Bertanya 'ke mana' (sekarang) bermaksud bertanya 'ke mana' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan ke mana ialah 'where ... go to'.
Dalam bahasa Inggeris, ada 5 struktur yang harus digunakan, bagi bertanya ke mana (sekarang), iaitu :
1. 'Where' + 'does' + (objek) + 'go to'.
2. 'Where' + 'do' + (objek) + 'go to'.
3. 'Where' + 'am' + (objek) + '('present participle')'.
4. 'Where' + 'is' + (objek) + '('present participle')'.
5. 'Where' + 'are' + (objek) + '('present participle')'.
Perkataan 'do' digunakan bagi objek 'I, you, plural'.
Perkataan 'does' digunakan bagi objek 'singular'.
Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan bagi objek 'you, plural'.
Perkataan-perkataan 'am', 'is', 'are' 'do', 'does' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan-perkataan ini digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud atau berlaku pada masa 'present tense'.
Perkataan-perkataan 'do', 'does' digunakan bagi 'verb'.
Perkataan-perkataan 'am', 'is','are' digunakan bagi 'non-verb'.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'. Perkataan 'go' adalah 'verb' (perbuatan).
1. Struktur : 'Where' + 'does' + (objek) + 'go to'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'does' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'go to'.
'Where does' (objek) 'go to' bermaksud ke mana (objek) pergi.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Present tense'.
| English | Melayu |
| Where does she go to ? | Ke manakah dia pergi ? |
| Where does he go to ? | Ke manakah dia pergi ? |
| Where does the panda go to ? | Ke manakah binatang panda itu dibawa pergi ? |
| Where does the striker go to ? | Ke manakah pemain penyerang itu pergi ? |
| Where does it go to ? | Ke mana ia pergi ? |
2. Struktur : 'Where' + 'do' + (objek) + 'go to'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'do' diikuti (objek) tertentu diikuti frasa 'go to'.
'Where do' (objek) 'go to' bermaksud ke mana (objek) pergi.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, plural'.
2. Masa : 'Present tense'.
| English | Melayu |
| Where do you go to ? | Ke manakah awak pergi ? |
| Where do the birds go to ? | Ke manakah burung-burung itu pergi ? |
| Where do comets go to ? | Ke manakah komet-komet itu pergi ? |
| Where do the players go to ? | Ke manakah para-pemain itu pergi ? |
| Where do the lions go to ? | Ke manakah singa-singa itu pergi ? |
3. Struktur : 'Where' + 'am' + (objek) + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan '('present participle')' tertentu.
'Where ... going' bermaksud ke mana (sedang).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I'.
2. Masa : 'Present continuous tense'.
| English | Melayu |
| Where am I going ? | Ke manakah saya (sedang) pergi ? |
| Where am I heading ? | Ke manakah saya (sedang) menghala ? |
Catitan :
- Dalam struktur diatas, perkataan 'verb' yang ditambah dengan 'ing' sesuai dikategori sebagai 'present participle' bukan 'gerund'.
4. Struktur : 'Where' + 'is' + (objek) + '('present participle')'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan '('present participle')' tertentu.
'Where' boleh bermaksud ke mana.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Present continuous tense'.
| English | Melayu |
| Where is he going ? | Ke manakah dia (sedang) pergi ? |
| Where is she heading ? | Ke manakah dia (sedang) menghala ? |
Catitan :
- Dalam struktur diatas, perkataan 'verb' yang ditambah dengan 'ing' sesuai dikategori sebagai 'present participle' bukan 'gerund'.
5. Struktur : 'Where' + 'are' + (objek) + '('present participle')'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'are' diikuti (objek) tertentu diikuti frasa '('present participle')' tertentu.
'Where' boleh bermaksud ke mana.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, plural'.
2. Masa : 'Present continuous tense'.
| English | Melayu |
| Where are you going ? | Ke manakah awak (sedang) pergi ? |
| Where are you heading ? | Ke manakah awak (sedang) menghala ? |
| Where are the players going ? | Ke manakah para-pemain itu pergi ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb