Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang)
Bertanya
'apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang) dimaksudkan bertanya
'apa yang (objek) sedang (buat)' dimana hal perbuatan yang ditanya itu diagakkan
sedang berlaku pada masa
sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, masa ('
tense') dimana perbuatan
sedang berlaku pada masa sekarang ialah
'present continuous tense'.
Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu sedang berlaku.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya
apa yang menggunakan struktur
'what' + 'am/is/are' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang ('present continuous tense').
Ada beberapa perkataan atau frasa dimana
'what' digunakan (bagi masa sekarang) :
'What am'.
'What is'.
'What are'.
Antara
struktur dimana
'what' digunakan bagi bertanya '
apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang) ialah :
1.
'What' + 'am' + (objek) + ('present participle').
2.
'What' + 'is' + (objek) + ('present Participle').
3.
'What' + 'is' + ('present participle').
4.
'What' + 'are' + (objek) + ('present Participle').
Perkataan
'am' digunakan jika objek ialah
'I'.
Perkataan
'is' digunakan jika objek ialah
'singular'.
Perkataan
'are' digunakan jika objek ialah
'you, plural'.
Ketiga-tiga perkataan
'am', 'is', 'are' menunjukkan masa
'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika salah satu perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah
'present tense' (masa sekarang).
Perkataan
'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal
sedang berlaku.
Perkataan
'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari
'verb'.
Jadi, kombinasi
'am' + ... + ('present participle'),
'is' + ... + ('present participle') dan
'are' + ... + ('present participle') menunjukkan masa
'present continuous tense' (sedang berlaku pada masa sekarang).
'Present participle' adalah '
verb' yang dikombinasikan dengan 'am/is/are/was/were' dan ejaan 'verb' itu diakhiri dengan '
ing'.
Ada beberapa cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle' (tapi cara-cara itu tidak ditunjukkan dalam bab ini).
1.
Struktur : 'What' + 'am' + (objek) + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'am' diikuti dengan
('objek') tertentu diikuti dengan
('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'I' (Digunakan bagi objek
'I' sahaja. Apabila terdapat perkataan 'am', maka objeknya ialah 'I').
2. Masa :
'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - hal yang ditanya itu sedang berlaku sekarang).
3.
'Verb' (perbuatan) - semua
'action verb' dan beberapa
'non-action verb'.
Contoh :
| English (infinitive) | Melayu | English | Melayu |
| Do | Buat | What am I doing ? | Apa (yang) saya sedang buat ni ? |
| Use | Guna | What am I using ? | Apa (yang) saya sedang gunakan ni ? |
| Look | Lihat | What am I looking ? | Apa (yang) saya sedang lihat ni ? |
| See | Nampak | What am I seeing ? | Apa (yang) saya sedang nampak ni ? |
| Listen | Dengar | What am I listening ? | Apa (yang) saya sedang dengar ni ? |
| Purchase | Beli | What am I purchasing ? | Apa (yang) saya sedang beli ni ? |
Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'I'.
- Apabila perkataan 'am' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan
sedang berlaku.
- Dalam Bahasa Melayu, perkataan '
yang' dalam contoh di atas biasa/boleh disenyapkan.
2.
Struktur : 'What' + 'is' + (objek) + ('Present Participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'is' diikuti dengan
'objek' tertentu diikuti dengan
'Present Participle' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'He, she, it, this, that' dan lain-lain
'singular'.
2. Masa :
'Present Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu sedang berlaku).
3.
'Verb' (perbuatan) - semua
'action verb' dan beberapa
'non-action verb'.
Contoh :
| English - inginitive | Melayu | English | Melayu |
| Do | Buat | What is he doing ? | Apa (yang) dia sedang buat ? |
| Do | Buat | What is she doing with your data ? | Apa (yang) dia sedang lakukan dengan data anda ? |
| Hide | Sembunyi | What is she hiding ? | Apa (yang) dia sedang sembunyikan ? |
| Wash | Cuci | What is she washing ? | Apa (yang) dia sedang basuh ? |
| Post | Pos | What is he posting ? | Apa (yang) dia sedang poskan ? |
Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'singular'.
- Perkataan Melayu dalam kurungan '(yang)' biasanya/boleh disenyapkan.
- Apabila perkataan 'is' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan
sedang berlaku.
4.
Struktur : 'What' + 'are' + (objek) + ('Present Participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'are' diikuti dengan
(objek) tertentu diikuti dengan
'Present Participle' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'You, we, they, these, those' dan lain-lain
'plural'.
2. Masa :
'Present Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku).
3.
'Verb' (perbuatan) - semua
'action verb' dan beberapa
'non-action verb'.
Contoh :
| English (infinitive) | Melayu (Kata dasar) | English | Melayu |
| Do | Buat | What are you doing ? | Apa (yang) awak sedang buat ? |
| Think | Fikir | What are you thinking ? | Apa (yang) awak sedang fikirkan ? |
| Dream | Mimpi | What are you dreaming ? | Apa (yang) awak sedang mimpikan ? |
| Do | Buat | What are they doing ? | Apa (yang) mereka sedang buat ? |
| Think | Fikir | What are we thinking ? | Apa (yang) kita sedang fikirkan ? |
Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'you, plural'.
- Apabila perkataan 'are' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan
sedang berlaku.
- Perkataan Melayu dalam kurungan '(yang)' biasanya/boleh disenyapkan.