Bertanya 'berapa ramai' ('how many') (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa ramai' dimana hal yang ditanya itu (berapa ramai) dimaksudkan ujud pada masa sekarang.
Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia, berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'. 'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur yang digunakan untuk bertanya 'how many' (sekarang) :
1. 'How many' + (objek).
2. 'How many' + 'are' + ('non-verb').
3. 'How many' + (objek) + 'are' + ('non-verb').
4. 'How many' + 'does' + (objek) + ('verb').
5. 'How many' + 'do' + (objek) + ('verb').
6. 'How many' + (objek) + 'have' + (objek).
7. 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle').
8. 'How many' + (objek) + 'have' + (objek) + ('past participle').
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
1. Struktur : 'How many' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek) tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Singular' atau 'plural' asalkan manusia.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa ramai') dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
| English | Melayu |
| How many students ? | Berapa ramai pelajar ? |
| How many teachers ? | Berapa ramai guru ? |
| How many ministers ? | Berapa ramai menteri ? |
| How many boys ? | Berapa ramai budak lelaki ? |
| How many men ? | Berapa ramai orang laki-laki ? |
2. Struktur : 'How many' + 'are' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'are' diikuti ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural' (mengikut perkataan 'are').
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa banyak') itu dimaksudkan pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.
| English | Melayu |
| How many are there ? | Berapakah ramaikah yang ada disana ? |
| How many are left ? | Berapa ramai yang tinggal ? |
| How many are girls ? | Berapa ramai adalah perempuan ? |
| How many are attending ? | Berapa ramai yang sedang hadir ? |
| How many are following me ? | Berapa ramai yang sedang mengikuti saya ? |
| How many are hungry ? | Berapa ramai yang lapar ? |
| How many are okay ? | Berapa ramai yang okay ? |
| How many students are in this class ? | Berapa ramai pelajar dalam kelas ini ? |
| How many teachers are in the school ? | Berapa ramai guru di sekolah itu ? |
| How many ministers are in the cabinet ? | Berapa ramai menteri dalam kabinet ? |
| How many boys are left ? | Berapa ramai budak lelaki yang tinggal ? |
Catitan :
- 'Objek' adalah sebahagian 'non-verb'.
3. Struktur : 'How many' + (objek) + 'are' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'are' diikuti ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural' - asalkan manusia (mengikut perkataan 'are')
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa ramai') dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.
| English | Melayu |
| How many students are there ? | Berapakah ramaikah pelajar yang ada disana ? |
| How many students are left ? | Berapa ramai pelajar yang tinggal ? |
| How many students are girls ? | Berapa ramai pelajar adalah perempuan ? |
| How many members are attending ? | Berapa ramai ahli yang hadir ? |
| How many fans are following me ? | Berapa ramai peminat yang sedang mengikuti saya ? |
| How many of you are hungry ? | Berapa ramai daripada awak yang lapar ? |
4. Struktur : 'How many' + 'does' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'does' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Singular' - asalkan manusia.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa banyak') dimaksudkan lazim pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'does'.
3. 'Countable' (objek boleh dibilang).
| English | Melayu |
| How many does someone have to kill to become a serial killer ? | Berapa ramaikah seseorang mesti membunuh untuk dianggap sebagai pembunuh bersiri ? |
| How many does she want ? | Berapa ramai yang dia mahu ? |
| How many does she need ? | Berapa ramai yang dia perlukan ? |
| How many does several mean ? | Berapa ramaikah 'beberapa' itu ? |
5. Struktur : 'How many' + 'do' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'do' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, plural' (mengikut perkataan 'do') - asalkan manusia.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa banyak') dimaksudkan lazim pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'do'.
| English | Melayu |
| How many do you see ? | Berapa ramai yang awak nampak ? |
| How many do you need ? | Berapa ramai yang awak perlukan ? |
| How many do you want ? | Berapa ramai yang awak mahu ? |
| How many do you think ? | Berapa ramai yang awak fikir ? |
6. Struktur : 'How many' + (objek1) + 'have' + (objek2)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek1) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan (objek2) tertentu.
Frasa 'how many have' bermakna berapa ramai mempunyai.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek1 : 'You, plural' - asalkan manusia.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa ramai') ujud pada masa sekarang.
| English | Melayu |
| How many students have pens ? | Berapa ramai pelajar yang mempunyai pen ? |
| How many students have drawing books ? | Berapa ramai pelajar yang mempunyai buku lukisan ? |
| How many students have pencils ? | Berapa ramai pelajar yang mempunyai pensil ? |
| How many students have erasers ? | Berapa ramai pelajar yang mempunyai pemadam ? |
| How many students have rulers ? | Berapa ramai pelajar yang mempunyai pembaris ? |
7. Struktur : 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur 'how many + (objek) + have + (past participle)' bermakna berapa ramai (yang) sudah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural' - asalkan manusia.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa ramai') dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Ia mengikut perkataan 'have' + 'past participle'.
| English | Melayu |
| How many people have visited ? | Berapa ramai orang (yang) sudah melawat ? |
| How many students have gone ? | Berapa ramai pelajar (yang) sudah pergi ? |
| How many teachers have come ? | Berapa ramai guru (yang) sudah datang ? |
| How many participants have presented ? | Berapa ramai peserta (yang) sudah membuat persembahan ? |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' boleh/biasa disenyapkan.
8. Struktur : 'How many' + (objek) + 'have' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many (objek) have' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur 'how many + (objek) + have + (past participe)' bermakna berapa banyak (objek) sudah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural' - asalkan manusia.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal yang ditanya itu ('berapa ramai') dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Ia mengikut perkataan 'have' + 'past participle'.
| English | Melayu |
| How many people have you met ? | Berapa ramai orang (yang) sudah awak temui ? |
| How many students have you told ? | Berapa ramaikah pelajar (yang) sudah awak beritahu ? |
| How many players have you coached ? | Berapa ramai pemain (yang) sudah awak latih ? |
| How many bad people have you caught ? | Berapa banyak penjenayah (yang) sudah awak tangkap ? |
| How many people have you surveyed ? | Berapa ramaikah penduduk (yang) sudah awak kaji ? |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' boleh/biasa disenyapkan.
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 1 | How many | - | Countable | - | Soalan |
| 2 | How many | 'How many' + 'is' + ('non-verb') | Singular + Countable | Present tense | Soalan |
| 3 | How many | 'How many' + (objek) + 'are' + ('non-verb') | Plural + Countable | Present tense | Soalan |
| 4 | How many | 'How many' + 'does' + (objek) + ('verb') | Singular + Countable | Present tense | Soalan |
| 5 | How many | 'How many' + 'do' + (objek) + ('verb') | Plural + Countable | Present tense | Soalan |
| 6 | How many | 'How many' + (objek) + 'have' + (objek) | Plural + Countable | Present tense | Soalan |
| 7 | How many | 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle') | Soalan | ||
| 8 | How many | 'How many' + (objek) + 'have' + (objek) + ('past participle') | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb