Bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan ke mana (objek) sudah di(pasif) (tempoh masa sekarang) ialah kombinasi 'where' + 'has'/'have' + (objek) + 'been' + ('past participle)'.
Dalam bahasa Melayu, frasa pertanyaan 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' atau 'di mana (objek) sudah di(pasif)' hampir sama sekali tidak digunakan, tetapi ditunjukkan dalam buku ini untuk memadankan dengan sistem masa 'past perfect tense' (bentuk pasif) yang ada dalam bahasa Inggeris. Orang Melayu biasanya hanya menggunakan 'ke mana' bagi maksud 'ke mana sudah', dan 'di mana' bagi maksud 'di mana sudah'.
Dalam bahasa Inggeris, 2 struktur yang digunakan bagi bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) atau 'di mana (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) ialah seperti berikut :
1. 'Where' + 'has' + (objek) + 'been' + ('past participle').
2. 'Where' + 'have' + (objek) + 'been' + ('past participle').
Perkataan Inggeris 'where' dalam struktur diatas bererti ke mana.
Perkataan Inggeris 'has'/'have' dalam struktur diatas bererti sudah.
Perkataan 'has' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Kombinasi 'have' + ... + ('past participle') dan 'has' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang).
Walaupun tempoh masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika kombinasi ini digunakan maka ini menunjukkan hal yang berlaku dalam tempoh 'present perfect tense'.
Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bererti di.
Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
1. Struktur : 'Where' + 'has' + (objek) + been + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'been' diikuti ('past participle') tertentu.
'Where has' bermakna kemana sudah.
Struktur ini digunakan kepada :
1. Objek : 'Singular' (mengikut penggunaan perkataan 'has').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (hal yang ditanya itu ujud dari satu masa lepas tapi masih ujud sekarang) (mengikut kombinasi penggunaan perkataan 'has + 'past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| Infinitive | Past Participle - passive form | English | Melayu |
| Keep | Has been kept | Where has the aid money been kept ? | Di mana sudah duit bantuan itu disimpan ? |
| Take | Has been taken | Where have we been taken by Oprah ? | Ke mana sudah kita dibawa oleh Oprah ? |
| Hide | Has been hidden | Where has she been hidden ? | Ke mana sudah dia disembunyikan ? |
| Install | Has been installed | Where has the antenna been installed ? | Di mana sudah antena itu dipasang ? |
2.Struktur : 'Where' + 'have' + (objek) + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
'Where have' bermaksud kemana sudah.
Struktur ini digunakan kepada :
1. Objek : 'I, you, Plural' (mengikut penggunaan perkataan 'have').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (hal yang ditanya itu ujud dari satu masa lepas tapi masih ujud sekarang) (mengikut penggunaan perkataan 'have + past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| Infinitive | Past Participle | English | Melayu |
| Transfer | Have been transferred | Where have you been transferred ? | Kemana sudah awak dipindahkan ? |
| Place | Have been placed | Where have all the flowers been placed ? | Di manakah semua bunga-bunga itu di letakkan ? |
| Take | Have been taken | Where have we been taken by theories ? | Ke manakah sudah kita dibawa oleh teori-teori ? |
| Direct | Have been directed | Where have I been directed ? | Ke mana sudah saya diarahkan ? |
| Hide | Have been hidden | Where have the sugar been hidden ? | Di manakah sudah gula disorokkan ? |
| Keep | Have been kept | Where have the keys been kept ? | Di manakah sudah kunci-kunci itu sudah disimpan (selama ini) ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb