Bertanya 'berapa ramai (yang) di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa ramai (yang) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang.
Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, 'berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'.
'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur bagi bertanya 'berapa ramai (yang) di(pasif)' (sekarang) :
1. 'How many' + 'are' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'are' + ('past participle').
Perkataan 'are' menunjukkan objek sasaran (objek yang ditanya) adalah 'plural', 'countable' dan 'present tense'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'are' dalam kombinasi 'are + 'past participle'' bermaksud di.
Dalam bahasa Melayu, perkataan yang biasa/boleh disenyapkan, dan ini tidak mengubah maksud ayat.
1. Struktur : 'How many' + 'are' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'are' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur 'how many + are + (past participle)' bermakna berapa banyakkah (yang) di(pasif) (bentuk 'pasif').
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek sasaran : 'Plural' dan 'countable' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| How many are arrested ? | Berapa ramai (yang) ditangkap ? |
| How many are consulted ? | Berapa ramai (yang) dirundingi ? |
| How many are saved ? | Berapa ramai (yang) diselamatkan ? |
| How many are invited ? | Berapa ramai (yang) dijemput ? |
| How many are told ? | Berapa ramai (yang) diberitahu ? |
2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'are' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'are' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur 'how many + (objek) + are + (past participle)' bermakna berapa ramai (objek) (yang) di(pasif) (bentuk 'pasif').
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural', 'countable' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| How many people are arrested ? | Berapa ramai orang (yang) ditangkap ? |
| How many participants are enrolled ? | Berapa ramai peserta (yang) dimasuk-kira ? |
| How many people are saved ? | Berapa ramai orang (yang) diselamatkan ? |
| How many villagers are moved ? | Berapa ramai penduduk kampung (yang) dipindahkan ? |
| How many students are told ? | Berapa ramai pelajar (yang) dipindahkan ? |
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 2 | How many | 'How many' + 'are' + ('past participle') | Plural + Countable | Present tense | Soalan |
| 3 | How many | 'How many' + (objek) + 'are' + ('past participle') | Plural + Countable | Present tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb