Sunday, June 14, 2020

8. Bertanya 'apa (yang) (buat)' (sekarang)

Bertanya 'apa (yang) (buat)' (sekarang)

Bertanya apa (yang) (buat) (sekarang) bermaksud bertanya apa (yang) (buat) dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang ('present tense').

Dalam bahasa Inggeris, struktur yang digunakan ialah : 'What' + ('verb').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti dengan ('verb') tertentu.

English (infinitive)EnglishMelayu
StopWhat stops you from proceeding ?Apa yang menghalang awak dari meneruskan ?
MakeWhat makes him happy ?Apa yang membuat dia suka ?
WorkWhat works for you ?Apa yang sesuai dengan awak ?
HappenWhat happens to undelivered post without complete address ?Apa yang berlaku kepada surat yang tidak dapat dihantar disebabkan tiada alamat lengkap ?
DoWhat do you do ?Apa yang awak buat sekarang ?

Catitan :

- Perhatikan ada tambahan huruf 's' pada 'verb' selepas perkataan 'what'.

9. Bertanya 'apa (yang)' (dulu)

Bertanya 'apa (yang)' (dulu)

Bertanya apa (yang) (dulu) bermaksud bertanya apa (yang) dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas ('past tense').

Dalam bahasa Inggeris, struktur yang digunakan ialah : 'What' + ('verb').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti dengan ('verb') tertentu.

Dalam struktur ini, dan dalam masa 'past tense', 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'past tense''

Worked
English (infinitive)English (Past tense)EnglishMelayu
StopStoppedWhat stopped you from proceeding ?Apa yang menghalang awak dari meneruskan ?
MakeMadeWhat made him happy ?Apa yang membuat dia suka ?
WorkWhat worked for you ?Apa yang sesuai dengan awak ?
HappenHappenedWhat happened to the undelivered letter without complete address ?Apa berlaku kepada surat yang tidak dapat dihantar disebabkan tiada alamat lengkap ?
CauseCausedWhat caused you to be angry ?Apa yang buat awak marah ?

Catitan :

- Walaupun jika tiada masa dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan 'did' digunakan, ini menunjukkan hal yang ditanya itu dianggap berlaku pada masa lepas.

- Perkataan 'past tense' tertentu boleh diganti dengan kombinasi perkataan 'did' + (infinitive).

Contohnya :

Worked
English (infinitive)English (Past tense)EnglishMelayu
StopStoppedWhat did stop you from proceeding ?Apa yang menghalang awak dari meneruskan ?
MakeMadeWhat did make him happy ?Apa yang membuat dia suka ?
WorkWhat did work for you ?Apa yang sesuai dengan awak ?
HappenHappenedWhat did happen to the undelivered letter without complete address ?Apa berlaku kepada surat yang tidak dapat dihantar disebabkan tiada alamat lengkap ?
CauseCausedWhat did cause you to be angry ?Apa yang buat awak marah ?



10. Bertanya 'apa (objek)'

Bertanya 'apa (objek)

Bertanya 'apa (objek)' bermaksud bertanya 'apa' diikuti dengan (objek) tertentu.

Dalam bahasa Inggeris, strukturnya ialah :

'What' + (objek).

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti dengan (objek) tertentu.



EnglishMelayu
What chance ?Apa peluang ?
Apa kemungkinan ?
What chance a general strike in Malaysia ?Apa kemungkinan mogok umum di Malaysia ?
What likelihood ?Apakah kemungkinan ?
What likelihood the general election will be held in 3 months time ?Apakah kemungkinan pilihanraya umum akan diadakan dalam masa 3 bulan dari sekarang ?
What prospect ?Apa masa depan ?
What prospect for the industry ?Apa masa depan bagi industri itu ?
What hope ?Apa harapan ?
What hope he has ?Apa harapan yang dia ada ?
What danger ?Apa bahaya ?
What danger lie ahead ?Apa bahaya di depan ?

Catitan :

- Perhatikan tiada tambahan huruf 's' pada 'non-verb' selepas perkataan 'what'.
- Objek adalah sejenis 'non-verb' juga.

11. Bertanya '(objek) apa'

Bertanya 'apa (objek)'

Bertanya 'apa (objek)' bermaksud bertanya apa (objek).

Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa (objek) ialah 'what' (objek).

Struktur yang digunakan ialah :

'What' + (objek).

Struktur ini berbentuk berikut : Perkataan 'what' diikuti dengan (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua - 'He, she, it, this, that, we, they, you, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : Tidak berkenaan.

EnglishMelayu
What movie ?Wayang apa ?
What movie you watched yesterday ?Wayang apa awak tonton semalam ?
What animal ?Binatang apa ?
What animal you hit just now ?Binatang apa awak langgar tadi ?
What surgery ?Pembedahan apa ?
What surgery you had last month ?Pembedahan apa awak jalani bulan lepas ?
What book ?Buku apa ?
What book you are reading ?Buku apa awak sedang baca ?
What vehicle ?Kenderaan apa ?
What vehicle you want to buy ?Kenderaan apa awak mahu beli ?

Saturday, June 13, 2020

12. Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang)

Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang)

Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang) dimaksudkan bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' dimana hal perbuatan yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang.


Dalam bahasa Inggeris, masa ('tense') dimana perbuatan sedang berlaku pada masa sekarang ialah 'present continuous tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu sedang berlaku.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa yang menggunakan struktur 'what' + 'am/is/are' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang ('present continuous tense').

Ada beberapa perkataan atau frasa dimana 'what' digunakan (bagi masa sekarang) :

'What am'.
'What is'.
'What are'.

Antara struktur dimana 'what' digunakan bagi bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (sekarang) ialah :

1. 'What' + 'am' + (objek) + ('present participle').
2. 'What' + 'is' + (objek) + ('present Participle').
3. 'What' + 'is' + ('present participle').
4. 'What' + 'are' + (objek) + ('present Participle').

Perkataan 'am' digunakan jika objek ialah 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.

Ketiga-tiga perkataan 'am', 'is', 'are' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika salah satu perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'present tense' (masa sekarang).

Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.

Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Jadi, kombinasi 'am' + ... + ('present participle'), 'is' + ... + ('present participle') dan 'are' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'present continuous tense' (sedang berlaku pada masa sekarang).

'Present participle' adalah 'verb' yang dikombinasikan dengan 'am/is/are/was/were' dan ejaan 'verb' itu diakhiri dengan 'ing'.

Ada beberapa cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle' (tapi cara-cara itu tidak ditunjukkan dalam bab ini).


1. Struktur : 'What' + 'am' + (objek) + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan ('objek') tertentu diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' (Digunakan bagi objek 'I' sahaja. Apabila terdapat perkataan 'am', maka objeknya ialah 'I').
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang - hal yang ditanya itu sedang berlaku sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)MelayuEnglishMelayu
DoBuatWhat am I doing ?Apa (yang) saya sedang buat ni ?
UseGunaWhat am I using ?Apa (yang) saya sedang gunakan ni ?
LookLihatWhat am I looking ?Apa (yang) saya sedang lihat ni ?
SeeNampakWhat am I seeing ?Apa (yang) saya sedang nampak ni ?
ListenDengarWhat am I listening ?Apa (yang) saya sedang dengar ni ?
PurchaseBeliWhat am I purchasing ?Apa (yang) saya sedang beli ni ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'I'.
- Apabila perkataan 'am' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku.
- Dalam Bahasa Melayu, perkataan 'yang' dalam contoh di atas biasa/boleh disenyapkan.

2. Struktur : 'What' + 'is' + (objek) + ('Present Participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan 'objek' tertentu diikuti dengan 'Present Participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu sedang berlaku).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English - inginitiveMelayuEnglishMelayu
DoBuatWhat is he doing ?Apa (yang) dia sedang buat ?
DoBuatWhat is she doing with your data ?Apa (yang) dia sedang lakukan dengan data anda ?
HideSembunyiWhat is she hiding ?Apa (yang) dia sedang sembunyikan ?
WashCuciWhat is she washing ?Apa (yang) dia sedang basuh ?
PostPosWhat is he posting ?Apa (yang) dia sedang poskan ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'singular'.
- Perkataan Melayu dalam kurungan '(yang)' biasanya/boleh disenyapkan.
- Apabila perkataan 'is' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku.

4. Struktur : 'What' + 'are' + (objek) + ('Present Participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan 'Present Participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (Kata dasar)EnglishMelayu
DoBuatWhat are you doing ?Apa (yang) awak sedang buat ?
ThinkFikirWhat are you thinking ?Apa (yang) awak sedang fikirkan ?
DreamMimpiWhat are you dreaming ?Apa (yang) awak sedang mimpikan ?
DoBuatWhat are they doing ?Apa (yang) mereka sedang buat ?
ThinkFikirWhat are we thinking ?Apa (yang) kita sedang fikirkan ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'you, plural'.
- Apabila perkataan 'are' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku.
- Perkataan Melayu dalam kurungan '(yang)' biasanya/boleh disenyapkan.

13. Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (dulu)

Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (dulu)

Bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa yang (objek) sedang (buat)' dimana hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa dahulu.

Masa yang sepadan dalam bahasa Inggeris ialah 'past continuous tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') bagi hal yang ditanya itu.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa yang ialah 'what'.

Ada beberapa perkataan atau frasa dimana 'what' digunakan bagi hal yang berlaku pada masa dahulu ('past tense') :

'What was'.
'What were'.

Antara struktur-struktur dimana 'what' digunakan bagi hal yang sedang berlaku pada masa lalu ('past continuous tense') ialah :

1. 'What' + 'was' + (objek) + ('present participle').
2. 'What' + 'were' + (objek) + ('present participle').


Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.

Kedua-dua perkataan 'was', 'were' menunjukkan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika salah satu perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'past tense' (masa lepas).

Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.

Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Jadi, kombinasi 'was' + ... + ('present participle') dan 'were' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'past continuous tense' (sedang berlaku pada masa lepas).



1. Struktur : 'What' + 'was' + (objek) + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' - (sedang berlaku pada satu ketika dahulu. Hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku pada satu ketika pada masa lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) : semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
DoBuatWhat was he doing when you arrived ?Apa dia sedang buat bila awak sampai ?
WearPakaiWhat was she wearing ?Apa yang dia sedang pakai ?
ThinkFikirWhat was the police officer thinking ?Apa yang pegawai Polis itu sedang fikirkan ?
InspectPeriksaWhat was the custom officer inspecting ?Apa yang pegawai kastam itu sedang periksa ?
Look forCariWhat was he looking for ?Apa yang dia sedang cari ?
LookLihatWhat was he looking ?Apa yang dia sedang lihat ?

Catitan :
- Apabila 'was' digunakan, objeknya ialah 'I, singular'.
- Walaupun masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika ('present participle') digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada 'verb' yang sedang berlaku pada satu ketika pada masa lepas.
- 'Present participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' sering/boleh disenyapkan.
- Ada cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle'.

2. Struktur : 'What' + 'were' + (objek) + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (dahulu - hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) : semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
ThinkFikirWhat were they thinking ?Apa mereka (sedang) fikirkan ?
ThinkFikirWhat were they thinking at that time ?Apa mereka (sedang) fikirkan pada masa itu ?
DoBuatWhat were they doing when you arrived ?Apa mereka (sedang) buat semasa awak sampai ?
WaitTungguWhat were you doing while waiting for him ?Apa yang awak (sedang) lakukan sementara menunggu dia ?
UseGunaWhat were they using Ali's blood for ?Apakah yang mereka (sedang) lakukan keatas darah Ali ?
ThinkFikirWhat were the players thinking about the new coach ?Apa yang para pemain (sedang) fikirkan tentang jurulatih baru itu ?

Catitan :
- Jika 'were' digunakan, objeknya ialah 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
- Walaupun masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika kombinasi 'were' + ('present participle') digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada 'verb' yang sedang berlaku pada satu ketika dulu.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' sering/boleh disenyapkan.
- 'Present participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Ada cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle'.

Perhatian :

Struktur ini juga digunakan apabila bertanya samada sesuatu perkara itu ada berlaku semasa hal lain sedang berlaku.

Contoh :

EnglishMelayu
What were you doing while you were waiting ?Apa awak sedang buat ketika awak sedang menunggu ?
What were you doing when the earthquake started ?Apa awak sedang buat ketika gempa bermula ?
A: What were you doing when you broke your leg ?
B: I was snowboarding
A: Apa awak sedang buat bila awak patah kaki ?
B: Saya sedang main ski


14. Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang)

Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang)

Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang) dimaksudkan bertanya 'apa yang sedang berlaku' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang.


Dalam bahasa Inggeris, masa ('tense') dimana kejadian sedang berlaku pada masa sekarang ialah 'present continuous tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu sedang berlaku.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa yang menggunakan struktur 'what' + 'is' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa sekarang ('present continuous tense').

Berikut ialah frasa dimana 'what' digunakan (bagi masa sekarang) :

'What is'.

Antara struktur dimana 'what' digunakan bagi bertanya 'apa yang sedang berlaku' (sekarang) ialah :

1. 'What' + 'is' + ('present participle').


Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular'.

Perkataan 'is' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).

Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'present tense' (masa sekarang).

Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.

Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Jadi, kombinasi 'is' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'present continuous tense' (sedang berlaku pada masa sekarang).

'Present participle' adalah 'verb' yang dikombinasikan dengan 'am/is/are/was/were' dan ejaan 'verb' itu diakhiri dengan 'ing'.

Ada beberapa cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle' (tapi cara-cara itu tidak ditunjukkan dalam bab ini).



1. Struktur : 'What' + 'is' + ('Present Participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu sedang berlaku).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (Kata dasar)EnglishMelayu
HappenBerlakuWhat is happening ?Apa (yang) sedang berlaku ?
Go onBerlakuWhat is going on ?Apa (yang) sedang berlaku ?
UseGunaWhat is using your computer memory ?Apa yang sedang mempergunakan memori komputer anda ?
RunLariWhat is running in your system ?Apa yang sedang berjalan dalam sistem anda ?
UseGunaWhat is using port 80 ?Apa yang sedang menggunakan port 80 ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present Continuous tense' bagi objek 'singular'.
- Perkataan Melayu dalam kurungan ('yang') ialah perkataan yang biasanya/boleh disenyapkan.
- Apabila perkataan 'is' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku.

Friday, June 12, 2020

15. Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (dulu)

Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (dulu)

Bertanya 'apa yang sedang berlaku' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa yang sedang berlaku' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa dulu.


Dalam bahasa Inggeris, masa ('tense') dimana kejadian sedang berlaku pada masa dulu ialah 'past continuous tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu sedang berlaku, supaya pengguna dapat menggunakan 'tense' yang sesuai.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa yang menggunakan struktur 'what' + 'was' dimana hal yang ditanya itu diagakkan sedang berlaku pada masa dulu ('past continuous tense').

Berikut ialah frasa dimana 'what' digunakan (bagi masa dulu) :

'What was'.

Antara struktur dimana 'what' digunakan bagi bertanya 'apa yang sedang berlaku' (dulu) ialah :

1. 'What' + 'was' + ('present participle').

Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'singular'.

Perkataan 'was' menunjukkan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan itu digunakan, maka ia menunjukkan masa hal ialah 'past tense' (masa dulu).

Perkataan 'present participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan hal sedang berlaku.

Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Jadi, kombinasi 'was' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'past continuous tense' (sedang berlaku pada masa dulu).

'Present participle' adalah 'verb' yang dikombinasikan dengan 'am/is/are/was/were' dan ejaan 'verb' itu diakhiri dengan 'ing'.

Ada beberapa cara tertentu untuk menambah 'ing' kepada 'infinitive' menjadi 'present participle' (tapi cara-cara itu tidak ditunjukkan dalam bab ini).



1. Struktur : 'What' + 'was' + ('Present Participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (sedang berlaku - hal yang ditanya itu sedang berlaku pada satu ketika dulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Contoh :

English (infinitive)Melayu (Kata dasar)EnglishMelayu
HappenBerlakuWhat was happening ?Apa (yang) sedang berlaku ?
Go onPergiWhat was going on ?Apa (yang) sedang berlaku ?
UseGunaWhat was using your computer memory ?Apa yang sedang mempergunakan memori komputer anda ?
RunLariWhat was running in your system ?Apa yang sedang berjalan dalam sistem anda ?
UseGunaWhat was using port 80 ?Apa yang sedang menggunakan port 80 ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Past Continuous tense' bagi objek 'singular'.
- Perkataan Melayu dalam kurungan ('yang') ialah perkataan yang biasanya/boleh disenyapkan.
- Apabila perkataan 'was' dikombinasikan dengan satu 'present participle', bererti satu perbuatan sedang berlaku (pada datu masa dahulu).

Thursday, June 11, 2020

16. Bertanya 'apa akan' (sekarang)

Bertanya 'apa akan', 'apakah akan' (sekarang)

Bertanya 'apa akan', 'apakah akan' (sekarang) dimaksudkan bertanya 'apa akan' atau 'apakah akan' dimana hal yang ditanya itu dijangka akan ujud pada masa depan dari sekarang ('future tense for the present').

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') ujudnya hal yang ditanya itu supaya dapat menggunakan 'tense' yang sesuai.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa akan atau apakah akan (masa depan dari sekarang) ialah 'what will'.

Berikut ialah perkataan dimana 'what will' digunakan :

'What will'.

Struktur-struktur dimana 'what will' digunakan ialah :

1. 'What' + 'will' + (objek) + ('verb').
2. 'What' + 'will' + ('verb').

Biasanya struktur pertanyaan ini adalah bagi masa 'future tense' (for the present)' (masa depan dari sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan 'will' digunakan, ini menunjukkan hal masa depan bagi masa sekarang.

Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).



1. Struktur : 'What' + 'will' + (objek) + ('verb')

Struktur ini bermaksud begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'will' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

'What will' bermakna apa yang akan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Future tense - for the present' (masa depan bagi masa sekarang- hal yang ditanya itu akan berlaku pada masa depan dari masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What will my baby look like ?Apa agaknya rupa bayi saya nanti ?
What will he say ?Apa (yang) akan dia kata ?
What will they learn ?Apa (yang) akan mereka belajar ?
What will we call it ?Apa (yang) akan kita panggilnya ?
What will it mean ?Apa (yang) akan dimaksudkan ?
What will it take to restore peace ?Apa yang perlu untuk mengembalikan keamanan ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' biasa/boleh disenyapkan.

2. Struktur : 'What' + 'will' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'will' diikuti ('verb') tertentu.

'What will' bermakna apa yang akan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Future tense - for the present' (masa depan bagi masa sekarang - hal yang ditanya itu disangka akan berlaku pada masa depan dari sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What will happen ?Apa (yang) akan berlaku ?
What will happen if the process continue ?Apa (yang) akan berlaku jika proses berterusan ?
What will ensure you ?Apa (yang) akan meyakinkan anda ?
What will ensure you that he will come?Apa (yang) akan meyakinkan anda bahawa dia akan datang ?
What will become of it ?Apa (yang) akan terjadi padanya ?
What will control it ?Apa (yang) akan mengawalnya ?
What will burn it ?Apa yang akan membakarnya ?
What will change everything ?Apa yang akan mengubah segalanya ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' adalah biasa/boleh disenyapkan.

17. Bertanya 'apa akan' (dulu)

Bertanya 'apa akan', 'apakah akan' (dulu)

Bertanya 'apa akan', 'apakah akan' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa akan' atau 'apakah akan' dimana hal yang ditanya itu dijangka akan ujud pada masa depan bagi masa dulu ('future tense for the past').

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') ujudnya hal yang ditanya itu supaya dapat menggunakan 'tense' yang sesuai.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa akan atau apakah akan (masa depan bagi dulu) ialah 'what would'.

Berikut ialah perkataan dimana 'what would' digunakan :

'What would'.

Struktur-struktur dimana 'what would' digunakan ialah :

1. 'What' + 'would' + (objek) + ('verb').
2. 'What' + 'would' + ('verb').

Biasanya struktur pertanyaan ini adalah bagi masa 'future tense - for the past' (masa depan bagi masa dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan 'would' digunakan, ini menunjukkan hal masa depan bagi masa lepas.

Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).



1. Struktur : 'What' + 'would' + (objek) + ('verb')

Struktur ini bermaksud begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'would' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

'What would' bermakna apa yang akan (bagi masa lepas).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (masa depan bagi masa dulu - hal yang ditanya itu akan berlaku pada masa depan dari masa dulu).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What would my baby look like ?Apa agaknya rupa bayi saya nanti ?
What would he say ?Apa (yang) akan dia kata ?
What would they learn ?Apa (yang) akan mereka belajar ?
What would we call it ?Apa (yang) akan kita panggilnya ?
What would it mean ?Apa (yang) akan dimaksudkan ?
What would it take to restore peace ?Apa yang perlu untuk mengembalikan keamanan ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' adalah biasa/boleh disenyapkan.

2. Struktur : 'What' + 'would' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'would' diikuti ('verb') tertentu.

'What would' bermakna apa yang akan (bagi masa lepas).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (masa depan bagi masa lepas- hal yang ditanya itu disangka akan berlaku pada masa depan dari satu masa dulu).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What would happen ?Apa (yang) akan berlaku ?
What would happen if the process continue ?Apa (yang) akan berlaku jika proses berterusan ?
What would ensure you ?Apa (yang) akan meyakinkan anda ?
What would ensure you that he would come?Apa (yang) akan meyakinkan anda bahawa dia akan datang ?
What would become of it ?Apa (yang) akan terjadi padanya ?
What would control it ?Apa (yang) akan mengawalnya ?
What would burn it ?Apa yang akan membakarnya ?
What would change it ?Apa yang akan mengubahnya ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' adalah biasa/boleh disenyapkan.

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...