Friday, March 20, 2020

178. Bertanya 'ke mana sudah', 'di mana sudah' (dulu)

Bertanya 'ke mana sudah' (dulu)

Bertanya 'ke mana sudah' (dulu) bermaksud bertanya 'ke mana sudah' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan ke mana sudah ialah kombinasi 'where' + 'had' + (objek) + ('past participle').

Dalam bahasa Melayu, frasa pertanyaan 'ke mana sudah' hampir sama sekali tidak digunakan, tetapi ditunjukkan dalam buku ini untuk memadankan dengan sistem masa 'past perfect tense' yang ada dalam bahasa Inggeris. Orang Melayu biasanya hanya menggunakan 'ke mana' bagi maksud 'ke mana sudah'.

Struktur yang harus digunakan ialah seperti berikut, bagi tempoh masa dahulu :

1. 'Where' + 'had' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'had'' digunakan bagi semua objek.

Kombinasi perkataan 'had' ... ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense'.
Walaupun jika tempoh masa tidak dinyatakan, tetapi jika kombinasi 'had' ... ('past participle') digunakan, ia menunjukkan tempoh masa 'past perfect tense'.
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.

Ingat : Perkataan 'past participle' tertentu digunakan dalam bentuk 'perfect tense' dan soalan.



1. Struktur : 'Where' + 'had' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'had' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('past participle') tertentu.

'Where had' juga bermaksud ke mana sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut penggunaan perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (hal yang ditanya itu ujud dari satu masa yang lepas ke satu masa lain yang telah lepas juga) (mengikut penggunaan perkataan 'had + 'past participle'').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
BeWhere had you been in year 2000 ?Kemana (sudah) awak pada tahun 2000 ?
BuyWhere had Susan bought these glasses ?Dimana Susan (sudah) beli gelas-gelas ini ?
UseWhere had the mortar that Montresor used been hidden ?Dimanakah mortar yang digunakan oleh Montresor (sudah) disembunyikan ?
SeeWhere had I seen this movie before ?Dimana saya (sudah) menonton filem ini sebelum ini ?
LearnWhere had you learnt German ?Dimana awak (sudah) belajar bahasa Jerman ?

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...