya diarahkan ?
HideHave been hiddenWhere have the sugar been hidden ?Di manakah sudah gula disorokkan ?
KeepHave been keptWhere have the keys been kept ?Di manakah sudah kunci-kunci itu sudah disimpan (selama ini) ?

Thursday, March 19, 2020

180. Bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa yang telah lepas (dinyatakan dalam bentuk pasif).

Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan ke mana (objek) sudah di(pasif) dimana hal yang ditanya dianggap ujud pada tempoh masa lepas ialah kombinasi 'where' + 'had' + (objek) + 'been' + ('past participle').

Dalam bahasa Melayu, frasa pertanyaan 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' atau 'di mana (objek) sudah di(pasif)' hampir sama sekali tidak digunakan, tetapi ditunjukkan dalam buku ini untuk memadankan dengan sistem masa 'past perfect tense' (bentuk pasif) yang ada dalam bahasa Inggeris. Orang Melayu biasanya hanya menggunakan 'ke mana' bagi maksud 'ke mana sudah', dan 'di mana' bagi maksud 'di mana sudah'.

Struktur yang harus digunakan ialah seperti berikut, bagi masa dulu :

1. 'Where' + 'had' + (objek) + 'been' + ('past participle').

Perkataan 'where'' dalam struktur diatas bererti ke mana.

Perkataan 'had'' dalam struktur diatas bererti sudah.
Perkataan 'had'' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').

Kombinasi 'had' + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense'.

Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bererti di.

Perkataan ('past participle') tertentu digunakan dalam bentuk pasif.

'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.



1. Struktur : 'Where' + 'had' + (objek) + been + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'had' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'been' diikuti ('past participle') tertentu.

'Where had' bermakna kemana sudah.

Struktur ini digunakan kepada :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut penggunaan perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (hal yang ditanya itu ujud pada satu tempoh masa lepas - mengikut kombinasi penggunaan perkataan 'had + 'past participle'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (Infinitive)English (Past Participle - passive form)EnglishMelayu
KeepHad been keptWhere had the aid money been kept ?Di mana sudah duit bantuan itu disimpan ?
TakeHad been takenWhere had they been taken by Oprah ?Ke mana sudah mereka dibawa oleh Oprah ?
HideHad been hiddenWhere had she been hidden ?Ke mana sudah dia disembunyikan ?
InstallHad been installedWhere had the antenna been installed ?Di mana sudah antena itu dipasang ?
TransferHad been transferredWhere had you been transferred ?Kemana sudah awak dipindahkan ?
PlaceHad been placedWhere had all the flowers been placed ?Di manakah semua bunga-bunga itu di tempatkan ?
TakeHad been takenWhere had we been taken by theories ?Ke manakah sudah kita dibawa oleh teori-teori ?
DirectHad been directedWhere had I been directed ?Ke mana sudah saya diarahkan ?
HideHad been hiddenWhere had the sugar been hidden ?Di manakah sudah gula disorokkan ?
KeepHad been keptWhere had the keys been kept ?Di manakah sudah kunci-kunci itu sudah disimpan (selama ini) ?

Wednesday, March 18, 2020

181. Bertanya 'di mana terdapat' (sekarang)

Bertanya 'di mana ada', 'di mana terdapat' (sekarang).

Bertanya 'di mana ada' (sekarang), 'di mana terdapat' (sekarang) bermaksud bertanya 'di mana ada' atau 'di mana terdapat' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan mana, dimana, dimanakah ialah 'where'.

Dalam bahasa Inggeris, struktur yang harus digunakan bagi bertanya di mana ada (sekarang) atau di mana terdapat (sekarang) ialah seperti berikut :

1.'Where' + 'has' + ('non-verb').

Dalam struktur ini, perkataan 'where' bermakna di mana.
Perkataan 'has' menunjukkan masa sekarang ('present tense').
Dalam struktur ini, perkataan 'has' bermakna ada atau terdapat.



1. Struktur : 'Where' + 'has' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'has' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Where has' bermaksud di mana ada atau di mana terdapat.

EnglishMelayu
Where has the most snow ?Di mana ada paling banyak salji ?
Where has the best medicine ?Di mana ada ubat paling bagus ?
Where has that book ?Di mana ada buku itu ?
Where has the best view ?Di mana ada pemandangan terbaik ?
Where has the most dangerous bend ?Di mana terdapat selekoh paling merbahaya ?

Catitan :

- Secara logiknya, tiada struktur 'where' + 'have' + 'non-verb'.

Satu cara lain bertanya bagi hal yang sama mungkin seperti berikut :

EnglishMelayu
Where you can get the most snow ?Di mana anda boleh dapat paling banyak salji ?
Where you can get the best medicine ?Di mana anda boleh dapat ubat paling bagus ?
Where we can get that book ?Di mana kita boleh dapat buku itu ?
Where he can get the best view ?Di mana dia boleh dapat pemandangan terbaik ?



182. Bertanya 'di mana terdapat' (dulu)

Bertanya 'di mana ada', 'di mana terdapat' (dulu).

Bertanya 'di mana ada' (dulu) atau 'di mana terdapat' (dulu) bermaksud bertanya 'di mana ada' atau 'di mana terdapat' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan mana, dimana, dimanakah ialah 'where'.

Struktur yang harus digunakan bagi bertanya di mana ada atau di mana terdapat dalam bahasa Inggeris ialah seperti berikut, bagi masa lepas :

1. 'Where' + 'had' + ('non-verb').

Dalam struktur ini, perkataan 'where' bererti di mana.
Dalam struktur ini, perkataan 'had' bererti ada atau terdapat.
Perkataan 'had' menunjukkan masa dulu ('past tense').
Perkataan 'had'' digunakan bagi semua objek (I, you, singular, plural'.



1. Struktur : 'Where' + 'had' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Where had' bermaksud di mana ada atau di mana terdapat.

EnglishMelayu
Where had the most snow ?Di mana ada paling banyak salji ?
Where had the best medicine ?Di mana ada ubat paling bagus ?
Where had that book ?Di mana ada buku itu ?
Where had the best view ?Di mana ada pemandangan terbaik ?
Where had the most dangerous bend ?Di mana terdapat selekoh paling merbahaya ?

Catitan :

- Secara logiknya, tiada struktur 'where' + 'have' + 'non-verb'.

Satu cara lain bertanya bagi hal yang sama mungkin seperti berikut :

EnglishMelayu
Where you could get the most snow ?Di mana anda boleh dapat paling banyak salji ?
Where you could get the best medicine ?Di mana anda boleh dapat ubat paling bagus ?
Where we could get that book ?Di mana kita boleh dapat buku itu ?
Where he could get the best view ?Di mana dia boleh dapat pemandangan terbaik ?



183. Bertanya 'di mana boleh', 'ke mana boleh' (sekarang)

Bertanya 'di mana boleh', 'ke mana boleh' (sekarang).

Bertanya 'di mana boleh' (sekarang) atau 'kemana boleh' (sekarang) bermaksud bertanya 'di mana boleh' atau 'ke mana boleh' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan di mana boleh dan ke mana boleh ialah 'where can'.

Dalam bahasa Inggeris, struktur yang harus digunakan bagi bertanya 'di mana boleh' (sekarang) atau 'kemana boleh' (sekarang) ialah seperti berikut :

1. 'Where' + 'can' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'where' bererti di mana atau ke mana.
Perkataan 'can' boleh digunakan oleh semua objek.

Perkataan 'can' menunjukkan masa 'present tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan 'can' digunakan, ia menandakan hal yang ujud pada masa sekarang.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).



1. Struktur : 'Where' + 'can' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'can' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

'Where can' bermaksud di mana boleh atau ke mana boleh.

EnglishMelayu
Where can they work ?Di mana boleh mereka berkerja ?
Where can we fly ?Ke mana boleh kita terbang ?
Where can we operate ?Di mana boleh kita beroperasi ?
Where can I afford to live ?Di mana boleh saya mampu tinggal ?
Where can they go ?Ke mana mereka boleh pergi ?

184. Bertanya 'di mana boleh', 'ke mana boleh' (dulu)

Bertanya 'di mana boleh', 'ke mana boleh' (dulu).

Bertanya 'di mana boleh' (dulu), 'ke mana boleh' (dulu) bermaksud bertanya 'di mana boleh' atau 'ke mana boleh' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan di mana boleh (dulu) dan ke mana boleh (dulu) ialah 'where could'.

Struktur yang harus digunakan ialah seperti berikut :

1. 'Where' + 'could' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'where' bererti di mana atau ke mana.

Perkataan 'could' boleh digunakan oleh semua objek.
Perkataan 'could' menunjukkan masa 'past tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan 'could' digunakan, ia menandakan hal yang berlaku pada masa lepas.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).


1. Struktur : 'Where' + 'could' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'could' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

'Where could' bermaksud di mana boleh atau ke mana boleh (bagi masa lepas).

EnglishMelayu
Where could they work ?Di mana boleh mereka berkerja ?
Where could we fly ?Ke mana boleh kita terbang ?
Where could we operate ?Di mana boleh kita beroperasi ?
Where could I afford to live ?Di mana boleh saya mampu tinggal ?
Where could they go ?Ke mana mereka boleh pergi ?

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...