Friday, January 31, 2020

246. Bertanya 'berapa ramai (yang) sudah' (sekarang)

Bertanya 'berapa ramai (yang) sudah' (sekarang)

Bertanya 'berapa ramai (yang) sudah' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa ramai (yang) sudah' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada tempoh masa sekarang.

Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, 'berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'. 'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur bagi bertanya 'berapa ramai (yang) sudah' (sekarang) :

1. 'How many' + 'have' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle').

Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tetapi bila perkataan 'have' digunakan, ia menunjukkan hal tempoh sekarang.
Kombinasi 'have + 'past participle'' menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dulu hingga sekarang).
Perkataan 'have' dalam kombinasi 'have + 'past participle' sesuai diertikan sebagai sudah.

Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.



1. Struktur : 'How many' + 'have' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan ('past participle') tertentu .

Struktur 'how many' + 'have' + ('past participle')' bermakna berapa ramaikah (yang) sudah (bagi tempoh masa sekarang.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek sasaran : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa ramai' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa sekarang). Ia mengikut kombinasi 'have + (past participle)'.
3. 'Verb' (Perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action' verb.

EnglishMelayu
How many have died in the bombings so far ?Berapa ramai sudah mati dalam pengeboman itu sejauh ini ?
How many have left ?Berapa ramai yang sudah pergi ?
How many have gone ?Berapa ramai yang sudah pergi ?
How many have waited ?Berapa ramai yang sudah menunggu ?
How many have fainted ?Berapa ramai yang sudah pengsan ?


2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa ramai' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa sekarang). Ia mengikut kombinasi 'have' + ('past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action' verb.

EnglishMelayu
How many people have died in the bombings ?Berapa ramai manusia telah mati dalam pengeboman itu ?
How many students have answered ?Berapa ramai pelajar yang sudah menjawab ?
How many people have travelled ?Berapa ramai orang yang sudah berjalan ?
How many students have left ?Berapa ramai pelajar yang sudah pergi ?
How many students have gone ?Berapa ramai pelajar yang sudah pergi ?
How many people have waited ?Berapa ramai orang yang sudah menunggu ?
How many people have fainted ?Berapa ramai orang yang sudah pengsan ?


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...