Monday, February 3, 2020

237. Bertanya 'betul tak' (sekarang)

Bertanya 'betul tak' (sekarang)

Bertanya 'betul tak' (sekarang) bermaksud bertanya 'betul tak' dimana hal yang ditanya itu (betul atau tidak) dimaksudkan ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa pertanyaan-pertanyaan ringkas yang tidak dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tepat. Terjemahan kepada 'betul tak' adalah yang paling hampir yang boleh diselaraskan pada soalan-soalan itu.

Dalam bahasa Inggeris, soalan-soalan pendek ini dipanggil 'question-tags'.

Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan yang bermaksud betul tak (sekarang) boleh digunakan perkataan-perkataan berikut :

1. 'Is' + (objek).
2. 'Isn't' + (objek).
3. 'Are' + (objek).
4. 'Aren't' + (objek).
5. 'Will' + (objek).
6. 'Won't' + (objek).
7. 'Does' + (objek).
8. 'Doesn't' + (objek).
9. 'Do' + (objek).
10.'Don't' + (objek).
11.'Has' + (objek).
12.'Must' + (objek).
13.'Musn't' + (objek).
14.'Have' + (objek).
15.'Haven't' + (objek).
16.'Can' + (objek).
17.'Can't' + (objek).



1. 'Is' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
She isn't tall, is she ? Dia tak tinggi, betul tak ?
Your father isn't working now, is he ?Ayah awak tidak berkerja sekarang, betul tak ?
He isn't Ali, is he ?Dia bukan Ali, betul tak ?
She isn’t coming, is she ?Dia tak akan datang, betul tak ?
This isn’t working, is it ?Ini tidak berfungsi, betul tak ?
It isn't very good, is it ?Ia tidak bagus sangat, betul tak ?

2. 'Isn't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'isn't' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
She is tall, isn't she ?Dia tinggi, betul tak ?
The flower is red, isn't ?Bunga itu merah, betul tak ?
The umbrella is yours, isn't ?Payung itu awak punya, betul tak ?
Ali is your brother, isn't he ?Ali tu abang awak, betul tak ?
Your mother is quite young, isn't ?Emak awak masih muda, betul tak ?

Catitan :

- (Objek) kadang-kadang boleh disenyapkan.

3. 'Are' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
Those mangoes aren't sweet, are they ?Buah-buah mangga itu tidak manis, betul tak ?

4. 'Aren't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'aren't' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
Those mangoes are sweet, aren't they ?Buah-buah mangga itu manis, betul tak ?
You are Ali, aren't you ?Awak Ali, betul tak ?

5. 'Will' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'will' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
You won't come tomorrow, will you?Awak tidak akan datang esok, betul tak?
You won't forget to check my emails, will you ?Awak tak lupa memeriksa emel saya, betul tak ?
You won't tell him my secret, will you ?Awak tidak akan beritahu dia rahsia saya, betul tak ?
You won't be able to help me, will you ?Awak tidak akan dapat tolong saya, betul tak ?
They won't help, will they ?Mereka tidak akan menolong, betul tak ?

6. 'Won't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'won't' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
You will come tomorrow, won't you ?Awak akan datang esok, betul tak ?
They will help, won't they ?Mereka akan menolong, betul tak ?
He will be there, won't he ?Dia akan ada di sana, betul tak ?
It will happen, won't it ?Ia akan berlaku, betul tak ?
She will be here for another hour, won't she ?Dia akan terus berada di sini sejam lagi, betul tak ?

7. 'Does' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'does' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
Ali doesn't play football, does he ?Ali tak main bolasepak, betul tak ?
He doesn't smoke, does he ?Dia tidak merokok, betul tak ?
She doesn't want it, does she ?Dia tak mahu, betul tak ?
She doesn't care, does she ?Dia tak peduli, betul tak ?
Ali doesn't the piano, does she ?Ali tidak pandai main piano, betul tak ?
She never goes out alone, does she ?Dia tidak pernah keluar bersendirian, betul tak ?

8. 'Doesn't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'doesn't' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
Ali plays football, doesn't he ?Ali main bolasepak, betul tak ?
It works, doesn't it ?Ia menjadi, betul tak ?

9. 'Do' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'do' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
We don't know him, do we ?Kita tidak kenal dia, betul tak ?

10. 'Don't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'don't' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
We know him, don't we ?Kita kenal dia, betul tak ?
They play football on Sundays, don't they ?Mereka main bola setiap Ahad, betul tak ?

11. 'Has' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
She hasn't a new dress, has she ?Dia belum ada baju baru, betul tak ?

12. 'Must' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'must' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
They musn't stay behind, must they ?Mereka mestilah tidak berada di belakang, betul tak ?

13. 'Musn't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'musn't' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
They must stay behind, musn't they ?Mereka mesti menunggu di belakang, betul tak ?
We must be at home at 8 pm, mustn't we ?Kita mesti berada di rumah pada jam 8 malam, betul tak ?

14. 'Have' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
They haven't finished it, have they ?Mereka belum menghabiskannya, betul tak ?

15. 'Haven't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'haven't' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
They have finished it, haven't they ?Mereka sudah menghabiskannya, betul tak ?
You have a car, haven't you ?Awak ada sebuah kereta, betul tak ?

16. 'Can' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'can' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
He can't swim, can he ?Dia tak boleh berenang, betul tak ?
You can't, can you ?Awak tak boleh, betul tak ?
They can't win, can they ?Mereka tak boleh menang, betul tak ?
We can't go, can we ?Kita tak dapat pergi, betul tak ?
She can't be right, can she ?Dia tak mungkin betul, betul tak ?

17. 'Can't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'can't' diikuti dengan (objek) tertentu.

EnglishMelayu
He can swim, can't he ?Dia boleh berenang, betul tak ?
You can, can't you ?Awak boleh, betul tak ?
He can help, can't he ?Dia boleh menolong, betul tak ?
We can win, can't we ?Kita boleh menang, boleh tak ?
They can do it, can't they ?Mereka boleh melakukannya, betul tak ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1IsIs + (objek)Soalan
2Isn'tIsn't + (objek)Soalan
3AreAre + (objek)Soalan
4Aren'tAren't + (objek)Soalan
5WillWill + (objek)Soalan
6Won'tWon't + (objek)Soalan
7DoesDoes + (objek)Soalan
8Doesn'tDoesn't + (objek)Soalan
9DoDo + (objek)Soalan
10Don'tDon't + (objek)Soalan
11HasHas + (objek)Soalan
12MustMust + (objek)Soalan
13Musn'tMusn't + (objek)Soalan
14HaveHave + (objek)Soalan
15Haven'tHaven't + (objek)Soalan
16CanCan + (objek)Soalan
17Can'tCan't + (objek)Soalan

Sunday, February 2, 2020

238. Bertanya 'betul tak' (dahulu)

Bertanya 'betul tak' (dahulu)

Bertanya 'betul tak' (dahulu) bermaksud bertanya 'betul tak' dimana hal yang ditanya itu (betul atau tidak) dimaksudkan ujud pada masa dahulu.

Dalam bahasa Inggeris terdapat pertanyaan-pertanyaan ringkas yang tidak dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tepat. Terjemahan kepada 'betul tak' adalah yang paling hampir yang boleh diselaraskan pada sesetengah soalan-soalan itu.

Dalam bahasa Inggeris, soalan-soalan pendek ini dipanggil 'question-tags'.

Sebahagian dari soalan-soalan ringkas itu adalah seperti dalam struktur berikut (dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa dahulu) :

1. 'Was' + (objek).
2. 'Wasn't' + (objek).
3. 'Were' + (objek).
4. 'Weren't' + (objek).
5. 'Did' + (objek).
6. 'Didn't' + (objek).

Objek termasuk sebagai 'non-verb'.

Perkataan 'was', 'were' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.



1. Struktur : 'Was' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'was' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
The dog wasn't dead, was it ?Anjing itu bukannya telah mati, betul tak ?

2. Struktur : 'Wasn't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'wasn't' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
The dog was dead, wasn't it ?Anjing itu sudah mati, betul tak ?

3. Struktur : 'Were' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'were' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
The boys weren't here last night, were they ?Budak-budak itu tidak ada disini malam tadi, betul tak ?

4. Struktur : 'Weren't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'weren't' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
The boys were here last night, weren't they ?Budak-budak itu ada disini malam tadi, betul tak ?

5. Struktur : 'Did' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'did' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural') .
2. Masa : 'Past tense'.
3. 'Verb' (perbuatan). Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb' - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'

EnglishMelayu
They didn't buy a house last year, did they ?Mereka tidak beli sebuah rumah pada tahun lepas, betul tak ?

6. Struktur : 'Didn't' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'didn't' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural').
2. Masa : 'Past tense'.
3. 'Verb' (perbuatan). Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb' - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
They bought a house last year, didn't they ?Mereka telah beli sebuah rumah pada tahun lepas, betul tak ?
They played football on Sunday, didn't they ?Mereka telah main bola pada hari ahad, betul tak ?



Ingat semula :

- 'Was, wasn't, were, weren't' digunakan bagi 'non-verb'.
- 'Did', 'didn't' digunakan bagi 'verb'.



Ringkasan

Past tense
BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1WasWas + (objek)Past tenseSoalan
2Wasn'tWasn't + (objek)Past tenseSoalan
3WereWere + (objek)Past tenseSoalan
4Weren'tWeren't + (objek)Soalan
5DidDid + (objek)Past tenseSoalan
6Didn'tDidn't + (objek)Past tenseSoalan

Saturday, February 1, 2020

239. Bertanya 'patutkah, haruskah' (sekarang)

Bertanya 'patutkah, haruskah' (sekarang)

Bertanya 'patutkah', 'haruskah' bermaksud bertanya 'patutkah' atau 'haruskah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.

Dalam bentuk soalan, perkataan Inggeris yang bermaksud patutkah atau haruskah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang ialah :

1. 'Shall'.

Perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :

1. 'Shall' + (objek).
2. 'Shall' + (objek) + '('verb').
3. 'What' + 'shall' + (objek) + '('verb').
4. 'Where' + 'shall' + (objek) + '('verb').
5. 'Why' + 'shall' + (objek) + '('verb').



1. Struktur : 'Shall' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'shall' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini biasanya digunakan bagi :

1. Objek : Semua - mengikut perkataan 'shall'.
2. Masa : 'Present tense' - mengikut perkataan 'shall'.

'Shall' biasanya digunakan sebagai cara sopan dalam bertanya.

EnglishMelayu
Shall we ?Patutkah kira ?
Shall I ?Patutkah saya ?
Shall he ?Haruskah dia ?
Shall you ?Haruskah awak ?
Shall she ?Haruskah dia ?

2. Struktur : 'Shall' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'shall' diikuti (objek) tertentu diikuti dengan 'verb' tertentu.

Struktur ini biasanya digunakan bagi :

1. Objek : Semua - mengikut perkataan 'shall'.
2. Masa : 'Present tense' - mengikut perkataan 'shall'.

'Shall' biasanya digunakan sebagai cara sopan dalam bertanya.

EnglishMelayu
Shall we report to the Police ?Patutkah kira lapor pada Polis ?
Shall I call the office ?Patutkah saya menelefon ke pejabat ?
Shall we go to the library ?Patutkah kita pergi ke perpustakaan ?
Shall we play ?Haruskah kita main ?
Let's eat, shall we ?Mari kita makan, patut kan ?
Shall I go now ?Haruskah saya pergi sekarang ?
Shall I help you ?Haruskah saya tolong awak ?

Catitan :

- Dalam struktur ini, 'verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).
- Ada sesetengah 'pakar' bahasa Inggeris yang mengatakan bahawa 'should' adalah 'past tense' bagi 'shall'. Bagaimanapun dalam kebanyakan hal, kedua-dua perkataan itu boleh menggantikan satu sama lain (tidak tertakluk kepada sistem masa dan objek).

3. Struktur : 'What' + 'shall' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'shall' diikuti (objek) tertentu diikuti dengan 'verb' tertentu.

Struktur ini biasanya digunakan bagi :

1. Objek : Semua - mengikut perkataan 'shall'.
2. Masa : 'Present tense' - mengikut perkataan 'shall'.

'Shall' biasanya digunakan sebagai cara sopan dalam bertanya.

EnglishMelayu
What shall we report ?Apa yang patut kita lapor ?
What shall I say ?Apa yang patut saya cakap ?
What shall we do ?Apa yang patut kita buat ?
What shall we play ?Apa yang harus kita main ?
What shall I help ?Apa yang harus saya tolong ?

4. Struktur : 'Where' + 'shall' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'shall' diikuti (objek) tertentu diikuti dengan 'verb' tertentu.

Struktur ini biasanya digunakan bagi :

1. Objek : Semua - mengikut perkataan 'shall'.
2. Masa : 'Present tense' - mengikut perkataan 'shall'.

'Shall' biasanya digunakan sebagai cara sopan dalam bertanya.

EnglishMelayu
Where shall we report ?Di mana patut kita lapor ?
Where shall I write ?Di mana patut saya tulis ?
Where shall we go ?Di mana patut kita pergi ?
Where shall we play ?Di mana harus kita main ?
Where shall I put ?Di mana harus saya letak ?

5. Struktur : 'Why' + 'shall' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'shall' diikuti (objek) tertentu diikuti dengan 'verb' tertentu.

Struktur ini biasanya digunakan bagi :

1. Objek : Semua - mengikut perkataan 'shall'.
2. Masa : 'Present tense' - mengikut perkataan 'shall'.

'Shall' biasanya digunakan sebagai cara sopan dalam bertanya.

EnglishMelayu
Why shall we report ?Mengapa patut kita lapor ?
Why shall I write this ?Mengapa harus saya tulis hal ini ?
Why shall we go ?Mengapa patut kita pergi ?
Why shall we play ?Mengapa harus kita main ?
Why shall I put here ?Mengapa harus saya letak di sini ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1ShallShall + (objek)SemuaPresent tenseSoalan
2ShouldShould + ((objek)SemuaPresent tenseSoalan

Friday, January 31, 2020

240. Bertanya 'patutkah', 'haruskah' (dulu)

Bertanya 'patutkah', 'haruskah' (dulu)

Bertanya 'patutkah', 'haruskah' (dulu) bermaksud bertanya 'patutkah' atau 'haruskah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa yang telah lepas.

Dalam bentuk soalan, perkataan Inggeris yang bermaksud patutkah atau haruskah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa dulu ialah :

1. 'Should'.

Perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Should' + (objek).
2. 'Should' + (objek) + ('verb').
3. 'What' + 'should' + (objek) + ('verb').
4. 'Where' + 'should' + (objek) + ('verb').
5. 'Why' + 'should' + (objek) + ('verb').



1. Struktur : 'Should' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'should' diikuti (objek) tertentu.

'Should' juga biasanya digunakan sebagai cara lebih sopan dalam bertanya.

EnglishMelayu
Should we report to the Police ?Patutkah kita lapor pada Polis ?
Should I call the office ?Patutkah saya menelefon ke pejabat ?
Should we go to the library ?Patutkah kita pergi ke perpustakaan ?
Should we play ?Haruskah kita main ?
Let's eat, should we ?Mari kita makan, dah boleh kan ?
Should I go now ?Haruskah saya pergi sekarang ?
Should I help you ?Haruskah saya tolong awak ?
What should we do now ?Apa patut kita buat sekarang ?
Should we continue our meeting ?Patutkah kita teruskan mesyuarat ?
Should we go this way ?Patutkah kita ikut jalan ini ?
Where should we go this summer ?Kemana patut kita pergi musim panas ini ?
Where should I go for dinner ?Dimanakah saya patut pergi makan malam ?
Should I work for free ?Patutkah saya bekerja secara percuma ?
Should I change my password ?Patutkah saya tukar kata laluan saya ?

Catitan :

- Ada sesetengah 'pakar' bahasa Inggeris yang mengatakan bahawa 'should' adalah 'past tense' bagi 'shall'. Bagaimanapun dalam kebanyakan hal, kedua-dua perkataan itu boleh menggantikan satu sama lain (tidak tertakluk kepada sistem masa dan objek).

2. Struktur : 'Should' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'should' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu .

'Should' juga biasanya digunakan sebagai cara lebih sopan dalam bertanya.

EnglishMelayu
Should we report ?Patutkah kira buat laporan ?
Should I call ?Patutkah saya menelefon ?
Should we go ?Patutkah kita pergi ?
Should we play ?Haruskah kita main ?
Let's eat, should we ?Mari kita makan, dah boleh kan ?
Should I go ?Haruskah saya pergi ?
Should I help ?Haruskah saya tolong ?
Should we continue ?Patutkah kita teruskan ?
Should we go ?Patutkah kita pergi ?
Should I work ?Patutkah saya bekerja ?
Should I change ?Patutkah saya tukar ?

3. Struktur : 'What' + 'should' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'should' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
.

'Should' juga biasanya digunakan sebagai cara lebih sopan dalam bertanya.

EnglishMelayu
What should we do ?Apa patut kita buat ?
What should we do now ?Apa patut kita buat sekarang ?
What should we tell him ?Apa patut kita beritahu dia ?
What should we write ?Apa patut kita tulis ?
What should we write here ?Apa patut kita tulis di sini ?

4. Struktur : 'Where' + 'should' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'should' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan '(verb') tertentu.

'Should' juga biasanya digunakan sebagai cara lebih sopan dalam bertanya.

EnglishMelayu
Where should we report ?Ke manakah kita harus buat laporan ?
Where should I call, the office or the head office?Ke mamana harus saya menelefon, ke pejabat atau ibu pejabat ?
Where should we play ?Di manakah harus kita main ?
Where should I go now ?Ke mana harus saya pergi sekarang ?
Where should we continue our meeting ?Di manakah harus kita teruskan mesyuarat kita ?
Where should we go this summer ?Ke mana patut kita pergi musim panas ini ?
Where should I go for dinner ?Di manakah saya patut pergi makan malam ?

5. Struktur : 'Why' + 'should' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'should' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan '('verb') tertentu.

'Should' juga biasanya digunakan sebagai cara lebih sopan dalam bertanya.

EnglishMelayu
Why should we report to the Police ?Mengapa patut kita lapor pada Polis ?
Why should I call the office ?Mengapa patut saya menelefon ke pejabat ?
Why should we go to the library ?Mengapa patut kita pergi ke perpustakaan ?
Why should we play the game ?Mengapa harus kita main permainan itu ?
Why should I go now ?Mengapa harus saya pergi sekarang ?
Why should I help you ?Mengapa harus saya tolong awak ?
Why should we do now ?Mengapa patut kita buat sekarang ?
Why should we continue our meeting ?Mengapa patut kita teruskan mesyuarat ?
Why should we go this way ?Mengapa patut kita ikut jalan ini ?
Why should I work for free ?Mengapa patut saya bekerja secara percuma ?
Why should I change my password ?Mengapa patut saya tukar kata laluan saya ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1ShouldShould + ((objek)SemuaPresent tenseSoalan

241. Bertanya 'berapa ramai' (sendirian)

Bertanya 'berapa ramai' (sendirian)

Bertanya 'berapa ramai' (sendirian) bermaksud bertanya 'berapa ramai' secara bersendirian tanpa bergantung kepada objek dan masa (tiada perkataan lain sebelum atau selepasnya).

Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, 'berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'. Bertanya 'berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.

EnglishMelayu
Q : Many pupils in this classroom.
A : How many ?
S : Ramai murid dalam kelas ini.
J : Berapa ramai ?

Q = question.
A = answer.
S = Soalan.
J = Jawapan.

Catitan :

Perkataan Inggeris 'how many' juga boleh digunakan dalam ayat biasa yang bukan dalam bentuk soalan.

Contoh :

EnglishMelayu
I don't know how many pupils have attendedSaya tidak tahu berapa ramai murid sudah hadir

242. Bertanya 'berapa ramai' (sekarang)

Bertanya 'berapa banyak' ('how many') (sekarang)

Bertanya 'berapa ramai' ('how many') (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa ramai' dimana hal yang ditanya itu (berapa ramai) dimaksudkan ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'. 'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur yang digunakan untuk bertanya 'how many' (sekarang) :

1. 'How many' + (objek).
2. 'How many' + 'are' + ('non-verb').
3. 'How many' + (objek) + 'are' + ('non-verb').
4. 'How many' + 'does' + (objek) + ('verb').
5. 'How many' + 'do' + (objek) + ('verb').
6. 'How many' + (objek) + 'have' + (objek).
7. 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle').
8. 'How many' + (objek) + 'have' + (objek) + ('past participle').

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).



1. Struktur : 'How many' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular' atau 'plural' asalkan manusia.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa ramai') dimaksudkan ujud pada masa sekarang).

EnglishMelayu
How many students ?Berapa ramai pelajar ?
How many teachers ?Berapa ramai guru ?
How many ministers ?Berapa ramai menteri ?
How many boys ?Berapa ramai budak lelaki ?
How many men ?Berapa ramai orang laki-laki ?

2. Struktur : 'How many' + 'are' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'are' diikuti ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' (mengikut perkataan 'are').
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa banyak') itu dimaksudkan pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.

EnglishMelayu
How many are there ?Berapakah ramaikah yang ada disana ?
How many are left ?Berapa ramai yang tinggal ?
How many are girls ?Berapa ramai adalah perempuan ?
How many are attending ?Berapa ramai yang sedang hadir ?
How many are following me ?Berapa ramai yang sedang mengikuti saya ?
How many are hungry ?Berapa ramai yang lapar ?
How many are okay ?Berapa ramai yang okay ?
How many students are in this class ?Berapa ramai pelajar dalam kelas ini ?
How many teachers are in the school ?Berapa ramai guru di sekolah itu ?
How many ministers are in the cabinet ?Berapa ramai menteri dalam kabinet ?
How many boys are left ?Berapa ramai budak lelaki yang tinggal ?

Catitan :

- 'Objek' adalah sebahagian 'non-verb'.

3. Struktur : 'How many' + (objek) + 'are' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'are' diikuti ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' - asalkan manusia (mengikut perkataan 'are')
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa ramai') dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.

EnglishMelayu
How many students are there ?Berapakah ramaikah pelajar yang ada disana ?
How many students are left ?Berapa ramai pelajar yang tinggal ?
How many students are girls ?Berapa ramai pelajar adalah perempuan ?
How many members are attending ?Berapa ramai ahli yang hadir ?
How many fans are following me ?Berapa ramai peminat yang sedang mengikuti saya ?
How many of you are hungry ?Berapa ramai daripada awak yang lapar ?

4. Struktur : 'How many' + 'does' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'does' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular' - asalkan manusia.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa banyak') dimaksudkan lazim pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'does'.
3. 'Countable' (objek boleh dibilang).

EnglishMelayu
How many does someone have to kill to become a serial killer ?Berapa ramaikah seseorang mesti membunuh untuk dianggap sebagai pembunuh bersiri ?
How many does she want ?Berapa ramai yang dia mahu ?
How many does she need ?Berapa ramai yang dia perlukan ?
How many does several mean ?Berapa ramaikah 'beberapa' itu ?

5. Struktur : 'How many' + 'do' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'do' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, plural' (mengikut perkataan 'do') - asalkan manusia.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa banyak') dimaksudkan lazim pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'do'.

EnglishMelayu
How many do you see ?Berapa ramai yang awak nampak ?
How many do you need ?Berapa ramai yang awak perlukan ?
How many do you want ?Berapa ramai yang awak mahu ?
How many do you think ?Berapa ramai yang awak fikir ?

6. Struktur : 'How many' + (objek1) + 'have' + (objek2)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek1) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan (objek2) tertentu.

Frasa 'how many have' bermakna berapa ramai mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek1 : 'You, plural' - asalkan manusia.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa ramai') ujud pada masa sekarang.

EnglishMelayu
How many students have pens ?Berapa ramai pelajar yang mempunyai pen ?
How many students have drawing books ?Berapa ramai pelajar yang mempunyai buku lukisan ?
How many students have pencils ?Berapa ramai pelajar yang mempunyai pensil ?
How many students have erasers ?Berapa ramai pelajar yang mempunyai pemadam ?
How many students have rulers ?Berapa ramai pelajar yang mempunyai pembaris ?

7. Struktur : 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur 'how many + (objek) + have + (past participle)' bermakna berapa ramai (yang) sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' - asalkan manusia.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa ramai') dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Ia mengikut perkataan 'have' + 'past participle'.

EnglishMelayu
How many people have visited ?Berapa ramai orang (yang) sudah melawat ?
How many students have gone ?Berapa ramai pelajar (yang) sudah pergi ?
How many teachers have come ?Berapa ramai guru (yang) sudah datang ?
How many participants have presented ?Berapa ramai peserta (yang) sudah membuat persembahan ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' boleh/biasa disenyapkan.

8. Struktur : 'How many' + (objek) + 'have' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many (objek) have' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur 'how many + (objek) + have + (past participe)' bermakna berapa banyak (objek) sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' - asalkan manusia.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa ramai') dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Ia mengikut perkataan 'have' + 'past participle'.

EnglishMelayu
How many people have you met ?Berapa ramai orang (yang) sudah awak temui ?
How many students have you told ?Berapa ramaikah pelajar (yang) sudah awak beritahu ?
How many players have you coached ?Berapa ramai pemain (yang) sudah awak latih ?
How many bad people have you caught ?Berapa banyak penjenayah (yang) sudah awak tangkap ?
How many people have you surveyed ?Berapa ramaikah penduduk (yang) sudah awak kaji ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' boleh/biasa disenyapkan.

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1How many - Countable - Soalan
2How many'How many' + 'is' + ('non-verb')Singular + CountablePresent tenseSoalan
3How many'How many' + (objek) + 'are' + ('non-verb')Plural + CountablePresent tenseSoalan
4How many'How many' + 'does' + (objek) + ('verb')Singular + CountablePresent tenseSoalan
5How many'How many' + 'do' + (objek) + ('verb')Plural + CountablePresent tenseSoalan
6How many'How many' + (objek) + 'have' + (objek)Plural + CountablePresent tenseSoalan
7How many'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle')Soalan
8How many'How many' + (objek) + 'have' + (objek) + ('past participle')Soalan

243. Bertanya 'berapa ramai' (dulu)

Bertanya 'berapa ramai' (dulu)

Bertanya 'berapa ramai' (dulu) bermaksud bertanya 'berapa ramai' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, 'berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'. 'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur bagi bertanya 'berapa ramai' (dulu) :

1. 'How many' + 'were' + ('non-verb').
2. 'How many' + 'did' + (objek) + ('verb').
3. 'How many' + (objek) + 'did' + 'not' + ('verb').
4. 'How many' + (objek1) + 'had' + (objek2).

Perkataan 'were' bermaksud ialah/adalah/merupakan.
Perkataan 'did' bermaksud telah melakukan.
Perkataan 'were', 'did', 'had' menunjukkan masa lepas 'past tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tetapi bila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan hal masa lepas.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).



1. Struktur : 'How many' + 'were' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'were' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek sasaran : 'Plural' (mengikut perkataan 'were') dan 'Countable' (mengikut perkataan 'how many').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'were'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many were at the last gathering ?Berapa ramai di pertemuan yang lepas ?
How many were at the pet show last week ?Berapa ramaikah yang hadir di pertunjukan binatang belaan minggu lepas ?
How many were on the titanic ?Berapa ramai diatas kapal titanic ?
How many were in her family ?Berapa ramai dalam keluarganya ?
How many were present ?Berapa ramai yang telah hadhir ?
How many were here ?Berapa ramai telah berada di sini ?
How many were fighters ?Berapa ramai adalah pejuang ?
How many were they ?Berapa ramai mereka itu ?
How many were soldiers ?Berapa ramai adalah tentera ?
How many were men ?Berapa ramai adalah laki-laki ?

2. Struktur : 'How many' + 'did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'did' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' dan 'countable' (mengikut perkataan 'how many').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'did'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many did communists kill in 1940s ?Berapa ramaikah yang komunis telah bunuh dalam tahun 1940an ?
How many did the spanish flu kill ?Berapa ramaikah yang selesema sepanyol telah bunuh ?
How many did he catch ?Berapa ramai yang dia tangkap ?
How many did he count ?Berapa ramai yang dia kira ?
How many did they find ?Berapa ramai yang mereka jumpai ?

3. Struktur : 'How many' + (objek) + 'did' + 'not' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'did' diikuti perkataan 'not' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' dan 'countable' (mengikut perkataan 'how many').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'did'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many people did not vote ?Berapa ramai orang yang tidak mengundi ?
How many people did not come to your house ?Berapa ramai orang yang tidak hadhir ke rumah anda ?
How many painters did not do the paintings ?Berapa ramai pelukis yang tidak buat lukisan-lukisan itu ?
How many students did not break the rules ?Berapa ramai pelajar yang tidak melanggar undang-undang itu ?
How many farmers did not agree with the idea ?Berapa ramai petani yang tidak setuju dengan buah fikiran itu ?

4. Struktur : 'How many' + (objek) + 'had' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti ('non-verb') tertentu.

Struktur 'how many + (objek) + had' bermakna berapa ramai (objek) yang mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') dan 'countable'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'had'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many students had pen ?Berapa ramai pelajar yang mempunyai pen ?
How many presidents had beard ?Berapa ramai presiden yang mempunyai jambang ?
How many people had the pass ?Berapa ramai orang yang mempunyai pas itu ?
How many students had cats ?Berapa ramai pelajar yang mempunyai kucing ?
How many examinations had wrong questions ?Berapa banyak peperiksaan yang mempunyai salah soalan ?

Catitan :

- Dalam struktur ini, perkataan 'had' bererti mempunyai.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.
Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1How many'How many' + 'were' + ('non-verb')Plural + CountablePast tenseSoalan
2How many'How many' + 'did' + (objek) + ('verb')Semua + CountablePast tenseSoalan
3How many'How many' + (objek) + 'did' + 'not' + ('verb')Semua + CountablePast tenseSoalan
4How many'How many' + (objek 1) + 'had' + (objek 2)Semua + CountablePast tenseSoalan

244. Bertanya 'berapa ramai (yang) di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'berapa ramai (yang) di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'berapa ramai (yang) di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa ramai (yang) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, 'berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'.
'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur bagi bertanya 'berapa ramai (yang) di(pasif)' (sekarang) :

1. 'How many' + 'are' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'are' + ('past participle').

Perkataan 'are' menunjukkan objek sasaran (objek yang ditanya) adalah 'plural', 'countable' dan 'present tense'.

Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.

Perkataan 'are' dalam kombinasi 'are + 'past participle'' bermaksud di.

Dalam bahasa Melayu, perkataan yang biasa/boleh disenyapkan, dan ini tidak mengubah maksud ayat.



1. Struktur : 'How many' + 'are' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'are' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur 'how many + are + (past participle)' bermakna berapa banyakkah (yang) di(pasif) (bentuk 'pasif').

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek sasaran : 'Plural' dan 'countable' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many are arrested ?Berapa ramai (yang) ditangkap ?
How many are consulted ?Berapa ramai (yang) dirundingi ?
How many are saved ?Berapa ramai (yang) diselamatkan ?
How many are invited ?Berapa ramai (yang) dijemput ?
How many are told ?Berapa ramai (yang) diberitahu ?

2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'are' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'are' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur 'how many + (objek) + are + (past participle)' bermakna berapa ramai (objek) (yang) di(pasif) (bentuk 'pasif').

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural', 'countable' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many people are arrested ?Berapa ramai orang (yang) ditangkap ?
How many participants are enrolled ?Berapa ramai peserta (yang) dimasuk-kira ?
How many people are saved ?Berapa ramai orang (yang) diselamatkan ?
How many villagers are moved ?Berapa ramai penduduk kampung (yang) dipindahkan ?
How many students are told ?Berapa ramai pelajar (yang) dipindahkan ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
2How many'How many' + 'are' + ('past participle')Plural + CountablePresent tenseSoalan
3How many'How many' + (objek) + 'are' + ('past participle')Plural + CountablePresent tenseSoalan

245. Bertanya 'berapa ramai (yang) telah di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'berapa ramai (yang) telah di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'berapa ramai telah di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'berapa ramai telah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, 'berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'.
'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur bagi bertanya 'berapa banyak telah di(pasif)' (dulu) :

1. 'How many' + 'were' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'were' + ('past participle').

Perkataan 'were' menunjukkan objek sasaran (objek yang ditanya) adalah 'plural' dan 'countable' dan 'past tense'.

Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.

Perkataan 'were' dalam kombinasi 'were + 'past participle'' bermaksud di.

Dalam bahasa Melayu, perkataan yang biasa/boleh disenyapkan.



1. Struktur : 'How many' + 'were' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'were' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur 'how many + were + (past participle)' bermakna berapa banyakkah telah di(pasif) (bentuk 'pasif').

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' dan 'countable' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'were'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many were arrested ?Berapa ramai (yang) telah ditangkap ?
How many were consulted ?Berapa ramai (yang) telah dirundingi ?
How many were saved ?Berapa ramai (yang) telah diselamatkan ?
How many were sold ?Berapa banyak (yang) telah dijual ?
How many were told ?Berapa banyak (yang) telah diberitahu ?

2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'were' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'were' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur 'how many + (objek) + were + (past participle)' bermakna berapa banyak (objek) telah di(pasif) (bentuk 'pasif').

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' dan 'countable' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'were'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many people were arrested ?Berapa ramai orang (yang) telah ditangkap ?
How many participants were enrolled ?Berapa ramai peserta (yang) telah dimasuk-kira ?
How many people were saved ?Berapa ramai orang (yang) telah diselamatkan ?
How many villagers were moved ?Berapa ramai penduduk kampung (yang) telah dipindahkan ?
How many students were told ?Berapa ramai pelajar (yang) telah dipindahkan ?


Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
2How many'How many' + 'were' + ('past participle')Plural + CountablePast tenseSoalan
3How many'How many' + (objek) + 'were' + ('past participle')Plural + CountablePast tenseSoalan

246. Bertanya 'berapa ramai (yang) sudah' (sekarang)

Bertanya 'berapa ramai (yang) sudah' (sekarang)

Bertanya 'berapa ramai (yang) sudah' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa ramai (yang) sudah' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada tempoh masa sekarang.

Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, 'berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'. 'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur bagi bertanya 'berapa ramai (yang) sudah' (sekarang) :

1. 'How many' + 'have' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle').

Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tetapi bila perkataan 'have' digunakan, ia menunjukkan hal tempoh sekarang.
Kombinasi 'have + 'past participle'' menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dulu hingga sekarang).
Perkataan 'have' dalam kombinasi 'have + 'past participle' sesuai diertikan sebagai sudah.

Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.



1. Struktur : 'How many' + 'have' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan ('past participle') tertentu .

Struktur 'how many' + 'have' + ('past participle')' bermakna berapa ramaikah (yang) sudah (bagi tempoh masa sekarang.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek sasaran : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa ramai' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa sekarang). Ia mengikut kombinasi 'have + (past participle)'.
3. 'Verb' (Perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action' verb.

EnglishMelayu
How many have died in the bombings so far ?Berapa ramai sudah mati dalam pengeboman itu sejauh ini ?
How many have left ?Berapa ramai yang sudah pergi ?
How many have gone ?Berapa ramai yang sudah pergi ?
How many have waited ?Berapa ramai yang sudah menunggu ?
How many have fainted ?Berapa ramai yang sudah pengsan ?


2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa ramai' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa sekarang). Ia mengikut kombinasi 'have' + ('past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action' verb.

EnglishMelayu
How many people have died in the bombings ?Berapa ramai manusia telah mati dalam pengeboman itu ?
How many students have answered ?Berapa ramai pelajar yang sudah menjawab ?
How many people have travelled ?Berapa ramai orang yang sudah berjalan ?
How many students have left ?Berapa ramai pelajar yang sudah pergi ?
How many students have gone ?Berapa ramai pelajar yang sudah pergi ?
How many people have waited ?Berapa ramai orang yang sudah menunggu ?
How many people have fainted ?Berapa ramai orang yang sudah pengsan ?


Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...