Bertanya 'ke mana' (dulu) bermaksud bertanya 'ke mana' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan ke mana ialah 'where to'.
3 struktur yang harus digunakan, bagi masa lepas, ialah seperti berikut :
1. 'Where' + 'did' + (objek) + 'go to'.
2. 'Where' + 'was' + (objek) + 'going'.
3. 'Where' + 'were' + (objek) + 'going'.
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'singular'.
Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'I, you, plural'.
Ketiga-tiga perkataan 'was', 'were','did' menunjukkan masa 'past tense' (dahulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan 'was', 'were', 'did' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud atau berlaku pada masa 'past tense'.
Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.
Perkataan-perkataan 'was' dan 'were' digunakan bagi 'non-verb'.
Dalam struktur diatas, perkataan 'going' sesuai dikategorikan sebagai 'gerund' (satu jenis 'non-verb) bukan 'present participle'.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'. Perkataan 'go' adalah 'verb'.
1. Struktur : 'Where' + 'did' + (objek) + 'go to'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'go to'.
'Where did' (objek) 'go to' bermaksud (objek) ke mana.
| English | Melayu |
| Where did she go to ? | Ke manakah dia pergi ? |
| Where did he go to ? | Ke manakah dia pergi ? |
| Where did the animals go to ? | Ke manakah binatang-binatang itu pergi ? |
| Where did the striker go to ? | Ke manakah pemain penyerang itu pergi ? |
| Where did the players go to ? | Ke mana para pemain itu pergi ? |
| Where did Ali go to ? | Ke mana Ali pergi ? |
2. Struktur : 'Where' + 'was' + (objek) + 'gerund'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'gerund' tertentu.
'Where' boleh bermaksud ke mana.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, Singular'.
2. Masa : 'Past tense'.
| English | Melayu |
| Where was he going ? | Ke manakah dia pergi ? |
| Where was she heading ? | Ke manakah dia menghala ? |
3. Struktur : 'Where' + 'were' + (objek) + 'gerund'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'were' diikuti (objek) tertentu diikuti frasa 'gerund' tertentu.
'Where' boleh bermaksud ke mana.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, plural'.
2. Masa : 'Past tense'.
| English | Melayu |
| Where were you going ? | Ke manakah awak pergi ? |
| Where were you heading ? | Ke manakah awak menghala ? |
| Where were comets going ? | Ke manakah komet-komet itu pergi ? |
| Where were the players going ? | Ke manakah para-pemain itu pergi ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb