Bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa yang telah lepas (dinyatakan dalam bentuk pasif).
Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan ke mana (objek) sudah di(pasif) dimana hal yang ditanya dianggap ujud pada tempoh masa lepas ialah kombinasi 'where' + 'had' + (objek) + 'been' + ('past participle').
Dalam bahasa Melayu, frasa pertanyaan 'ke mana (objek) sudah di(pasif)' atau 'di mana (objek) sudah di(pasif)' hampir sama sekali tidak digunakan, tetapi ditunjukkan dalam buku ini untuk memadankan dengan sistem masa 'past perfect tense' (bentuk pasif) yang ada dalam bahasa Inggeris. Orang Melayu biasanya hanya menggunakan 'ke mana' bagi maksud 'ke mana sudah', dan 'di mana' bagi maksud 'di mana sudah'.
Struktur yang harus digunakan ialah seperti berikut, bagi masa dulu :
1. 'Where' + 'had' + (objek) + 'been' + ('past participle').
Perkataan 'where'' dalam struktur diatas bererti ke mana.
Perkataan 'had'' dalam struktur diatas bererti sudah.
Perkataan 'had'' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
Kombinasi 'had' + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense'.
Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bererti di.
Perkataan ('past participle') tertentu digunakan dalam bentuk pasif.
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
1. Struktur : 'Where' + 'had' + (objek) + been + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'had' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'been' diikuti ('past participle') tertentu.
'Where had' bermakna kemana sudah.
Struktur ini digunakan kepada :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut penggunaan perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (hal yang ditanya itu ujud pada satu tempoh masa lepas - mengikut kombinasi penggunaan perkataan 'had + 'past participle'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (Infinitive) | English (Past Participle - passive form) | English | Melayu |
| Keep | Had been kept | Where had the aid money been kept ? | Di mana sudah duit bantuan itu disimpan ? |
| Take | Had been taken | Where had they been taken by Oprah ? | Ke mana sudah mereka dibawa oleh Oprah ? |
| Hide | Had been hidden | Where had she been hidden ? | Ke mana sudah dia disembunyikan ? |
| Install | Had been installed | Where had the antenna been installed ? | Di mana sudah antena itu dipasang ? |
| Transfer | Had been transferred | Where had you been transferred ? | Kemana sudah awak dipindahkan ? |
| Place | Had been placed | Where had all the flowers been placed ? | Di manakah semua bunga-bunga itu di tempatkan ? |
| Take | Had been taken | Where had we been taken by theories ? | Ke manakah sudah kita dibawa oleh teori-teori ? |
| Direct | Had been directed | Where had I been directed ? | Ke mana sudah saya diarahkan ? |
| Hide | Had been hidden | Where had the sugar been hidden ? | Di manakah sudah gula disorokkan ? |
| Keep | Had been kept | Where had the keys been kept ? | Di manakah sudah kunci-kunci itu sudah disimpan (selama ini) ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb