Showing posts with label Perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang perlu difahami terlebih dahulu. Show all posts
Showing posts with label Perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang perlu difahami terlebih dahulu. Show all posts

Friday, August 21, 2020

Perkataan-perkataan (istilah-istilah) awal yang perlu difahami

Perkataan-perkataan Inggeris yang perlu difahami pada awalnya :

1. ‘Infinitive’ (Perkataan dasar bagi sesatu perbuatan).
2. ‘Verb’ (Perkataan dasar bagi perbuatan) dan 'non-verb' (perkataan bagi bukan perbuatan).
3. ‘Action Verb’ (Perkataan dasar bagi perbuatan beraksi) dan 'non-action verb' (perkataan bagi perbuatan bukan beraksi).
4. ‘Tense’ (Pembahagian masa).
5. ‘Singular’ (Bilangan = 1) dan ‘Plural’ (Bilangan > 1).
6. ‘Past participle’ (Menunjukkan 'tempoh' atau 'pasif').
7. ‘Present participle’ (Menunjukkan 'sedang' berlaku).
8. ‘Gerund’ (Nama perbuatan).
9. ‘Auxiliary/Helping verb’ (Perkataan pembantu).
10. 'Form' (bentuk).



'Infinitive'

Infinitive’ adalah perkataan dasar (asas) bagi perbuatan yang belum berlaku.

Dalam bahasa Inggeris, seperti juga dalam bahasa Melayu, terdapat perkataan-perkataan asas (dasar) bagi perbuatan ('verb'). Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar ini dipanggil 'infinitive'. Jadi, 'infinitive' adalah 'perkataan dasar' atau 'perkataan asas' bagi 'verb' (perbuatan).

Contoh :

MelayuEnglish
MakanEat
MinumDrink
LompatJump
LihatSee
DengarHear
AmbilTake
CakapTalk
JalanWalk
DengarListen
TulisWrite
TendangKick
LihatSee
AjarTeach
SimbahPour
FikirThink
MulaBegin
AkhirEnd

Mengapa perkataan-perkataan itu dikenali sebagai perkataan dasar (asas) (bagi perbuatan) ?

Ini adalah kerana, dari perkataan asas itu boleh terbentuk perkataan-perkataan lain yang berkaitan langsung dengan perkataan dasar itu. Maksudnya, perkataan dasar itu menjadi asas kepada ujudnya perkataan-perkataan lain. Ataupun kita katakan, ada perkataan-perkataan (lain) yang ujudnya berasaskan kepada perkataan dasar itu.

Contohnya, dari perkataan dasar 'eat', boleh terbit perkataan-perkataan lain yang berkaitan seperti 'eats', 'eating', 'ate', 'eaten'.

Perkataan-perkataan lain boleh terbit dari ‘infinitive’ apabila sesuatu perbuatan benar-benar berlaku. Apabila sesuatu perbuatan benar-benar berlaku, boleh terbit perkataan-perkataan baru iaitu berlaku perubahan ejaan.

Perubahan ejaan kepada sesatu 'infinitive' boleh berlaku dalam 2 perkara ini :

1. Masa atau tempoh masa (‘tense’) berlakunya sesuatu perbuatan.
2. Bilangan objek yang melakukan perbuatan itu (samada ‘singular’ atau ‘plural’).

'Verb'

Contoh :

MelayuEnglish
MakanEat
MinumDrink
LompatJump
LihatSee
DengarHear

'Non-verb'

Contoh :

MelayuEnglish
TinggiTall
RendahLow
DalamDeep
CetekShallow
TinggiHigh

'Action Verb'

'Action verb' adalah perbuatan oleh anggota fisikal seperti tangan, kaki, dsb.

Contoh :

MelayuEnglish
MakanEat
MinumDrink
LompatJump
LihatSee
DengarHear

'Non-action Verb'

'Non-action verb' adalah perbuatan oleh anggota bukan fisikal seperti otak, perasaan, deria, dsb.

Contoh :

MelayuEnglish
FikirThink
AgakGuess
TimbangkanConsider
RasaFeel
PercayaBelieve

'Tense'

'Tense' adalah pembahagian masa.

Ada 16 'tense' (pembahagian masa) dalam bahasa Inggeris :

No.EnglishMelayu
1Present tenseSekarang
2Present Continuous tenseSedang berlaku sekarang
3Present Perfect tenseTempoh sekarang
4Present Perfect Continuous tenseSedang berlaku pada tempoh sekarang
5Past tenseDulu
6Past Continuous tenseSedang berlaku dulu
7Past Perfect tenseTempoh dahulu
8Past Perfect Continuous tenseSedang berlaku pada tempoh dahulu
9Future tense for the presentMasa depan bagi masa sekarang
10Future Continuous tense for the presentSedang berlaku dimasa depan bagi masa sekarang
11Future Perfect tense for the presentTempoh masa depan bagi masa sekarang
12Future Perfect Continuous tense for the presentSedang berlaku ditempoh masa depan bagi masa sekarang
13Future tense for the pastMasa depan bagi masa dahulu
14Future Continuous tense for the pastSedang berlaku dimasa depan bagi masa dahulu
15Future Perfect tense for the pastTempoh masa depan bagi masa dahulu
16Future Perfect Continuous tense for the pastSedang berlaku ditempoh masa depan bagi masa dahulu

'Singular'

'Singular' bermaksud satu.

Contoh :

MelayuEnglish
A girlSeorang wanita
One girlSeorang wanita
A carSebuah kereta
One carSebuah kereta
A houseSebuah rumah
HeDia
SheDia
ItIa
ThisIni
ThatItu

'Plural'

'Plural' bermaksud lebih dari satu.

Contoh :

MelayuEnglish
GirlsPara wanita
CarsKereta-kereta
TreesPokok-pokok
HousesRumah-rumah
MinistersMenteri-menteri
ISaya
YouAwak
WeKami. Kita
TheyMereka
TheseIni
ThoseItu

Perhatikan, terdapat kekecualian dalam bahasa Inggeris, iaitu 'I' dan 'You' dianggap 'plural' walaupun bilangannya satu.

'Past Participle'

'Past Participle' ialah satu sistem ejaan (dan sebutan) dimana ejaan 'kata dasar' ('infinitive') diubahsuai sedikit dalam 2 keadaan :

1. Ejaan bagi suatu perbuatan yang berlaku dalam satu tempoh.
2. Ejaan bagi suatu perbuatan yang dinyatakan dalam semua bentuk 'Passive' (pasif).

Contoh :

Melayu
(Kata Dasar)
English
(infinitive)
English
(past participle)
JalanWalkWalked
MakanEatEaten
LariRunRan
TidurSleepSlept
KerjaWorkWorked
AjarTeachTaught
PanduDriveDriven
BacaReadRead
DengarListenListened
MinumDrinkDrunk

'Present Participle'

'Present Participle' ialah satu sistem ejaan dalam bahasa Inggerus dimana ejaan sesuatu 'action verb' (perbuatan beraksi) atau sesetengah 'non-action verb' ditambah dengan ing untuk menunjukkan perbuatan itu sedang berlaku (samada sedang berlaku sekarang atau sedang berlaku pada satu ketika dahulu) atau akan sedang berlaku pada masa depan bagi masa sekarang atau akan sedang berlaku pada masa depan bagi masa dahulu.

Jadi, 'present participle' digunakan dalam 'tense-tense' berikut :

'Present Continuous tense'.
'Present Perfect Continuous tense'.
'Past Continuous tense'.
'Past Perfect Continuous tense'.
'Future Continuous tense' ('for the present').
'Future Perfect Continuous tense' ('for the present').
'Future Continuous tense' ('for the past').
'Future Perfect Continuous tense' ('for the past').

Dalam penggunaan, sesatu perkataan 'present participle' itu tidak digunakan bersendirian, tapi disertakan bersama dengan salah satu perkataan 'helping verb/auxiliary verb' (perkataan pembantu) iaitu : 'am, is, are, was, were, has been, have been, had been, will be, will have been, would be' atau 'would have been', menjadikan :

'Present Continuous tense' : 'Am' + ('Present Participle') : am eating.
'Present Continuous tense' : 'Is' + ('Present Participle') : is eating.
'Present Continuous tense' : 'Are' + ('Present Participle') : are eating.
'Present Perfect Continuous tense' : 'Has been' + ('Present Participle') : has been eating.
'Present Perfect Continuous tense' : 'Have been' + ('Present Participle') : have been eating.
'Past Continuous tense' : 'Was' + ('Present Participle') : was eating.
'Past Continuous tense' : 'Were' + ('Present Participle') : were eating.
'Past Perfect Continuous tense' : 'Had been' + ('Present Participle') : had been eating.
'Future Continuous tense' ('for the present') : 'Will be' + ('Present Participle') : will be eating.
'Future Continuous tense' ('for the past') : 'Would be' + ('Present Participle') : would be eating.
'Future Perfect Continuous tense' ('for the present') : 'Will have been' + ('Present Participle') : will have been eating.
'Future Perfect Continuous tense' ('for the past') : 'Would have been' + ('Present Participle') : would have been eating.

'Gerund'

'Gerund' bermaksud nama perbuatan.

Biasanya, ejaan sesatu 'gerund' berakhir dengan 'ing'.

Contoh 'gerund' (Nama Perbuatan) :

English (Infinitive)English (gerund)Melayu (nama perbuatan)
SwimSwimmingBerenang
TeachTeachingMengajar
TakeTakingMengambil
SleepSleepingTidur
EatEatingMakan

Contoh ayat menggunakan 'gerund' (Nama Perbuatan) :

EnglishMelayuCatitan
Swimming is my favourite activityBerenang adalah aktibiti kegemaran sayaBetul
Swim is my favourite activity - (Salah) - sebab 'swim' bukan 'gerund'
Teaching is his professionMengajar adalah kerjayanyaBetul
Teach is his profession - (Salah) - sebab 'teach' bukan 'gerund'
Blogging is her part-time jobBerblog adalah kerja sampingannyaBetul
Blog is her part-time job - (Salah) - sebab 'blog' adalah nama objek
Sleeping is importantTidur adalah mustahakBetul
Sleep is important - (Salah) - sebab 'sleep' bukan 'gerund'
Eating must be done slowlyMakan mesti dibuat perlahan-lahanBetul
Eat must be done slowly - (Salah) - sebab 'eat' bukan 'gerund'
Drinking water is goodMinum air adalah bagusBetul
Drink water is good - (Salah)
Walking is a good exerciseBerjalan adalah latihan yang bagusBetul
Walk is a good exercise - (Salah)
Arranging tables in classroom is not difficultMenyusun meja dalam kelas tidaklah susahBetul
Arrange tables in classroom is not difficult - (Salah)
Throwing objects into the road is wrongMembaling objek ke jalanraya adalah salahBetul
Throw objects into the road is wrong - (Salah)
Standing for 10 minutes can make him faintBerdiri selama 10 minit boleh membuat dia pengsanBetul
Stand for 10 minutes can make him faint - (Salah)

'Gerund' tidak didahului dengan perkataan-perkataan Inggeris ini : 'am', 'is', 'are', 'was', 'were', 'has been', 'have been', 'had been'. Perkataan yang didahului dengan perkataan-perkataan ini dinamakan 'present participle'.

'Auxiliary' atau 'Helping' Verb

'Auxiliary verb' atau 'helping verb' ialah perkataan-perkataan Inggeris dimana penggunaannya membantu dalam menerangkan sesatu 'tense'.

Perkataan-perkataan yang biasa adalah : 'am, is, are, was, were, be, been, being, do, does, did, have, has, had, may, can, must, might, shall, will, should, would, could'.

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...