Tuesday, June 2, 2020

74. Bertanya 'adakah (objek) sudah' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) sudah' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) sudah' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) sudah' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa lepas.

Contohnya, kadang-kadang kita bertanya 'adakah saya sudah membuat awak marah ?'. Pertanyaan ini mempunyai frasa 'adakah (objek) sudah'.

Perkataan 'sudah' biasa disenyapkan dalam bahasa Melayu tapi ditunjukkan di sini untuk memadankan dengan keujudan suatu 'tense' (sistem masa) dalam bahasa Inggeris iaitu 'past perfect tense' (dulu hingga dulu).

Pertanyaan-pertanyaan ini boleh dipadankan dengan sistem masa 'Past Perfect tense'.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan ialah :

1. 'Had'.

Perkataan itu digunakan dalam struktur soalan seperti berikut :

1. 'Had' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.

Kombinasi 'had' + ... + ('past participle') menandakan tempoh masa 'Past Perfect tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi 'had' + ('past participle')' digunakan, kombinasi ini menunjukan masa 'past perfect tense' (tempoh masa lalu).
Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb' tertentu.



1. Struktur : 'Had' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'had' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini bermakna adakah (objek) sudah (bagi tempoh masa lepas), atau sudahkah (objek).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (tempoh dahulu - hal yang disoal itu ujud pada tempoh masa yang lepas).
3. 'Verb' (Perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb').

English (infinitive)MelayuEnglishMelayu
AngerBuat marahHad they angered you ?Adakah mereka sudah membuat awak marah ?
InspireBeri semangatHad it inspired you ?Adakah ia sudah memberi semangat pada awak ?
RelaxRehatHad it relaxed you ?Adakah ia sudah merehatkan awak ?
EnergizeBeri tenagaHad the drink energized you ?Adakah minuman itu sudah memberi tenaga kepada awak ?
Had they showed sympathy ?Adakah mereka sudah menunjukkan simpati ?
Have you talked to him ?Adakah awak sudah bercakap dengan dia ?
DecideMengambil keputusanHad they decided ?Adakah mereka telah mengambil keputusan ?
StudyBelajarHad you studied English before you moved to London ?Adakah awak sudah belajar Inggeris sebelum awak pindah ke London ?
WorkKerjaHad they worked hard ?Adakah mereka sudah berkerja kuat ?
BePernahHad Siti been to an opera before last night ?Adakah Siti sudah pernah melihat Opera sebelum malam semalam ?
SeeNampakHad she seen a bear before she moved to Alaska ?Adakah dia sudah pernah nampak beruang sebelum dia pindah ke Alaska ?


Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
HadHad + (objek) + (past participle)SemuaPast Perfect tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...