Bertanya 'adakah' (sekarang)
Bertanya
'adakah' (sekarang) bermaksud bertanya
'adakah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa
sekarang.
Dalam bahasa Inggeris ada beberapa
perkataan berbentuk soalan yang bermaksud
adakah atau
iakah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang
('present tense'). Perkataan-perkataan itu ialah :
1.
'Am'.
2.
'Is'.
3.
'Are'.
4.
'Do'.
5.
'Does'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu
struktur berikut :
1.
'Am' + (objek) + ('non-verb').
2.
'Is' + (objek) + ('non-verb').
3.
'Are' + (objek) + ('non-verb').
4.
'Do' + (objek) + ('verb').
5.
'Does' + (objek) + ('verb').
Perkataan '
am' digunakan jika objek '
I'.
Perkataan '
is' digunakan jika objek '
singular'.
Perkataan '
are' digunakan jika objek '
you, plural'.
Perkataan '
do' digunakan jika objek '
I, you, plural'.
Perkataan '
does' digunakan jika objek '
singular'.
Semua perkataan itu iaitu
'am', 'is', 'are', 'do', 'does' menunjukkan masa '
Present tense' (sekarang).
Perkataan
'am', is, are' digunakan bagi '
non-verb'.
Perkataan
'do', 'does' digunakan bagi '
verb'.
Dalam bentuk soalan, '
verb' hendaklah dieja dalam bentuk '
infinitive' (ejaan dasar).
1.
Struktur : 'Am' + (objek) + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'am' diikuti
(objek) tertentu diikuti perkataan
('non-verb') tertentu.
Perkataan Inggeris
'am' jika dalam bentuk
soalan bermakna
adakah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'I' sahaja.
2. Masa :
'Present tense' (Sekarang - hal yang disoal itu dianggap ujud pada masa soalan dibuat).
3.
'Non-verb' (bukan perbuatan) -
semua ''non-verb' dan
beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Am I right ? | Adakah saya betul ? |
| Am I ok ? | Adakah saya ok ? |
| Am I pregnant ? | Adakah saya mengandung ? |
| Am I tall enough ? | Adakah saya cukup tinggi ? |
| Am I not good ? | Adakah saya tidak bagus ? |
| Am I not good enough ? | Adakah saya tidak cukup bagus ? |
2.
Struktur : 'Is' + (objek) + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'is' diikuti
(objek) tertentu diikuti perkataan
('non-verb') tertentu.
Perkataan Inggeris
'is' jika dalam bentuk
soalan juga bermakna
adakah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'He, she, it, this, that' dan lain-lain
'singular'.
2. Masa :
'Present tense' - Sekarang (hal yang disoal itu dianggap lazim ujud pada masa soalan dibuat).
3.
'Non-verb' (bukan perbuatan) -
semua 'non-verb' dan
beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Is Ahmad an orphan ? | Adakah Ahmad seorang anak yatim ? |
| Is it sour ? | Adakah ia masam ? |
| Is he a prefect ? | Adakah dia seorang pengawas ? |
| Is she tall ? | Adakah dia tinggi ? |
| Is the cat a male or female ? | Adakah kucing itu jantan atau betina ? |
| Is she hardworking ? | Adakah dia rajin ? |
| Is it dangerous ? | Adakah ia merbahaya ? |
3.
Struktur : 'Are' + (objek) + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'are' diikuti
(objek) tertentu diikuti perkataan
('non-verb') tertentu.
Perkataan Inggeris
'are' jika dalam bentuk
soalan juga bermakna
adakah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'You, we, they, these, those' dan lain-lain
'plural'.
2. Masa :
'Present tense' - Sekarang (hal yang disoal itu dianggap ujud pada masa soalan dibuat).
3.
'Non-verb' (bukan perbuatan) -
semua 'non-verb' dan
beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Are you okay ? | Adakah awak baik ? |
| Are you ready ? | Adakah awak sedia ? |
| Are you happy with the exam result ? | Adakah awak gembira dengan keputusan periksa ? |
| Are we the winner ? | Adakah kita pemenangnya ? |
| Are the teachers ready ? | Adakah guru-guru itu bersedia ? |
| Are we in the right track ? | Adakah kita di laluan yang betul ? |
| Are the goods worth having ? | Adakah barang-barang itu berbaloi untuk dimiliki ? |
4.
Struktur : 'Do' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'do' diikuti
(objek) tertentu diikuti perkataan
('verb') tertentu.
Perkataan Inggeris
'do' jika dalam bentuk
soalan juga boleh bermakna
adakah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'I, you, we, they, these, those' dan
'plural'.
2. Masa :
'Present tense' - Sekarang (hal yang disoal itu adalah
perbuatan lazim yang ujud pada masa sekarang).
3.
'Verb' (perbuatan) -
semua 'action verb' dan
beberapa 'non-action verb'.
.
| English | Melayu |
| Do I need to do that ? | Adakah saya perlu buat itu ? |
| Do you like sweets ? | Adakah awak suka gula-gula ? |
| Do you know ? | Adakah awak tahu ? |
| Do I know ? | Adakah saya tahu ? |
| Do you know what you are doing ? | Adakah awak tahu apa yang awak sedang buat ? |
| Do you have a pen ? | Adakah awak ada pen ? |
| Do you believe in ghost ? | Adakah awak percaya dengan hantu ? |
| Do you agree ? | Adakah awak setuju ? |
| Do you know English ? | Adakah awak tahu bahasa Inggeris? |
5.
Struktur : 'Does' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'does' diikuti
(objek) tertentu diikuti perkataan
('verb') tertentu.
'Does' jika dalam bentuk
soalan juga bermakna
adakah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'He, she, it, this, that' dan lain-lain
'singular'.
2. Masa :
'Present tense' - Sekarang (hal yang disoal itu adalah
perbuatan lazim yang ujud pada masa sekarang).
3.
'Verb' (perbuatan) -
semua 'action verb' dan
beberapa 'non-action verb'.
.
| English | Melayu |
| Does she know ? | Adakah dia tahu ? |
| Does it matter ? | Adakah ia penting ? |
| Does she speak English ? | Adakah dia bercakap Inggeris ? |
| Does she like it ? | Adakah dia sukakannya ? |
| Does she hate it ? | Adakah dia bencikannya ? |