1. ‘Infinitive’ (Perkataan dasar bagi sesatu perbuatan).
2. ‘Verb’ (Perkataan dasar bagi perbuatan) dan 'non-verb' (perkataan bagi bukan perbuatan).
3. ‘Action Verb’ (Perkataan dasar bagi perbuatan beraksi) dan 'non-action verb' (perkataan bagi perbuatan bukan beraksi).
4. ‘Tense’ (Pembahagian masa).
5. ‘Singular’ (Bilangan = 1) dan ‘Plural’ (Bilangan > 1).
6. ‘Past participle’ (Menunjukkan 'tempoh' atau 'pasif').
7. ‘Present participle’ (Menunjukkan 'sedang' berlaku).
8. ‘Gerund’ (Nama perbuatan).
9. ‘Auxiliary/Helping verb’ (Perkataan pembantu).
10. 'Form' (bentuk).
'Infinitive'
‘Infinitive’ adalah perkataan dasar (asas) bagi perbuatan yang belum berlaku.
Dalam bahasa Inggeris, seperti juga dalam bahasa Melayu, terdapat perkataan-perkataan asas (dasar) bagi perbuatan ('verb'). Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar ini dipanggil 'infinitive'. Jadi, 'infinitive' adalah 'perkataan dasar' atau 'perkataan asas' bagi 'verb' (perbuatan).
Contoh :
| Melayu | English |
| Makan | Eat |
| Minum | Drink |
| Lompat | Jump |
| Lihat | See |
| Dengar | Hear |
| Ambil | Take |
| Cakap | Talk |
| Jalan | Walk |
| Dengar | Listen |
| Tulis | Write |
| Tendang | Kick |
| Lihat | See |
| Ajar | Teach |
| Simbah | Pour |
| Fikir | Think |
| Mula | Begin |
| Akhir | End |
Mengapa perkataan-perkataan itu dikenali sebagai perkataan dasar (asas) (bagi perbuatan) ?
Ini adalah kerana, dari perkataan asas itu boleh terbentuk perkataan-perkataan lain yang berkaitan langsung dengan perkataan dasar itu. Maksudnya, perkataan dasar itu menjadi asas kepada ujudnya perkataan-perkataan lain. Ataupun kita katakan, ada perkataan-perkataan (lain) yang ujudnya berasaskan kepada perkataan dasar itu.
Contohnya, dari perkataan dasar 'eat', boleh terbit perkataan-perkataan lain yang berkaitan seperti 'eats', 'eating', 'ate', 'eaten'.
Perkataan-perkataan lain boleh terbit dari ‘infinitive’ apabila sesuatu perbuatan benar-benar berlaku. Apabila sesuatu perbuatan benar-benar berlaku, boleh terbit perkataan-perkataan baru iaitu berlaku perubahan ejaan.
Perubahan ejaan kepada sesatu 'infinitive' boleh berlaku dalam 2 perkara ini :
1. Masa atau tempoh masa (‘tense’) berlakunya sesuatu perbuatan.
2. Bilangan objek yang melakukan perbuatan itu (samada ‘singular’ atau ‘plural’).
'Verb'
Contoh :
| Melayu | English |
| Makan | Eat |
| Minum | Drink |
| Lompat | Jump |
| Lihat | See |
| Dengar | Hear |
'Non-verb'
Contoh :
| Melayu | English |
| Tinggi | Tall |
| Rendah | Low |
| Dalam | Deep |
| Cetek | Shallow |
| Tinggi | High |
'Action Verb'
'Action verb' adalah perbuatan oleh anggota fisikal seperti tangan, kaki, dsb.
Contoh :
| Melayu | English |
| Makan | Eat |
| Minum | Drink |
| Lompat | Jump |
| Lihat | See |
| Dengar | Hear |
'Non-action Verb'
'Non-action verb' adalah perbuatan oleh anggota bukan fisikal seperti otak, perasaan, deria, dsb.
Contoh :
| Melayu | English |
| Fikir | Think |
| Agak | Guess |
| Timbangkan | Consider |
| Rasa | Feel |
| Percaya | Believe |
'Tense'
'Tense' adalah pembahagian masa.
Ada 16 'tense' (pembahagian masa) dalam bahasa Inggeris :
| No. | English | Melayu |
| 1 | Present tense | Sekarang |
| 2 | Present Continuous tense | Sedang berlaku sekarang |
| 3 | Present Perfect tense | Tempoh sekarang |
| 4 | Present Perfect Continuous tense | Sedang berlaku pada tempoh sekarang |
| 5 | Past tense | Dulu |
| 6 | Past Continuous tense | Sedang berlaku dulu |
| 7 | Past Perfect tense | Tempoh dahulu |
| 8 | Past Perfect Continuous tense | Sedang berlaku pada tempoh dahulu |
| 9 | Future tense for the present | Masa depan bagi masa sekarang |
| 10 | Future Continuous tense for the present | Sedang berlaku dimasa depan bagi masa sekarang |
| 11 | Future Perfect tense for the present | Tempoh masa depan bagi masa sekarang |
| 12 | Future Perfect Continuous tense for the present | Sedang berlaku ditempoh masa depan bagi masa sekarang |
| 13 | Future tense for the past | Masa depan bagi masa dahulu |
| 14 | Future Continuous tense for the past | Sedang berlaku dimasa depan bagi masa dahulu |
| 15 | Future Perfect tense for the past | Tempoh masa depan bagi masa dahulu |
| 16 | Future Perfect Continuous tense for the past | Sedang berlaku ditempoh masa depan bagi masa dahulu |
'Singular'
'Singular' bermaksud satu.
Contoh :
| Melayu | English |
| A girl | Seorang wanita |
| One girl | Seorang wanita |
| A car | Sebuah kereta |
| One car | Sebuah kereta |
| A house | Sebuah rumah |
| He | Dia |
| She | Dia |
| It | Ia |
| This | Ini |
| That | Itu |
'Plural'
'Plural' bermaksud lebih dari satu.
Contoh :
| Melayu | English |
| Girls | Para wanita |
| Cars | Kereta-kereta |
| Trees | Pokok-pokok |
| Houses | Rumah-rumah |
| Ministers | Menteri-menteri |
| I | Saya |
| You | Awak |
| We | Kami. Kita |
| They | Mereka |
| These | Ini |
| Those | Itu |
Perhatikan, terdapat kekecualian dalam bahasa Inggeris, iaitu 'I' dan 'You' dianggap 'plural' walaupun bilangannya satu.
'Past Participle'
'Past Participle' ialah satu sistem ejaan (dan sebutan) dimana ejaan 'kata dasar' ('infinitive') diubahsuai sedikit dalam 2 keadaan :
1. Ejaan bagi suatu perbuatan yang berlaku dalam satu tempoh.
2. Ejaan bagi suatu perbuatan yang dinyatakan dalam semua bentuk 'Passive' (pasif).
Contoh :
| Melayu (Kata Dasar) | English (infinitive) | English (past participle) |
| Jalan | Walk | Walked |
| Makan | Eat | Eaten |
| Lari | Run | Ran |
| Tidur | Sleep | Slept |
| Kerja | Work | Worked |
| Ajar | Teach | Taught |
| Pandu | Drive | Driven |
| Baca | Read | Read |
| Dengar | Listen | Listened |
| Minum | Drink | Drunk |
'Present Participle'
'Present Participle' ialah satu sistem ejaan dalam bahasa Inggerus dimana ejaan sesuatu 'action verb' (perbuatan beraksi) atau sesetengah 'non-action verb' ditambah dengan ing untuk menunjukkan perbuatan itu sedang berlaku (samada sedang berlaku sekarang atau sedang berlaku pada satu ketika dahulu) atau akan sedang berlaku pada masa depan bagi masa sekarang atau akan sedang berlaku pada masa depan bagi masa dahulu.
Jadi, 'present participle' digunakan dalam 'tense-tense' berikut :
'Present Continuous tense'.
'Present Perfect Continuous tense'.
'Past Continuous tense'.
'Past Perfect Continuous tense'.
'Future Continuous tense' ('for the present').
'Future Perfect Continuous tense' ('for the present').
'Future Continuous tense' ('for the past').
'Future Perfect Continuous tense' ('for the past').
Dalam penggunaan, sesatu perkataan 'present participle' itu tidak digunakan bersendirian, tapi disertakan bersama dengan salah satu perkataan 'helping verb/auxiliary verb' (perkataan pembantu) iaitu : 'am, is, are, was, were, has been, have been, had been, will be, will have been, would be' atau 'would have been', menjadikan :
'Present Continuous tense' : 'Am' + ('Present Participle') : am eating.
'Present Continuous tense' : 'Is' + ('Present Participle') : is eating.
'Present Continuous tense' : 'Are' + ('Present Participle') : are eating.
'Present Perfect Continuous tense' : 'Has been' + ('Present Participle') : has been eating.
'Present Perfect Continuous tense' : 'Have been' + ('Present Participle') : have been eating.
'Past Continuous tense' : 'Was' + ('Present Participle') : was eating.
'Past Continuous tense' : 'Were' + ('Present Participle') : were eating.
'Past Perfect Continuous tense' : 'Had been' + ('Present Participle') : had been eating.
'Future Continuous tense' ('for the present') : 'Will be' + ('Present Participle') : will be eating.
'Future Continuous tense' ('for the past') : 'Would be' + ('Present Participle') : would be eating.
'Future Perfect Continuous tense' ('for the present') : 'Will have been' + ('Present Participle') : will have been eating.
'Future Perfect Continuous tense' ('for the past') : 'Would have been' + ('Present Participle') : would have been eating.
'Gerund'
'Gerund' bermaksud nama perbuatan.
Biasanya, ejaan sesatu 'gerund' berakhir dengan 'ing'.
Contoh 'gerund' (Nama Perbuatan) :
| English (Infinitive) | English (gerund) | Melayu (nama perbuatan) |
| Swim | Swimming | Berenang |
| Teach | Teaching | Mengajar |
| Take | Taking | Mengambil |
| Sleep | Sleeping | Tidur |
| Eat | Eating | Makan |
Contoh ayat menggunakan 'gerund' (Nama Perbuatan) :
| English | Melayu | Catitan |
| Swimming is my favourite activity | Berenang adalah aktibiti kegemaran saya | Betul |
| Swim is my favourite activity | - | (Salah) - sebab 'swim' bukan 'gerund' |
| Teaching is his profession | Mengajar adalah kerjayanya | Betul |
| Teach is his profession | - | (Salah) - sebab 'teach' bukan 'gerund' |
| Blogging is her part-time job | Berblog adalah kerja sampingannya | Betul |
| Blog is her part-time job | - | (Salah) - sebab 'blog' adalah nama objek |
| Sleeping is important | Tidur adalah mustahak | Betul |
| Sleep is important | - | (Salah) - sebab 'sleep' bukan 'gerund' |
| Eating must be done slowly | Makan mesti dibuat perlahan-lahan | Betul |
| Eat must be done slowly | - | (Salah) - sebab 'eat' bukan 'gerund' |
| Drinking water is good | Minum air adalah bagus | Betul |
| Drink water is good | - | (Salah) |
| Walking is a good exercise | Berjalan adalah latihan yang bagus | Betul |
| Walk is a good exercise | - | (Salah) |
| Arranging tables in classroom is not difficult | Menyusun meja dalam kelas tidaklah susah | Betul |
| Arrange tables in classroom is not difficult | - | (Salah) |
| Throwing objects into the road is wrong | Membaling objek ke jalanraya adalah salah | Betul |
| Throw objects into the road is wrong | - | (Salah) |
| Standing for 10 minutes can make him faint | Berdiri selama 10 minit boleh membuat dia pengsan | Betul |
| Stand for 10 minutes can make him faint | - | (Salah) |
'Gerund' tidak didahului dengan perkataan-perkataan Inggeris ini : 'am', 'is', 'are', 'was', 'were', 'has been', 'have been', 'had been'. Perkataan yang didahului dengan perkataan-perkataan ini dinamakan 'present participle'.
'Auxiliary' atau 'Helping' Verb
'Auxiliary verb' atau 'helping verb' ialah perkataan-perkataan Inggeris dimana penggunaannya membantu dalam menerangkan sesatu 'tense'.
Perkataan-perkataan yang biasa adalah : 'am, is, are, was, were, be, been, being, do, does, did, have, has, had, may, can, must, might, shall, will, should, would, could'.