Bertanya 'berapa ramai telah di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'berapa ramai telah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa lepas.
Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, 'berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'.
'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur bagi bertanya 'berapa banyak telah di(pasif)' (dulu) :
1. 'How many' + 'were' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'were' + ('past participle').
Perkataan 'were' menunjukkan objek sasaran (objek yang ditanya) adalah 'plural' dan 'countable' dan 'past tense'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'were' dalam kombinasi 'were + 'past participle'' bermaksud di.
Dalam bahasa Melayu, perkataan yang biasa/boleh disenyapkan.
1. Struktur : 'How many' + 'were' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'were' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur 'how many + were + (past participle)' bermakna berapa banyakkah telah di(pasif) (bentuk 'pasif').
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural' dan 'countable' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'were'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| How many were arrested ? | Berapa ramai (yang) telah ditangkap ? |
| How many were consulted ? | Berapa ramai (yang) telah dirundingi ? |
| How many were saved ? | Berapa ramai (yang) telah diselamatkan ? |
| How many were sold ? | Berapa banyak (yang) telah dijual ? |
| How many were told ? | Berapa banyak (yang) telah diberitahu ? |
2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'were' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'were' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur 'how many + (objek) + were + (past participle)' bermakna berapa banyak (objek) telah di(pasif) (bentuk 'pasif').
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural' dan 'countable' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'were'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| How many people were arrested ? | Berapa ramai orang (yang) telah ditangkap ? |
| How many participants were enrolled ? | Berapa ramai peserta (yang) telah dimasuk-kira ? |
| How many people were saved ? | Berapa ramai orang (yang) telah diselamatkan ? |
| How many villagers were moved ? | Berapa ramai penduduk kampung (yang) telah dipindahkan ? |
| How many students were told ? | Berapa ramai pelajar (yang) telah dipindahkan ? |
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 2 | How many | 'How many' + 'were' + ('past participle') | Plural + Countable | Past tense | Soalan |
| 3 | How many | 'How many' + (objek) + 'were' + ('past participle') | Plural + Countable | Past tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb