Bertanya 'di mana boleh' (dulu), 'ke mana boleh' (dulu) bermaksud bertanya 'di mana boleh' atau 'ke mana boleh' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan di mana boleh (dulu) dan ke mana boleh (dulu) ialah 'where could'.
Struktur yang harus digunakan ialah seperti berikut :
1. 'Where' + 'could' + (objek) + ('verb').
Perkataan 'where' bererti di mana atau ke mana.
Perkataan 'could' boleh digunakan oleh semua objek.
Perkataan 'could' menunjukkan masa 'past tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan 'could' digunakan, ia menandakan hal yang berlaku pada masa lepas.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
1. Struktur : 'Where' + 'could' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'could' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.
'Where could' bermaksud di mana boleh atau ke mana boleh (bagi masa lepas).
| English | Melayu |
| Where could they work ? | Di mana boleh mereka berkerja ? |
| Where could we fly ? | Ke mana boleh kita terbang ? |
| Where could we operate ? | Di mana boleh kita beroperasi ? |
| Where could I afford to live ? | Di mana boleh saya mampu tinggal ? |
| Where could they go ? | Ke mana mereka boleh pergi ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb