Friday, February 14, 2020

227. Bertanya 'siapa (yang) mempunyai' (sekarang)

Bertanya 'siapa (yang) mempunyai' (sekarang)

Bertanya 'siapa (yang) mempunyai' (sekarang) bermaksud bertanya 'siapa (yang) mempunyai' dimana hal 'mempunyai' dimaksudkan ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' boleh/biasa disenyapkan tanpa mengganggu maksud ayat.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa yang mempunyai (sekarang) ialah 'who has' atau 'who have'.

'Siapa (yang) mempunyai' boleh juga dimaksudkan kepada 'siapa (yang) ada'.

Dalam bahasa Inggeris, ada 2 struktur yang boleh digunakan untuk bertanya siapa yang mempunyai (sekarang) atau siapa yang ada (sekarang), iaitu :

1. 'Who' + 'has' + (objek).
2. 'Who' + 'have' + (objek).

Perkataan 'has' digunakan jika objek adalah 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek adalah 'I, you, plural'.

Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' boleh bererti mempunyai.

Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' menandakan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'has' atau 'have' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa sekarang ('present tense').



1. Struktur : 'Who' + 'has' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'has' diikuti dengan perkataan (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present tense' - sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan). (Objek) termasuk dalam 'non-verb'.

EnglishMelayu
Who has a pen ?Siapa (yang) mempunyai sebatang pen ?
Who has a pencil ?Siapa (yang) mempunyai sebatang pensil ?
Who has a ruler ?Siapa (yang) mempunyai sebatang pembaris ?
Who has an eraser ?Siapa (yang) mempunyai sebatang pemadam ?
Who has neck-tie ?Siapa (yang) mempunyai satu tali leher ?

2. Struktur : 'Who' + 'have' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain 'plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present tense' - sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan). (Objek) termasuk dalam 'non-verb'.

EnglishMelayu
Who have pens ?Siapa-siapa (yang) mempunyai pen ?
Who have pencils ?Siapa-siapa (yang) mempunyai pensil ?
Who have rulers ?Siapa-siapa (yang) mempunyai pembaris ?
Who have erasers ?Siapa-siapa (yang) mempunyai pemadam ?
Who have neck-ties ?Siapa-siapa (yang) mempunyai tali leher ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Who hasWho has + (objek)SingularPresent tenseSoalan
2Who haveWho have + (objek)I, You, PluralPresent tenseSoalan

Thursday, February 13, 2020

228. Bertanya 'siapa (yang) mempunyai' (dulu)

Bertanya 'siapa (yang) mempunyai' (dulu)

Bertanya 'siapa (yang) mempunyai' (dulu) bermaksud bertanya 'siapa yang mempunyai' dimana hal 'mempunyai' dimaksudkan ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa yang mempunyai (dulu) ialah 'who had'.

'Siapa (yang) mempunyai' boleh juga dimaksudkan kepada 'siapa (yang) ada'.

Berikut ialah struktur yang digunakan dalam bertanya siapa (yang) mempunyai (dulu) atau siapa (yang) ada (dulu) :

1. 'Who' + 'had' + (objek).

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').

Dalam struktur di atas, perkataan 'had' boleh bererti mempunyai.

Perkataan 'had' menandakan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'had' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasanya disenyapkan, dan ini tidak mengubah maksud ayat.



1. Struktur : 'Who' + 'had' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'had' diikuti dengan perkataan (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, there, those' dan lain 'singular, plural' - mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past tense' - dahulu (Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'. (Objek) termasuk dalam 'non-verb'.

EnglishMelayu
Who had a pen ?Siapa (yang) mempunyai sebatang pen ?
Who had a pencil ?Siapa (yang) mempunyai sebatang pensil ?
Who had a ruler ?Siapa (yang) mempunyai sebatang pembaris ?
Who had an eraser ?Siapa (yang) mempunyai sebatang pemadam ?
Who had neck-tie ?Siapa (yang) mempunyai satu tali leher ?
Who had pens ?Siapa-siapa (yang) mempunyai pen ?
Who had pencils ?Siapa-siapa (yang) mempunyai pensil ?
Who had rulers ?Siapa-siapa (yang) mempunyai pembaris ?
Who had erasers ?Siapa-siapa (yang) mempunyai pemadam ?
Who had neck-ties ?Siapa-siapa (yang) mempunyai tali leher ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Who hadWho had + (objek)SemuaPast tenseSoalan

Saturday, February 8, 2020

229. Bertanya 'siapa akan' (sekarang)

Bertanya 'siapa akan' (sekarang)

Bertanya 'siapa akan' (sekarang) bermaksud bertanya 'siapa akan' atau 'siapa yang akan' dimana hal yang ditanya itu ujud di masa depan bagi masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa akan (sekarang) atau siapakah yang akan (sekarang) ialah 'who will'.

Dalam bahasa Melayu, perkataan ‘yang’ boleh/biasa disenyapkan dan tidak mengubah maksud ayat.

Dalam bahasa Inggeris, struktur berikut digunakan dalam bertanya siapa akan (sekarang) :

1. 'Who' + 'will'.

Perkataan 'will' bererti akan, digunakan bagi semua objek bagi masa akan datang bagi masa sekarang.



1. Struktur : 'Who' + 'will'

'Who will' bermaksud 'siapa akan' atau 'siapa yang akan'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Future tense for the present' - Akan datang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan pada masa akan datang bagi masa sekarang).

EnglishMelayu
Who will save you ?Siapa (yang) akan selamatkan awak ?
Who will teach math ?Siapa (yang) akan mengajar matematik ?
Who will draft the letter ?Siapa (yang) akan membuat deraf surat ?
Who will I be ?Saya (akan) jadi siapa ?
Who will influence whom ?Siapa (yang) akan mempengaruhi siapa ?

Catitan :

- Bagi masa dahulu ('past tense'), gantikan perkataan will dengan perkataan would.

Ringkasan

Who will
BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Who willSemuaFuture tenseSoalan

230. Bertanya 'siapa (yang) akan' (dulu)

Bertanya 'siapa (yang) akan' (dulu)

Bertanya 'siapa (yang) akan' (dulu) bermaksud bertanya 'siapa akan' atau 'siapa (yang) akan' bagi masa depan bagi satu masa dahulu.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa akan atau siapakah akan (dulu) ialah 'who would'.

Dalam bahasa Inggeris, struktur berikut digunakan dalam bertanya siapa akan (dulu) :

1. 'Who' + 'would'.

Perkataan 'would' bererti akan, digunakan bagi masa akan datang bagi masa lepas.

Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').

Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan 'would' digunakan, ini menunjukkan hal masa depan bagi masa lepas.

Perkataan 'will' juga bererti akan, tapi digunakan bagi masa akan datang bagi masa sekarang.

Dalam bahasa Melayu, perkataan ‘yang’ boleh/biasa disenyapkan dan tidak mengubah maksud ayat.

Perkataan 'would' jika diikuti dengan 'verb', maka 'verb' itu hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).



1. Struktur : 'Who' + 'would'

'Who would' bermaksud 'siapa akan' atau 'siapa (yang) akan' (pada masa lepas).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural' - mengikut perkataan 'would'.
2. Masa : 'Future tense' (for the past) - Akan datang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan pada masa akan datang bagi masa dulu).

EnglishMelayu
Who would save you ?Siapa (yang) akan selamatkan awak ?
Who would teach math ?Siapa (yang) akan mengajar matematik ?
Who would draft the letter ?Siapa (yang) akan membuat deraf surat ?
Who would I be ?Saya (akan) jadi siapa ?
Who would influence whom ?Siapa (yang) akan mempengaruhi siapa ?

Ringkasan

Who will
BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Who willSemuaFuture tenseSoalan

231. Bertanya 'siapa (objek1) pada (objek2)' (sekarang)

Bertanya 'siapa (objek1) pada (objek2)' (sekarang)

Bertanya 'siapa (objek1) pada (objek2)' (sekarang) bermaksud bertanya 'siapa (objek1) pada (objek2)' dimana hal yang ditanya ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapakah ialah 'who'.

Dalam bahasa Inggeris, 3 struktur berikut digunakan dalam bertanya siapa (objek1) pada (objek2) (sekarang) :

1. 'Who' + 'am' + (objek1) + 'to' + (objek2).
2. 'Who' + 'is' + (objek1) + 'to' + (objek2).
3. 'Who' + 'are' + (objek1) + 'to' + (objek2).

Perkataan 'am' digunakan jika objek1 ialah 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek1 ialah 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek1 ialah 'you, plural'.

Ketiga-tiga perkataan 'am', 'is' dan 'are' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika salah satu dari tiga perkataan itu digunakan, maka ia menandakan masa 'present tense' (sekarang).



1. Struktur : 'Who' + 'am' + (objek1) + 'to' + (objek2)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan (objek1) tertentu diikuti dengan perkataan 'to' diikuti (objek2) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek1 : 'I' (Digunakan bagi objek 'I' sahaja).
2. Masa : 'Present tense' (Kebiasaan sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud secara lazim pada masa sekarang).

EnglishMelayu
Who am I to you ?Siapa saya pada awak ?
Who am I to him ?Siapa saya pada dia ?
Who am I to her ?Siapa saya pada dia ?
Who am I to them ?Siapa saya pada mereka ?
Who am I to Ali ?Siapa saya pada Ali ?

2. Struktur : 'Who' + 'is' + (objek1) + 'to' + (objek2)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'is' diikuti dengan (objek1) tertentu diikuti dengan perkataan 'to' diikuti (objek2) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek1 : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present tense' - Kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa sekarang).

EnglishMelayu
Who is he to you ?Siapa dia pada awak ?
Who is he to her ?Siapa dia pada dia ?
Who is she to you ?Siapa dia pada awak ?
Who is Ali to him ?Siapa Ali pada dia ?
Who is he to me ?Siapa dia pada saya ?

Catitan :

- Bezakan antara 'who is this' (struktur pertanyaan yang betul) dengan 'who this is' (struktur pertanyaan yang salah).

3. Struktur : 'Who' + 'are' + (objek1) + 'to' + (objek2)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'are' diikuti dengan (objek1) tertentu diikuti dengan perkataan 'to' diikuti (objek2) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek1 : 'You, we, they, these, those' dan lain 'plural' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' - Kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa sekarang).

EnglishMelayu
Who are you to him ?Siapa awak pada dia ?
Who are you to me ?Siapa awak pada saya ?
Who are they to us ?Siapa mereka pada kita ?
Who are they to you ?Siapa mereka pada awak ?
Who are we to them ?Siapa kita pada mereka ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjek1MasaBentuk
1Who amWho am + (objek1) + to + (objek2)IPresent tenseSoalan
2Who isWho is + (objek1) + to + (objek2)SingularPresent tenseSoalan
3Who areWho are + (objek1) + to + (objek2)You, PluralPresent tenseSoalan

232. Bertanya 'siapa (objek1) pada (objek2)' (dulu)

Bertanya 'siapa (objek1) pada (objek2)' (dulu)

Bertanya 'siapa (objek1) pada (objek2)' (dulu) bermaksud bertanya 'siapa (objek1) pada (objek2)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapakah ialah 'who'.

Dalam bahasa Inggerus, struktur berikut digunakan dalam bertanya siapa (objek1) pada (objek2) (dulu) :

1. 'Who' + 'was' + (objek1) + 'to' + (objek2).
2. 'Who' + 'were' + (objek1) + 'to' + (objek2).

Perkataan 'was' digunakan jika objek1 ialah 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek1 ialah 'you, plural'.

Kedua-dua perkataan 'was' dan 'were' menunjukkan masa 'past tense' (masa lepas).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika kedua-dua perkataan itu digunakan, maka ini menunjukkan hal 'past tense' (masa dulu).



1. Struktur : 'Who' + 'was' + (objek1) + 'to' + (objek2)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'was' diikuti dengan (objek1) tertentu diikuti dengan perkataan 'to' diikuti (objek2) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek1 : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' - Kelaziman dulu (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa lepas).

EnglishMelayu
Who was I to you ?Siapa saya pada awak ?
Who was I to him ?Siapa saya pada dia ?
Who was I to her ?Siapa saya pada dia ?
Who was I to them ?Siapa saya pada mereka ?
Who was I to Ali ?Siapa saya pada Ali ?
Who was he to you ?Siapa dia pada awak ?
Who was he to her ?Siapa dia pada dia ?
Who was she to you ?Siapa dia pada awak ?
Who was Ali to him ?Siapa Ali pada dia ?
Who was he to me ?Siapa dia pada saya ?

Catitan :

- Bezakan antara 'who was this' (struktur pertanyaan yang betul) dengan 'who this was' (struktur pertanyaan yang salah).

2. Struktur : 'Who' + 'were' + (objek1) + 'to' + (objek2)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'were' diikuti dengan (objek1) tertentu diikuti dengan perkataan 'to' diikuti (objek2) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek1 : 'You, we, they, these, those' dan lain 'plural' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' - Kelaziman dulu (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa lepas).

EnglishMelayu
Who were you to him ?Siapa awak pada dia ?
Who were you to me ?Siapa awak pada saya ?
Who were they to us ?Siapa mereka pada kita ?
Who were they to you ?Siapa mereka pada awak ?
Who were we to them ?Siapa kita pada mereka ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjek1MasaBentuk
1Who wasWho was + (objek1) + to + (objek2)I, SingularPast tenseSoalan
2Who wereWho were + (objek1) + to + (objek2)You, PluralPast tenseSoalan

Wednesday, February 5, 2020

233. Bertanya 'siapa (yang) sepatutnya' (sekarang)

Bertanya 'siapa (yang) sepatutnya' (sekarang)

Bertanya 'siapa sepatutnya' atau 'siapa (yang) sepatutnya'.

Bertanya 'siapa sepatutnya' atau 'siapa (yang) sepatutnya' (sekarang) bermaksud bertanya 'siapa sepatutnya' atau 'siapa (yang) sepatutnya' dimana hal 'sepatutnya' itu ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapakah ialah 'who'.

Dalam bahasa Inggeris, struktur berikut digunakan bagi bertanya 'siapa sepatutnya' (sekarang) atau 'siapa (yang) sepatutnya' (sekarang) :

1.'Who' + 'shall'.

Perkataan 'shall' digunakan bagi semua objek sasaran.
Perkataan 'shall' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Perkataan 'past tense' (dulu) bagi 'shall' ialah 'should'.



1. Struktur : 'Who' + 'shall'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'shall'.

'Who shall' bermaksud 'siapa sepatutnya' atau 'siapa yang patut'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek sasaran : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'present tense' - Sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).

EnglishMelayu
Who shall I consider ?Siapa yang patut saya pertimbangkan ?
Who shall come ?Siapa yang sepatutnya datang ?
Who shall I support ?Siapa yang sepatutnya saya sokong ?
Who shall be in the list ?Siapa sepatutnya ada dalam senarai ?
Who shall you vote for ?Siapa yang patut anda undi ?
Who shall be the class head ?Siapa patut jadi ketua darjah ?

Catitan :

- Perkataan 'shall' adalah satu jenis 'modal verb'.

Ringkasan

Who shall
BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Who shallSemuaFuture tenseSoalan

Tuesday, February 4, 2020

234. Bertanya 'siapa (yang) sepatutnya' (dulu)

Bertanya 'siapa (yang) sepatutnya' (dulu)

Bertanya 'siapa sepatutnya' sama dengan bertanya 'siapa yang sepatutnya'.

Bertanya 'siapa sepatutnya' (dulu) atau 'siapa yang sepatutnya' (dulu) bermaksud bertanya 'siapa sepatutnya' atau 'siapa yang sepatutnya' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapakah ialah 'who'.

Berikut ialah struktur dimana pertanyaan 'siapa sepatutnya' (dulu) atau 'siapa yang sepatutnya' (dulu) digunakan :

1. 'Who' + 'should'.

Perkataan 'should' digunakan bagi semua objek sasaran.
Perkataan 'should' menunjukkan 'past tense'.
Perkataan 'should' adalah 'past tense' bagi perkataan 'shall'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan 'should' digunakan, maka ia menunjukkan hal masa yang sudah lepas.
Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan dan ini tidak mengubah maksud ayat.



1. Struktur : 'Who' + 'should'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'should'.

'Who should' bermaksud 'siapa sepatutnya' atau 'siapa yang sepatutnya'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' - Masa lalu (Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa lepas).

EnglishMelayu
Who should I consider ?Siapa yang (telah) patut saya pertimbangkan ?
Who should come ?Siapa yang (telah) sepatutnya datang ?
Who should I support ?Siapa yang (telah) sepatutnya saya sokong ?
Who should be in the list ?Siapa (telah) sepatutnya ada dalam senarai ?
Who should you vote for ?Siapa yang (telah) patut anda undi ?
Who should be the class head ?Siapa (telah) patut jadi ketua darjah ?

Catitan :

- Perkataan 'should' adalah satu jenis 'modal verb'.

Ringkasan

Who should
BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Who shouldSemuaFuture tenseSoalan

235. Bertanya 'siapa diantara' (sekarang)

Bertanya 'siapa diantara' (sekarang)

Bertanya siapa diantara (sekarang) bermaksud bertanya siapa diantara dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya siapa diantara boleh dibuat dengan 'who of'.

Dalam bahasa Inggeris, strukturnya ialah :

1. 'Who' + 'of'.

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'of'.

'Who of' bermakna siapa diantara.

EnglishMelayu
Who of them is taller ?Siapa diantara mereka yang lebih tinggi ?
Who of them you prefer ?Siapa diantara mereka yang awak lebih sukai ?
Who of them is responsible ?Siapa diantara mereka yang bertanggungjawab ?
Who of them has blue pen ?Siapa diantara mereka yang mempunyai pen biru ?
Who of them are singles ?Siapa diantara mereka yang belum berkahwin ?
Who of them is your brother ?Siapa diantara mereka ialah abang awak ?
Who of them are brothers ?Siapa diantara mereka ialah abang-abang awak ?

236. Bertanya 'siapa diantara' (dulu)

Bertanya 'siapa diantara' (dulu)

Bertanya siapa diantara (dulu) bermaksud bertanya siapa diantara dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa dulu.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya siapa diantara boleh dibuat dengan 'who of'.

Dalam bahasa Inggeris, strukturnya ialah :

1. 'Who' + 'of'.

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'of'.

'Who of' bermakna siapa diantara.

EnglishMelayu
Who of them was taller ?Siapa diantara mereka yang lebih tinggi ?
Who of them you prefer last time ?Siapa diantara mereka yang awak lebih sukai pada masa dulu ?
Who of them was responsible ?Siapa diantara mereka yang bertanggungjawab ?
Who of them had blue pen ?Siapa diantara mereka yang mempunyai pen biru ?
Who of them were singles ?Siapa diantara mereka yang belum berkahwin ?
Who of them was your brother ?Siapa diantara mereka ialah abang awak ?
Who of them were your brothers ?Siapa diantara mereka ialah abang-abang awak ?

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...