Bertanya 'adakah' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris ada beberapa perkataan berbentuk soalan yang bermaksud adakah atau iakah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas.
Perkataan-perkataan itu ialah :
1. 'Was'.
2. 'Were'.
3. 'Did'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Was' + (objek) + ('non-verb').
2. 'Were' + (objek) + ('non-verb').
3. 'Did' + (objek) + ('verb').
Perkataan 'was'' digunakan jika objek 'I, singular'.
Perkataan 'were'' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'did'' digunakan bagi semua objek.
Ketiga-tiga perkataan 'was', 'were', 'did'menunjukkan masa 'past tense' (dahulu).
Perkataan 'was'' dan 'were' digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).
Perkataan 'did'' digunakan bagi 'verb' (perbuatan).
1. Struktur : 'Was' + (objek) + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'was' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Perkataan Inggeris 'was' jika dalam bentuk soalan juga bermakna adakah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' dan 'he, she, it, this, that' serta lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' - Dahulu (hal yang disoal itu dianggap ujud pada masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Was I a baby ? | Adakah (dulu) saya seorang bayi ? |
| Was he a baby ? | Adakah (dulu) dia seorang bayi ? |
| Was John a baby ? | Adakah (dulu) John seorang bayi ? |
| Was it busy last night ? | Adakah ia sebok malam tadi ? |
2. Struktur : 'Were' + (objek) + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'were' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Perkataan Inggeris 'were' jika dalam bentuk soalan juga bermakna adakah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' - Dahulu (hal yang disoal dianggap itu ujud pada masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Were you fat 10 years ago ? | Adakah awak gemuk 10 tahun lepas ? |
| Were you there ? | Adakah awak (dulu) berada disana ? |
| Were the workers angry ? | Adakah pekerja-pekerja (dulu) marah ? |
| Were you their teacher ? | Adakah awak (dulu) guru mereka ? |
| Were they your enemy ? | Adakah mereka (dulu) musuh awak ? |
3. Struktur : 'Did' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'did' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.
'Did' jika dalam bentuk soalan juga bermakna adakah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' - Dahulu (hal yang disoal itu adalah dianggap perbuatan lazim yang ujud pada masa yang lalu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Did she know ? | Adakah (dulu) dia tahu ? |
| Did it matter ? | Adakah (dulu) ia penting ? |
| Did we try hard ? | Adakah (dulu) kita telah mencuba dengan bersungguh-sungguh ? |
| Did you hear about the event ? | Adakah (dulu) awak telah mendengar tentang program itu ? |
| Did you know her address ? | Adakah (dulu) awak telah tahu alamatnya ? |
Catitan :
- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb