Friday, January 31, 2020

243. Bertanya 'berapa ramai' (dulu)

Bertanya 'berapa ramai' (dulu)

Bertanya 'berapa ramai' (dulu) bermaksud bertanya 'berapa ramai' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, 'berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'. 'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur bagi bertanya 'berapa ramai' (dulu) :

1. 'How many' + 'were' + ('non-verb').
2. 'How many' + 'did' + (objek) + ('verb').
3. 'How many' + (objek) + 'did' + 'not' + ('verb').
4. 'How many' + (objek1) + 'had' + (objek2).

Perkataan 'were' bermaksud ialah/adalah/merupakan.
Perkataan 'did' bermaksud telah melakukan.
Perkataan 'were', 'did', 'had' menunjukkan masa lepas 'past tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tetapi bila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan hal masa lepas.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).



1. Struktur : 'How many' + 'were' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'were' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek sasaran : 'Plural' (mengikut perkataan 'were') dan 'Countable' (mengikut perkataan 'how many').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'were'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many were at the last gathering ?Berapa ramai di pertemuan yang lepas ?
How many were at the pet show last week ?Berapa ramaikah yang hadir di pertunjukan binatang belaan minggu lepas ?
How many were on the titanic ?Berapa ramai diatas kapal titanic ?
How many were in her family ?Berapa ramai dalam keluarganya ?
How many were present ?Berapa ramai yang telah hadhir ?
How many were here ?Berapa ramai telah berada di sini ?
How many were fighters ?Berapa ramai adalah pejuang ?
How many were they ?Berapa ramai mereka itu ?
How many were soldiers ?Berapa ramai adalah tentera ?
How many were men ?Berapa ramai adalah laki-laki ?

2. Struktur : 'How many' + 'did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'did' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' dan 'countable' (mengikut perkataan 'how many').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'did'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many did communists kill in 1940s ?Berapa ramaikah yang komunis telah bunuh dalam tahun 1940an ?
How many did the spanish flu kill ?Berapa ramaikah yang selesema sepanyol telah bunuh ?
How many did he catch ?Berapa ramai yang dia tangkap ?
How many did he count ?Berapa ramai yang dia kira ?
How many did they find ?Berapa ramai yang mereka jumpai ?

3. Struktur : 'How many' + (objek) + 'did' + 'not' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'did' diikuti perkataan 'not' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Plural' dan 'countable' (mengikut perkataan 'how many').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'did'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many people did not vote ?Berapa ramai orang yang tidak mengundi ?
How many people did not come to your house ?Berapa ramai orang yang tidak hadhir ke rumah anda ?
How many painters did not do the paintings ?Berapa ramai pelukis yang tidak buat lukisan-lukisan itu ?
How many students did not break the rules ?Berapa ramai pelajar yang tidak melanggar undang-undang itu ?
How many farmers did not agree with the idea ?Berapa ramai petani yang tidak setuju dengan buah fikiran itu ?

4. Struktur : 'How many' + (objek) + 'had' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti ('non-verb') tertentu.

Struktur 'how many + (objek) + had' bermakna berapa ramai (objek) yang mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') dan 'countable'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'had'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many students had pen ?Berapa ramai pelajar yang mempunyai pen ?
How many presidents had beard ?Berapa ramai presiden yang mempunyai jambang ?
How many people had the pass ?Berapa ramai orang yang mempunyai pas itu ?
How many students had cats ?Berapa ramai pelajar yang mempunyai kucing ?
How many examinations had wrong questions ?Berapa banyak peperiksaan yang mempunyai salah soalan ?

Catitan :

- Dalam struktur ini, perkataan 'had' bererti mempunyai.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.
Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1How many'How many' + 'were' + ('non-verb')Plural + CountablePast tenseSoalan
2How many'How many' + 'did' + (objek) + ('verb')Semua + CountablePast tenseSoalan
3How many'How many' + (objek) + 'did' + 'not' + ('verb')Semua + CountablePast tenseSoalan
4How many'How many' + (objek 1) + 'had' + (objek 2)Semua + CountablePast tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...