Friday, June 5, 2020

68. Bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah (buat)' (dulu)

Bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah (buat)' (dulu)

Bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah (buat)' (dulu) bermaksud bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah (buat)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, 1 struktur yang digunakan untuk bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah (buat)' (dulu) ialah :

1. 'What' + (objek1) + (objek2) + 'had' + ('past participle').

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek1 dan objek2 samada ia 'I, you, singular, plural'.
Kombinasi 'had' + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'past perfect tense' (dulu hingga dulu).
Perkataan ('past participle') tertentu hanya boleh dibina dari 'verb' (perkataan perbuatan).



1. Struktur : 'What' + (objek1) + (objek2) + 'had' + ('past participle').

Struktur ini berbentuk berikut : Perkataan 'what' diikuti dengan (objek1) tertentu diikuti dengan (objek2) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek1 : Semua - 'He, she, it, this, that, we, they, you, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Objek2 : Semua - 'He, she, it, this, that, we, they, you, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
3. Masa : 'Past perfect tense' (tempoh dulu - hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa dulu).
4. 'verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
DoWhat surgary he had done on his back ?Apa pembedahan yang dia sudah buat di bahagian belakangnya ?
ReadWhat book he had read last month ?Apa buku yang dia sudah baca pada bulan lepas ?
CheckWhat vehicles they had checked last month ?Apa kenderaan yang mereka sudah periksa pada bulan lepas ?
JoinWhat team he had joined last year ?Apa pasukan yang dia sudah sertai pada tahun lepas ?
ManageWhat team he had managed last year ?Apa pasukan yang dia sudah uruskan pada tahun lepas ?

69. Bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah punyai' (sekarang)

Bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah punyai' (sekarang)

Bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah punyai' (sekarang) bermaksud bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah punyai' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa sekarang (dulu hingga sekarang).

Dalam bahasa Inggeris, 2 struktur yang digunakan untuk bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah punyai' (sekarang) ialah :

1. 'What' + (objek1) + (objek2) + 'has' + 'had'.
2. 'What' + (objek1) + (objek2) + 'have' + 'had'.


Perkataan 'has' digunakan jika objek2 ialah 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek2 ialah 'I, you, plural'.
Kombinasi 'has' + ('had') dan 'have' + ('had') menunjukkan tempoh masa 'present perfect tense' (dulu hingga sekarang).
Perkataan 'had' yang adalah 'past participle' bagi perkataan 'has' dan 'have'.



1. Struktur : 'What' + (objek1) + (objek2) + 'has' + 'had'.

Struktur ini berbentuk berikut : Perkataan 'what' diikuti dengan (objek1) tertentu diikuti dengan (objek2) tertentu diikuti perkataan 'has' diikuti perkataan 'had'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek1 : Semua - 'He, she, it, this, that, we, they, you, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Objek2 : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
3. Masa : 'Present perfect tense' (tempoh sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa sekarang).
4. 'Had' (mempunyai).

English (infinitive)EnglishMelayu
HasWhat animal she has had since year 2000 to now ?Apa binatang yang dia ada sejak tahun 2000 hingga sekarang ?

Catitan :

- Dalam contoh diatas, perkataan 'has' yang pertama bermaksud sudah. Perkataan 'had' yang bermaksud ada atau mempunyai atau punyai. Jadi kombinasi 'has had' bererti sudah mempunyai.


2. Struktur : 'What' + (objek1) + (objek2) + 'have' + 'had'.

Struktur ini berbentuk berikut : Perkataan 'what' diikuti dengan (objek1) tertentu diikuti dengan (objek2) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'had'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek1 : Semua - 'He, she, it, this, that, we, they, you, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Objek2 : 'I, we, they, you, these, those'' dan lain-lain 'plural'.
3. Masa : 'Present perfect tense' (tempoh sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa sekarang).
4. 'Had' (mempunyai).

English (infinitive)EnglishMelayu
HaveWhat animals they have had since year 2000 to now ?Apa binatang yang mereka ada sejak tahun 2000 hingga sekarang ?

Catitan :

- Dalam contoh diatas, perkataan 'have' yang pertama bermaksud sudah. Perkataan 'had' yang bermaksud ada atau mempunyai atau punyai. Jadi kombinasi 'have had' bererti sudah mempunyai.


70. Bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah punyai' (dulu)

Bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah punyai' (dulu)

Bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah punyai' (dulu) bermaksud bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah punyai' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, satu struktur yang digunakan untuk bertanya 'apa (objek1) yang (objek2) sudah punyai' (dulu) ialah :

1. 'What' + (objek1) + (objek2) + 'had' + 'had'

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek1 dan objek2 samada ia 'I, you, singular, plural'.
Kombinasi 'had' + ('had') menunjukkan tempoh masa 'past perfect tense' (dulu hingga dulu).
Perkataan 'had' yang kedua adalah 'past participle' bagi perkataan 'has' dan 'have'.



1. Struktur : 'What' + (objek1) + (objek2) + 'had' + 'had'.

Struktur ini berbentuk berikut : Perkataan 'what' diikuti dengan (objek1) tertentu diikuti dengan (objek2) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan 'had'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek2 : Semua - 'He, she, it, this, that, we, they, you, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past perfect tense' (tempoh dulu - hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa dulu).
3. 'Had' (mempunyai).

English (infinitive)EnglishMelayu
HasWhat animal she had had in the year 2000 to 2010 ?Apa binatang yang dia ada dalam tahun 2000 hingga 2010 ?
HasWhat animal they had had in the year 2000 to 2010 ?Apa binatang yang mereka ada dalam tahun 2000 hingga 2010 ?

Catitan :

- Dalam contoh diatas, perkataan 'had' yang pertama bermaksud sudah. Perkataan 'had' yang kedua bermaksud ada atau mempunyai atau punyai. Jadi kombinasi 'had had' bererti sudah mempunyai.

Thursday, June 4, 2020

71. Bertanya 'adakah' (sekarang)

Bertanya 'adakah' (sekarang)

Bertanya 'adakah' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris ada beberapa perkataan berbentuk soalan yang bermaksud adakah atau iakah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang ('present tense'). Perkataan-perkataan itu ialah :

1. 'Am'.
2. 'Is'.
3. 'Are'.
4. 'Do'.
5. 'Does'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Am' + (objek) + ('non-verb').
2. 'Is' + (objek) + ('non-verb').
3. 'Are' + (objek) + ('non-verb').
4. 'Do' + (objek) + ('verb').
5. 'Does' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'am' digunakan jika objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'do' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Perkataan 'does' digunakan jika objek 'singular'.

Semua perkataan itu iaitu 'am', 'is', 'are', 'do', 'does' menunjukkan masa 'Present tense' (sekarang).

Perkataan 'am', is, are' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'do', 'does' digunakan bagi 'verb'.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).



1. Struktur : 'Am' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'am' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Perkataan Inggeris 'am' jika dalam bentuk soalan bermakna adakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang disoal itu dianggap ujud pada masa soalan dibuat).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua ''non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Am I right ?Adakah saya betul ?
Am I ok ?Adakah saya ok ?
Am I pregnant ?Adakah saya mengandung ?
Am I tall enough ?Adakah saya cukup tinggi ?
Am I not good ?Adakah saya tidak bagus ?
Am I not good enough ?Adakah saya tidak cukup bagus ?

2. Struktur : 'Is' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'is' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Perkataan Inggeris 'is' jika dalam bentuk soalan juga bermakna adakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (hal yang disoal itu dianggap lazim ujud pada masa soalan dibuat).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Is Ahmad an orphan ?Adakah Ahmad seorang anak yatim ?
Is it sour ?Adakah ia masam ?
Is he a prefect ?Adakah dia seorang pengawas ?
Is she tall ?Adakah dia tinggi ?
Is the cat a male or female ?Adakah kucing itu jantan atau betina ?
Is she hardworking ?Adakah dia rajin ?
Is it dangerous ?Adakah ia merbahaya ?

3. Struktur : 'Are' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'are' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Perkataan Inggeris 'are' jika dalam bentuk soalan juga bermakna adakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (hal yang disoal itu dianggap ujud pada masa soalan dibuat).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Are you okay ?Adakah awak baik ?
Are you ready ?Adakah awak sedia ?
Are you happy with the exam result ?Adakah awak gembira dengan keputusan periksa ?
Are we the winner ?Adakah kita pemenangnya ?
Are the teachers ready ?Adakah guru-guru itu bersedia ?
Are we in the right track ?Adakah kita di laluan yang betul ?
Are the goods worth having ?Adakah barang-barang itu berbaloi untuk dimiliki ?

4. Struktur : 'Do' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'do' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Perkataan Inggeris 'do' jika dalam bentuk soalan juga boleh bermakna adakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (hal yang disoal itu adalah perbuatan lazim yang ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
.

EnglishMelayu
Do I need to do that ?Adakah saya perlu buat itu ?
Do you like sweets ?Adakah awak suka gula-gula ?
Do you know ?Adakah awak tahu ?
Do I know ?Adakah saya tahu ?
Do you know what you are doing ?Adakah awak tahu apa yang awak sedang buat ?
Do you have a pen ?Adakah awak ada pen ?
Do you believe in ghost ?Adakah awak percaya dengan hantu ?
Do you agree ?Adakah awak setuju ?
Do you know English ?Adakah awak tahu bahasa Inggeris?

5. Struktur : 'Does' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'does' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

'Does' jika dalam bentuk soalan juga bermakna adakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (hal yang disoal itu adalah perbuatan lazim yang ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
.

EnglishMelayu
Does she know ?Adakah dia tahu ?
Does it matter ?Adakah ia penting ?
Does she speak English ?Adakah dia bercakap Inggeris ?
Does she like it ?Adakah dia sukakannya ?
Does she hate it ?Adakah dia bencikannya ?


72. Bertanya 'adakah' (dulu)

Bertanya 'adakah' (dulu)

Bertanya 'adakah' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris ada beberapa perkataan berbentuk soalan yang bermaksud adakah atau iakah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas.

Perkataan-perkataan itu ialah :

1. 'Was'.
2. 'Were'.
3. 'Did'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Was' + (objek) + ('non-verb').
2. 'Were' + (objek) + ('non-verb').
3. 'Did' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'was'' digunakan jika objek 'I, singular'.
Perkataan 'were'' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'did'' digunakan bagi semua objek.

Ketiga-tiga perkataan 'was', 'were', 'did'menunjukkan masa 'past tense' (dahulu).

Perkataan 'was'' dan 'were' digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).
Perkataan 'did'' digunakan bagi 'verb' (perbuatan).



1. Struktur : 'Was' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'was' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Perkataan Inggeris 'was' jika dalam bentuk soalan juga bermakna adakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' dan 'he, she, it, this, that' serta lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' - Dahulu (hal yang disoal itu dianggap ujud pada masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Was I a baby ?Adakah (dulu) saya seorang bayi ?
Was he a baby ?Adakah (dulu) dia seorang bayi ?
Was John a baby ?Adakah (dulu) John seorang bayi ?
Was it busy last night ?Adakah ia sebok malam tadi ?

2. Struktur : 'Were' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'were' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Perkataan Inggeris 'were' jika dalam bentuk soalan juga bermakna adakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' - Dahulu (hal yang disoal dianggap itu ujud pada masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Were you fat 10 years ago ?Adakah awak gemuk 10 tahun lepas ?
Were you there ?Adakah awak (dulu) berada disana ?
Were the workers angry ?Adakah pekerja-pekerja (dulu) marah ?
Were you their teacher ?Adakah awak (dulu) guru mereka ?
Were they your enemy ?Adakah mereka (dulu) musuh awak ?

3. Struktur : 'Did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'did' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

'Did' jika dalam bentuk soalan juga bermakna adakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' - Dahulu (hal yang disoal itu adalah dianggap perbuatan lazim yang ujud pada masa yang lalu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Did she know ?Adakah (dulu) dia tahu ?
Did it matter ?Adakah (dulu) ia penting ?
Did we try hard ?Adakah (dulu) kita telah mencuba dengan bersungguh-sungguh ?
Did you hear about the event ?Adakah (dulu) awak telah mendengar tentang program itu ?
Did you know her address ?Adakah (dulu) awak telah tahu alamatnya ?

Catitan :

- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.


Wednesday, June 3, 2020

73. Bertanya 'adakah (objek) sudah' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) sudah' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) sudah' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) sudah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa sekarang.

Kadang-kadang kita bertanya 'adakah saya sudah membuat awak marah ?'. Pertanyaan ini mempunyai frasa 'adakah (objek) sudah'.

Perkataan 'sudah' biasa disenyapkan dalam bahasa Melayu tapi diujudkan di sini untuk memadankan dengan keujudan suatu 'tense' (masa) dalam bahasa Inggeris iaitu 'present perfect tense' (dulu hingga sekarang).

Pertanyaan-pertanyaan ini boleh dipadankan dengan sistem masa 'Present Perfect tense'.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan yang boleh digunakan ialah :

1. 'Has'.
2. 'Have'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam struktur soalan seperti berikut :

1. 'Has' + (objek) + ('past participle').
2. 'Have' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'has' digunakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan bagi objek 'I, we, you, these, those' dan lain-lain 'plural'.

Kedua-dua kombinasi 'has' + .... + ('past participle') dan 'have' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika salah satu kombinasi ini digunakan, ia menunjukkan hal berlaku dalam tempoh masa 'Present Perfect tense'.

Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Perkataan 'past participle' digunakan bagi 'perfect tense'.



1. Struktur : 'Has' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini bermakna adakah (objek) sudah atau sudahkah (objek).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (tempoh masa sekarang - hal yang disoal itu ujud pada tempoh masa sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
MakeBuatHas he made Ali mad ?Adakah dia sudah membuat Ali marah ?
AnnoyGangguHas he annoyed Siti ?Adakah dia sudah mengganggu Siti ?
DefeatMengalahkanHas he defeated the champion ?Adakah dia sudah mengalahkan sang juara itu ?
FrightenMemeranjatkanHas he frightened his friend ?Adakah dia sudah menakutkan kawannya ?
NeglectMembiarkanHas he neglected his sister ?Adakah dia sudah tidak memperdulikan adik perempuannya ?
StopBerhentiHas the rain stopped ?Adakah hujan sudah berhenti ?
StopBerhentiHas it stopped raining ?Adakah ia sudah berhenti hujan ?
WalkJalanHas she walked on the moon ?Adakah dia sudah berjalan atas bulan ?
FinishHabisHas he finished answering the question ?Adakah dia sudah habis menjawab soalan itu ?
DoBuatHas the task been done ?Adakah tugas itu sudah dibuat ?
ReadBacaHas the memo been read ?Adakah memo itu sudah dibaca ?
TryCuba Has Ali tried the food ?Sudahkah Ali mencuba makanan itu ?

2. Struktur : 'Have' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini bermakna adakah (objek) sudah atau sudahkah (objek).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (tempoh masa sekarang - hal yang disoal itu ujud pada tempoh masa sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
AngerBuat marahHave we angered you ?Adakah kami sudah membuat kamu marah ?
OptimiseOptimakanHave you optimised the system ?Adakah awak sudah mengoptimakan sistem tersebut ?
RejectMenolakHave you rejected him ?Adakah awak sudah menolak dia ?
ResignBerhentiHave you resigned from the firm ?Adakah awak sudah berhenti dari syarikat itu ?
TalkBercakapHave you talked to him ?Adakah awak sudah bercakap dengan dia ?
WashBasuhHave you washed your hair ?Adakah awak sudah cuci rambut awak ?
LearnBelajarHave you learned something from the mistake ?Adakah awak sudah belajar sesuatu dari kesalahan itu ?
SettleSelesaiHave they settled the problemAdakah mereka sudah menyelesaikan masalah itu ?
BuyBeliHave the ingredients been bought ?Adakah bahan-bahan itu sudah dibeli ?
ForgetLupaHave the issue been forgotten ?Adakah isu itu sudah dilupakan ?
ReuniteSatukan semulaHave the siblings been reunited ?Adakah adik-beradik itu sudah disatukan semula ?
TellBeritahuHave the students been told ?Adakah murid-murid sudah diberitahu ?
PlantTanamHave the trees been planted ?Adakah pokok-pokok itu sudah ditanam ?
DoBuatHave you done it ?Adakah awak sudah melakukannya ?
FleeLarikan diriHave Tom and Jerry flee from their enemy ?Sudahkah Tom dan Jerry larikan diri dari musuh mereka ?
EatMakanHave they eaten ?Sudahkah mereka makan ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
HasHas + (objek) + (past participle)SingularPresent Perfect tenseSoalan
HaveHave + (objek) + (past participle)I, You, PluralPresent Perfect tenseSoalan

Tuesday, June 2, 2020

74. Bertanya 'adakah (objek) sudah' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) sudah' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) sudah' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) sudah' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa lepas.

Contohnya, kadang-kadang kita bertanya 'adakah saya sudah membuat awak marah ?'. Pertanyaan ini mempunyai frasa 'adakah (objek) sudah'.

Perkataan 'sudah' biasa disenyapkan dalam bahasa Melayu tapi ditunjukkan di sini untuk memadankan dengan keujudan suatu 'tense' (sistem masa) dalam bahasa Inggeris iaitu 'past perfect tense' (dulu hingga dulu).

Pertanyaan-pertanyaan ini boleh dipadankan dengan sistem masa 'Past Perfect tense'.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan ialah :

1. 'Had'.

Perkataan itu digunakan dalam struktur soalan seperti berikut :

1. 'Had' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.

Kombinasi 'had' + ... + ('past participle') menandakan tempoh masa 'Past Perfect tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi 'had' + ('past participle')' digunakan, kombinasi ini menunjukan masa 'past perfect tense' (tempoh masa lalu).
Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb' tertentu.



1. Struktur : 'Had' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'had' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini bermakna adakah (objek) sudah (bagi tempoh masa lepas), atau sudahkah (objek).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (tempoh dahulu - hal yang disoal itu ujud pada tempoh masa yang lepas).
3. 'Verb' (Perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb').

English (infinitive)MelayuEnglishMelayu
AngerBuat marahHad they angered you ?Adakah mereka sudah membuat awak marah ?
InspireBeri semangatHad it inspired you ?Adakah ia sudah memberi semangat pada awak ?
RelaxRehatHad it relaxed you ?Adakah ia sudah merehatkan awak ?
EnergizeBeri tenagaHad the drink energized you ?Adakah minuman itu sudah memberi tenaga kepada awak ?
Had they showed sympathy ?Adakah mereka sudah menunjukkan simpati ?
Have you talked to him ?Adakah awak sudah bercakap dengan dia ?
DecideMengambil keputusanHad they decided ?Adakah mereka telah mengambil keputusan ?
StudyBelajarHad you studied English before you moved to London ?Adakah awak sudah belajar Inggeris sebelum awak pindah ke London ?
WorkKerjaHad they worked hard ?Adakah mereka sudah berkerja kuat ?
BePernahHad Siti been to an opera before last night ?Adakah Siti sudah pernah melihat Opera sebelum malam semalam ?
SeeNampakHad she seen a bear before she moved to Alaska ?Adakah dia sudah pernah nampak beruang sebelum dia pindah ke Alaska ?


Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
HadHad + (objek) + (past participle)SemuaPast Perfect tenseSoalan

Monday, June 1, 2020

75. Bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' atau 'sudahkah (objek) di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) sama dengan bertanya 'sudahkah (objek) di(pasif)' (sekarang).

Bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) atau 'sudahkah (objek) di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' atau 'sudahkah (objek) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa sekarang.

Untuk bertanya adakah ... sudah (sekarang) atau sudahkah (sekarang) dalam bahasa Inggeris, kita boleh gunakan perkataan-perkataan ini :

Has.
Have.

Perkataan-perkataan ini digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Has' + (objek) + 'been' + ('past participle').
2. 'Have' + (objek) + 'been' + ('past participle').

Perkataan 'has' digunakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.

Kombinasi 'has' + ... + ('past participle') dan 'have' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dulu hingga sekarang).

Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bermakna di.

Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.



1. Struktur : 'Has' + (objek) + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'has' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' dan diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Perkataan 'has' dalam bentuk soalan bermaksud : sudahkah atau adakah sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal yang ditanya itu bermula dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (Infinitive)Melayu (Kata dasar)EnglishMelayu
DoBuatHas the task been done ?Adakah tugas itu sudah dibuat ?
ReadBacaHas the memo been read ?Adakah memo itu sudah dibaca ?
TellBeritahuHas he been told ?Sudahkah dia diberitahu ?
InformMaklumHas she been informed ?Adakah dia sudah dimaklumkan ?
ListSenaraiHas he been listed ?Adakah dia sudah disenaraikan ?

2. Struktur : 'Have' + (objek) + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'have' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' dan diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Perkataan 'have' dalam bentuk soalan bermaksud : sudahkah atau adakah sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal yang ditanya itu ujud bermula dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
BuyBeliHave the ingredients been bought ?Adakah bahan-bahan itu sudah dibeli ?
ForgetLupaHave the issue been forgotten ?Adakah isu itu sudah dilupakan ?
ReuniteSatukan semulaHave the siblings been reunited ?Adakah adik-beradik itu sudah disatukan semula ?
TellBeritahuHave the students been told ?Adakah murid-murid sudah diberitahu ?
PlantTanamHave the trees been planted ?Adakah pokok-pokok itu sudah ditanam ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
HasHas + (objek) + been + (past participle)SingularPresent Perfect tenseSoalan
HaveHave + (objek) + been + (past participle)I, You, PluralPresent Perfect tenseSoalan

Sunday, May 31, 2020

76. Bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' (dulu) atau 'sudahkah (objek) di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' (dulu) atau 'sudahkah (objek) di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' atau 'sudahkah (objek) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas.

Untuk bertanya adakah (objek) sudah di(pasif) atau sudahkah (objek) di(pasif) dalam bahasa Inggeris, dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa dahulu, kita boleh gunakan perkataan ini :

'Had'.

Perkataan ini digunakan dalam 1 struktur berikut :

'Had' + (objek) + 'been' + ('past participle').

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.

Kombinasi perkataan 'had' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense' (dulu hingga dulu).
Walaupun jika tempoh masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila kombinasi ini digunakan, ia menunjukkan hal tempoh masa lepas.

Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bermakna di.

Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb' tertentu.



Struktur : 'Had' + (objek) + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'had' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' dan diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Perkataan 'had' dalam bentuk soalan bermaksud : 'sudahkah' atau 'adakah sudah'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, you, singular, plural'. Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - hal yang ditanya itu bermula dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga satu masa lain tapi sudah lepas juga).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.


English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
SeeLihatHad the film been seen by Siti before ? Adakah filem itu sudah dilihat oleh Siti sebelum ini ?
ForgetLupaHad the issue been forgotten ?Adakah isu itu sudah dilupakan ?
ReuniteSatukan semulaHad the siblings been reunited ?Adakah adik-beradik itu sudah disatukan semula ?
TellBeritahuHad the students been told ?Adakah murid-murid itu sudah diberitahu ?
PlantTanamHad the trees been planted ?Adakah pokok-pokok itu sudah ditanam ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
HadHad + (objek) + been + (past participle)SemuaPast Perfect tenseSoalan


Saturday, May 30, 2020

77. Bertanya 'adakah (objek) pernah' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) pernah' (sekarang) atau 'pernahkah (objek)' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) pernah' (sekarang) sama dengan bertanya 'pernahkah (objek)' (sekarang).

Bertanya 'adakah (objek) pernah' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) pernah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan berikut boleh bermakna pernahkah (objek) (sekarang) atau adakah (objek) pernah (sekarang) :

'Has'.
'Have'.

Perkataan-perkataan ini digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Has' + (objek) + 'ever been' + ('non-verb').
2. 'Has' + (objek) + 'ever been' + ('gerund').
3. 'Have' + (objek) + 'ever been' + ('non-verb').
4. 'Have' + (objek) + 'ever been' + ('gerund').

Perkataan 'has', 'have' dalam bentuk soalan boleh bermaksud 'adakah'.


Perkataan 'has' digunakan jika objek ialah 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek ialah 'I, you, plural'.

Kedua-dua kombinasi perkataan 'has' + ... + 'ever been' dan 'have' + ... + 'ever been' menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' bagi 'non-verb'.

'Gerund' adalah satu jenis 'non-verb' juga.
Perkataan 'ever' membawa maksud 'pernah'.
Perkataan 'been' membawa maksud 'sebagai/ dalam keadaan'.



1. Struktur : 'Has' + (objek) + 'ever been' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'ever been' diikuti dengan perkataan '(non-verb)' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - Hal pernah yang ditanya itu dianggap ujud dari satu masa yang lepas dan ada kemungkinan untuk berlaku lagi pada masa sekarang dan masa hadapan).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Has he ever been friend with Siti ?Adakah dia pernah berkawan dengan Siti ?
Has he ever been foe with Ali ?Adakah dia pernah bermusuh dengan Ali ?
Has it ever been riskier than now ?Pernahkah ia berisiko lebih dari sekarang ?
Has he ever been afraid more than this fight ?Adakah dia pernah lebih takut dari perlawanan ini ?
Has he ever been in love ?Pernahkah dia jatuh cinta ?

2. Struktur : 'Has' + (objek) + 'ever been' + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'ever been' diikuti dengan ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - Hal pernah yang ditanya itu dianggap ujud dari satu masa yang lepas dan ada kemungkinan untuk berlaku lagi pada masa sekarang dan masa hadapan).
3. 'Gerund' (nama perbuatan).

EnglishMelayu
Has he ever been working in Thailand ?Adakah dia pernah berkerja di Thailand ?
Has he ever been sleeping on grass ?Pernahkah dia tidur di atas rumput ?
Has he ever been walking on water ?Pernahkah dia berjalan atas air ?
Has he ever been swimming across the straits of Melaka ?Pernahkah dia berenang merentasi Selat Melaka ?
Has he ever been running below 12 seconds for 100 meter event ?Pernahkah dia berlari dibawah 12 saat bagi acara 100 meter ?

3. Struktur : 'Have' + (objek) + 'ever been' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'ever been' diikuti dengan '(non-verb)' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan 'plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - Hal pernah yang ditanya itu dianggap ujud dari satu masa yang lepas dan ada kemungkinan untuk berlaku lagi pada masa sekarang dan masa hadapan).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Have you ever been to Australia ?Adakah awak pernah ke Australia ?
Have you ever been here before ?Pernahkah awak berada di sini sebelum ini ?
Have you ever been there ?Pernahkah awak berada di sana ?
Have you ever been in the same team with him ?Pernahkah awak pernah berada dalam pasukan yang sama dengan dia ?
Have you ever been a truck driver ?Pernahkah awak menjadi pemandu trak ?

4. Struktur : 'Have' + (objek) + 'ever been' + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'ever been' diikuti dengan '(gerund)' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - Hal pernah yang ditanya itu dianggap ujud dari satu masa yang lepas dan ada kemungkinan untuk berlaku lagi pada masa sekarang dan masa hadapan).
3. 'Gerund' (nama perbuatan).

EnglishMelayu
Have you ever been travelling around Australia ?Adakah awak pernah mengembara keliling Australia ?
Have you ever been living here before ?Pernahkah awak tinggal di sini sebelum ini ?
Have you ever been staying there ?Pernahkah awak bermukim di sana ?
Have you ever been playing in the same team with him ?Pernahkah awak bermain dalam pasukan yang sama dengan dia ?
Have you ever been driving a truck before ?Pernahkah awak memandu trak sebelum ini ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
HasHas + (objek) + ever been + (non-verb)SingularPresent Perfect tenseSoalan
HasHas + (objek) + ever been + (gerund)SingularPresent Perfect tenseSoalan
HaveHave + (objek) + ever been + (non-verb)I, You, PluralPresent Perfect tenseSoalan
HaveHave + (objek) + ever been + (gerund)I, You, PluralPresent Perfect tenseSoalan

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...