Bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' (dulu) atau 'sudahkah (objek) di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) sudah di(pasif)' atau 'sudahkah (objek) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas.
Untuk bertanya adakah (objek) sudah di(pasif) atau sudahkah (objek) di(pasif) dalam bahasa Inggeris, dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa dahulu, kita boleh gunakan perkataan ini :
'Had'.
Perkataan ini digunakan dalam 1 struktur berikut :
'Had' + (objek) + 'been' + ('past participle').
Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
Kombinasi perkataan 'had' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense' (dulu hingga dulu).
Walaupun jika tempoh masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila kombinasi ini digunakan, ia menunjukkan hal tempoh masa lepas.
Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bermakna di.
Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb' tertentu.
Struktur : 'Had' + (objek) + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'had' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' dan diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Perkataan 'had' dalam bentuk soalan bermaksud : 'sudahkah' atau 'adakah sudah'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, you, singular, plural'. Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - hal yang ditanya itu bermula dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga satu masa lain tapi sudah lepas juga).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | Melayu (kata dasar) | English | Melayu |
| See | Lihat | Had the film been seen by Siti before ? | Adakah filem itu sudah dilihat oleh Siti sebelum ini ? |
| Forget | Lupa | Had the issue been forgotten ? | Adakah isu itu sudah dilupakan ? |
| Reunite | Satukan semula | Had the siblings been reunited ? | Adakah adik-beradik itu sudah disatukan semula ? |
| Tell | Beritahu | Had the students been told ? | Adakah murid-murid itu sudah diberitahu ? |
| Plant | Tanam | Had the trees been planted ? | Adakah pokok-pokok itu sudah ditanam ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Had | Had + (objek) + been + (past participle) | Semua | Past Perfect tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb