Bertanya 'adakah (objek) sudah' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) sudah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa sekarang.
Kadang-kadang kita bertanya 'adakah saya sudah membuat awak marah ?'. Pertanyaan ini mempunyai frasa 'adakah (objek) sudah'.
Perkataan 'sudah' biasa disenyapkan dalam bahasa Melayu tapi diujudkan di sini untuk memadankan dengan keujudan suatu 'tense' (masa) dalam bahasa Inggeris iaitu 'present perfect tense' (dulu hingga sekarang).
Pertanyaan-pertanyaan ini boleh dipadankan dengan sistem masa 'Present Perfect tense'.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan yang boleh digunakan ialah :
1. 'Has'.
2. 'Have'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam struktur soalan seperti berikut :
1. 'Has' + (objek) + ('past participle').
2. 'Have' + (objek) + ('past participle').
Perkataan 'has' digunakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan bagi objek 'I, we, you, these, those' dan lain-lain 'plural'.
Kedua-dua kombinasi 'has' + .... + ('past participle') dan 'have' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika salah satu kombinasi ini digunakan, ia menunjukkan hal berlaku dalam tempoh masa 'Present Perfect tense'.
Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Perkataan 'past participle' digunakan bagi 'perfect tense'.
1. Struktur : 'Has' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bermakna adakah (objek) sudah atau sudahkah (objek).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (tempoh masa sekarang - hal yang disoal itu ujud pada tempoh masa sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | Melayu (kata dasar) | English | Melayu |
| Make | Buat | Has he made Ali mad ? | Adakah dia sudah membuat Ali marah ? |
| Annoy | Ganggu | Has he annoyed Siti ? | Adakah dia sudah mengganggu Siti ? |
| Defeat | Mengalahkan | Has he defeated the champion ? | Adakah dia sudah mengalahkan sang juara itu ? |
| Frighten | Memeranjatkan | Has he frightened his friend ? | Adakah dia sudah menakutkan kawannya ? |
| Neglect | Membiarkan | Has he neglected his sister ? | Adakah dia sudah tidak memperdulikan adik perempuannya ? |
| Stop | Berhenti | Has the rain stopped ? | Adakah hujan sudah berhenti ? |
| Stop | Berhenti | Has it stopped raining ? | Adakah ia sudah berhenti hujan ? |
| Walk | Jalan | Has she walked on the moon ? | Adakah dia sudah berjalan atas bulan ? |
| Finish | Habis | Has he finished answering the question ? | Adakah dia sudah habis menjawab soalan itu ? |
| Do | Buat | Has the task been done ? | Adakah tugas itu sudah dibuat ? |
| Read | Baca | Has the memo been read ? | Adakah memo itu sudah dibaca ? |
| Try | Cuba | Has Ali tried the food ? | Sudahkah Ali mencuba makanan itu ? |
2. Struktur : 'Have' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bermakna adakah (objek) sudah atau sudahkah (objek).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (tempoh masa sekarang - hal yang disoal itu ujud pada tempoh masa sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | Melayu (kata dasar) | English | Melayu |
| Anger | Buat marah | Have we angered you ? | Adakah kami sudah membuat kamu marah ? |
| Optimise | Optimakan | Have you optimised the system ? | Adakah awak sudah mengoptimakan sistem tersebut ? |
| Reject | Menolak | Have you rejected him ? | Adakah awak sudah menolak dia ? |
| Resign | Berhenti | Have you resigned from the firm ? | Adakah awak sudah berhenti dari syarikat itu ? |
| Talk | Bercakap | Have you talked to him ? | Adakah awak sudah bercakap dengan dia ? |
| Wash | Basuh | Have you washed your hair ? | Adakah awak sudah cuci rambut awak ? |
| Learn | Belajar | Have you learned something from the mistake ? | Adakah awak sudah belajar sesuatu dari kesalahan itu ? |
| Settle | Selesai | Have they settled the problem | Adakah mereka sudah menyelesaikan masalah itu ? |
| Buy | Beli | Have the ingredients been bought ? | Adakah bahan-bahan itu sudah dibeli ? |
| Forget | Lupa | Have the issue been forgotten ? | Adakah isu itu sudah dilupakan ? |
| Reunite | Satukan semula | Have the siblings been reunited ? | Adakah adik-beradik itu sudah disatukan semula ? |
| Tell | Beritahu | Have the students been told ? | Adakah murid-murid sudah diberitahu ? |
| Plant | Tanam | Have the trees been planted ? | Adakah pokok-pokok itu sudah ditanam ? |
| Do | Buat | Have you done it ? | Adakah awak sudah melakukannya ? |
| Flee | Larikan diri | Have Tom and Jerry flee from their enemy ? | Sudahkah Tom dan Jerry larikan diri dari musuh mereka ? |
| Eat | Makan | Have they eaten ? | Sudahkah mereka makan ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Has | Has + (objek) + (past participle) | Singular | Present Perfect tense | Soalan |
| Have | Have + (objek) + (past participle) | I, You, Plural | Present Perfect tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb